Makan besar Hujung Minggu. Sesekali menjamu keluarga  makan besar  dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang  dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke Restorannya di Wangsa Maju.

Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya.BBQ  HONEY CHICKEN WINGS

BHAHAN-BAHAN:

  • 8 ketul kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan  kicap manis
  • 5 sudu makan  sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan  minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam

CARA MEMASAK:

  1. Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
  2. Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
  3. Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .

INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.

 

Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya. BBQ LAMB RIBS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping tulang rusuk kambing |  di cuci dan di toskan
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3cm halia | ditumbuk
  • 4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos barbecue
  • 3 sudu makan madu
  • 1 biji ketang | belah 4 dan panggang
  • 1/2 biji cili Bangala | panggang
  • 1/2 biji bawang Holland | panggang

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
  2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya  dua jam.
  3. Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.

INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.

 

 

Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya.GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping bahagian paha ayam
  •  1 cawan yogurt putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 cm halia | cincang
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 sudu teh kunyit
  • 3/4 sudu teh serbuk cili
  • 1/2   sudu teh serbuk ketumbar
  • 3/4 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
  2. Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
  3. Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
  4. Bakar hingga masak.

INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.

 Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya.BBQ  DRUMSTIK

BAHAN-BAHAN:

  • ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 5 sudu makan sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos BBQ
  • 2 sudu makan jus lemon

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan paha ayam dan toskan.
  2. Gaul semua bahan bersama paha ayam.
  3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
  4. Bakar sehingga masak atau kekuningan.
  5. Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.

INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.

IKLAN

 Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya.SAVOURY MARINATED STEAK

BAHAN-BAHAN PERAP :

  • 180gm Striploin beef
  • 1 sudu makan herba campur
  • ½ sudu makan paprika
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Perapkan selama lima minit

BAHAN SOS SAVOURY

  •  3 sudu makan sos BBQ
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • *campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati

CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
  2. Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
  3. Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.

 

 INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.