Ads

6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Bila sebut kari, memang susah nak tolak. Kuahnya pekat, berempah dan cukup aroma, lagi-lagi bila dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Menariknya, kari bukan hanya sedap dengan ayam. Ikan, daging, telur, udang dan sayur pun boleh dimasak kari dan setiap satu ada karakter rasa yang berbeza.

Kalau anda tengah cari idea lauk untuk makan tengah hari atau malam, enam resipi kari mudah ini memang sesuai untuk dicuba. Bahan pun mudah dan cara memasaknya tidak terlalu rumit.

1. Kari Ayam Kentang
6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Kari ayam kentang antara versi paling klasik dan memang susah nak bosan. Kentang membantu memekatkan kuah manakala ayam pula menyerap rasa rempah dengan baik.

Bahan-Bahan:

  • 500gm ayam
  • 2 biji kentang | dipotong
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 200ml santan
  • 2 cawan air
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga naik bau.
  2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam tumisan.
  3. Tumis hingga rempah pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Gaul hingga ayam bersalut rempah.
  5. Tuangkan air dan masak hingga ayam serta kentang empuk.
  6. Masukkan santan dan garam.
  7. Reneh dengan api sederhana hingga kuah sedikit pekat.

2. Kari Ikan
6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Kari ikan pula lebih ringan tetapi tetap kaya dengan rasa. Tambahan tomato dan bendi membuatkan kuah terasa lebih segar dan seimbang.

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ikan tenggiri
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 biji tomato | dibelah
  • 5 batang bendi
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis halba campur, daun kari, bawang serta bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Tuangkan air dan santan.
  5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi.
  6. Perasakan dengan garam dan masak hingga ikan masak sempurna.

3. Kari Daging
6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Kalau suka kuah kari yang lebih pekat dan berempah, kari daging memang pilihan yang tepat. Antara resipi kari mudah yang boleh dicuba untuk hidangan keluarga, versi ini memang sedap dimakan bersama nasi panas.

Bahan-Bahan:

  • 500gm daging | dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 200ml santan
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Tumis hingga rempah pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan gaul rata.
  5. Tuangkan air dan masak hingga daging hampir empuk.
  6. Masukkan kentang dan sambung memasak hingga lembut.
  7. Tuangkan santan dan perasakan dengan garam.
  8. Reneh sehingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk.

4. Kari Telur
6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Tak ada ayam atau ikan pun tak mengapa. Telur rebus pun boleh dijadikan lauk kari yang cukup menyelerakan.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur rebus
  • 2 biji kentang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 200ml santan
  • 1½ cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga harum.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan kentang dan air.
  5. Masak hingga kentang empuk.
  6. Tuangkan santan dan masukkan telur rebus.
  7. Perasakan dengan garam dan reneh seketika sebelum ditutup api.

5. Kari Udang
6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Kari udang sesuai kalau nak lauk cepat kerana udang tak perlu dimasak terlalu lama. Resipi kari mudah ini juga sesuai kalau nak sediakan lauk berkuah tanpa perlu menghabiskan masa yang lama di dapur.

Ads

Bahan-Bahan:

  • 400gm udang
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 150ml santan
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan air, santan dan tomato.
  5. Apabila kuah mendidih, masukkan udang.
  6. Masak sekitar 3 hingga 5 minit sahaja supaya udang kekal lembut.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya.

6. Kari Sayur
6 Resipi Kari Mudah & Sedap, Rahsia Kuah Pekat Memang Buka Selera

Nak menu tanpa daging pun boleh. Kari sayur sedap dimakan begitu sahaja bersama nasi panas atau dijadikan lauk sampingan.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • ½ biji terung
  • 5 batang kacang panjang
  • 100gm kobis
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 200ml santan
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Tambahkan air dan masukkan sayur yang mengambil masa lebih lama untuk empuk seperti kentang dan lobak merah.
  5. Apabila hampir lembut, masukkan terung, kacang panjang dan kobis.
  6. Tuangkan santan dan perasakan dengan garam.
  7. Reneh hingga semua sayur masak dan kuah cukup rasa.

Petua Resipi Kari Mudah Supaya Kuah Pekat Dan Sedap

Walaupun bahan utama berbeza, cara menyediakan kuah kari yang sedap tetap bergantung pada rempah dan teknik memasaknya.

Pastikan serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam tumisan. Cara ini membantu rempah masak lebih sekata dan tidak mudah hangus.

Selain itu, gunakan api sederhana ketika menumis rempah. Biarkan sehingga pecah minyak supaya aroma rempah lebih menyerlah dan kuah tidak terasa mentah.

Ads

Untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat, reneh kari seketika selepas santan dimasukkan. Jika menggunakan kentang, bahan ini juga membantu memberikan tekstur kuah yang lebih berisi.

Kari Mana Satu Nak Cuba Dulu?

Enam-enam resipi ini menggunakan asas kari yang hampir sama, tetapi hasil rasanya tetap berbeza mengikut bahan utama.

Kalau nak rasa lebih klasik, cuba kari ayam atau kari daging. Nak sesuatu yang lebih ringan, kari ikan atau kari sayur memang sesuai. Kari telur pula sangat praktikal kalau stok lauk di rumah tak banyak, manakala kari udang sesuai untuk hari nak masak cepat.

Apa pun pilihannya, satu perkara penting bila memasak kari ialah pastikan rempah ditumis secukupnya sebelum bahan lain dimasukkan.

Ads

Bila rempah masak elok dan pecah minyak, barulah kuah kari lebih wangi, tidak rasa mentah dan sedap dimakan bersama nasi panas.

Anda mungkin berminat dengan

Jadi, kalau masih tercari-cari idea lauk untuk keluarga, bolehlah simpan koleksi resipi kari mudah ini sebagai rujukan. Boleh cuba satu demi satu mengikut bahan yang ada di dapur.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kari Udang Nanas, Rahsia Kuah Lemak Berempah Yang Sedap Membuka Selera

Resipi Kari Telur Kentang Sedap, Kuah Pekat Berempah Memang Padu

Tip Penting Masak Kuah Kari Lebih Sedap Aroma Memikat, Cantik Berkilat & Tahan Lama

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Resipi Kari Udang Nanas, Rahsia Kuah Lemak Berempah Yang Sedap Membuka...

Resipi Kari Udang Nanas dengan kuah lemak berempah, pekat dan masam manis. Mudah disediakan, sedap dimakan bersama nasi panas untuk lauk keluarga.