
Siapa yang tak kenal dengan roti Gardenia? Dari sarapan pagi, bekal anak-anak ke sekolah hinggalah menu ringkas ketika lapar, roti Gardenia sememangnya cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Namun, pernah tak terfikir bagaimana roti yang kita nikmati setiap hari dihasilkan? Bagaimana pula aspek kebersihan, kualiti dan keselamatan makanan dijaga sebelum produk sampai ke tangan pengguna?
Bersempena empat dekad penubuhannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) telah menganjurkan Lawatan Media Gardenia KL 2026 di kilang pengeluarannya di Seksyen 26, Shah Alam, pada 24 November 2026.

Program ini memberi peluang kepada wakil media untuk melihat sendiri operasi penghasilan roti serta memahami usaha syarikat dalam mengekalkan kualiti dan kepercayaan pengguna.
Di Sebalik Penghasilan Roti Gardenia
Bukan sekadar melihat bagaimana roti dihasilkan, lawatan ini turut membuka mata tentang proses pengeluaran yang melibatkan pelbagai langkah kawalan kualiti dan keselamatan makanan.
Wakil media berpeluang menyaksikan bagaimana roti Gardenia dihasilkan serta mengetahui prosedur kebersihan, kawalan pengilangan dan langkah jaminan kualiti yang dilaksanakan dalam operasi harian.
Lebih menarik, sesi ini turut memberi peluang kepada pihak media untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada barisan pengurusan dan pasukan teknikal Gardenia KL.
Di sebalik sebuku roti yang sering menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga, terdapat pelbagai aspek pengilangan yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah kebersihan persekitaran pengeluaran, pemantauan kualiti dan pematuhan terhadap prosedur keselamatan makanan.
Kualiti Dan Keselamatan Makanan Jadi Keutamaan
Bagi Gardenia KL, memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan selamat untuk dimakan merupakan antara komitmen utama syarikat.
Gardenia KL mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP), prosedur Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta sistem pengurusan keselamatan makanan ISO 22000 dalam operasinya.
Pasukan Jaminan Kualiti (QA) turut menjalankan pensampelan dan ujian produk secara berkala bagi memastikan produk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Selain itu, semakan dan audit dalaman dilaksanakan secara berterusan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan, sekali gus memperkukuh kawalan operasi serta pengurusan keselamatan makanan.
Langkah-langkah ini merupakan antara aspek penting dalam proses penghasilan roti Gardenia, khususnya dalam memastikan kualiti produk terus diberi perhatian sebelum sampai ke tangan pengguna.
Aspek Halal Turut Diberi Perhatian
Selain kualiti dan kebersihan, pematuhan terhadap keperluan halal juga menjadi antara aspek penting dalam operasi Gardenia KL.
Sejak tahun 1994, syarikat telah menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman bagi menyelia pelaksanaan keperluan halal dalam semua operasinya.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyokong pelaksanaan prosedur halal serta memantau pematuhan terhadap keperluan pengurusan halal syarikat.
Gardenia KL turut merujuk garis panduan dan keperluan yang berkaitan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam mengekalkan amalan pengurusan halalnya.
40 Tahun Roti Gardenia Dekat Di Hati Rakyat Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1986, Gardenia KL merupakan antara pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara.
Kini, syarikat mengendalikan tujuh kilang di Semenanjung Malaysia dan mengeluarkan 67 jenis produk setiap hari, merangkumi roti buku, roti ban, roti gulung, kek, wafel, sapuan, mi kuning dan mi segera.
Operasi bakerinya juga berjalan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memenuhi keperluan pengguna.
Sepanjang penubuhannya, Gardenia KL turut menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Anugerah Platinum Putra Brand dari tahun 2019 hingga 2025.
Pencapaian ini mencerminkan perjalanan panjang jenama tersebut dalam industri makanan tempatan.
Terus Berinovasi Mengikut Cita Rasa Pengguna
Dalam memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, Gardenia KL turut memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan produk.
Syarikat mengambil kira kemajuan teknologi makanan, pandangan pengguna serta trend pasaran dalam menilai peluang menambah baik produk sedia ada dan memperkenalkan produk baharu.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Gardenia KL terhadap kecekapan pengilangan, jaminan kualiti dan inovasi.
Anda mungkin berminat dengan
Kepercayaan Pengguna Jadi Keutamaan
Menurut pihak Pengurusan Gardenia KL, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia selama empat dekad bukan sesuatu yang dipandang ringan.
“Selama 40 tahun, keluarga di Malaysia telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Gardenia. Kami percaya kepercayaan ini perlu diraih setiap hari melalui mutu produk, disiplin dalam operasi dan komitmen kami terhadap keselamatan makanan.”
Menerusi Lawatan Media Gardenia KL 2026 ini, syarikat berharap masyarakat dapat memahami dengan lebih dekat proses pengeluaran serta piawaian yang diamalkan di sebalik produk Gardenia.
Bagi pengguna yang menikmati roti Gardenia sebagai sebahagian daripada hidangan harian, pendedahan ini turut memberi gambaran lebih jelas tentang aspek kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan dalam proses pengeluarannya.
Selepas empat dekad menemani keluarga Malaysia, Gardenia KL terus memberi tumpuan kepada penghasilan produk berkualiti, keselamatan makanan dan penambahbaikan berterusan demi mengekalkan kepercayaan pengguna.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti Kering Homemade Rangup & Sedap, Resipi Mudah Guna 3 Bahan Je!
Roti Bakar Buttermilk Homemade Sedap & Gebu. Ini Resipi Mudah Wajib Cuba!
https://www.rasa.my/jenis-roti-popular-perbezaannya/

sekarang!
