Ads

News and Coffee, Konsep Unik dan Menarik dari Barcelona Kini di Kuala Lumpur

News and Coffee merupakan satu konsep unik yang menggabungkan budaya menikmati kopi berkualiti tinggi dengan pembacaan majalah bebas. Kini hadir di Kuala Lumpur, jenama yang berasal dari Barcelona ini membawakan pelbagai aspek menarik mengenai sasaran audiens, konsep, pemilihan lokasi, asal-usul jenama, serta bagaimana elemen tempatan Malaysia diadaptasikan ke dalam identitinya.

News and Coffee, Konsep Unik dan Menarik dari Barcelona Kini di Kuala Lumpur

Sasaran Peminat News and Coffee dan Sambutan Awal

Sasaran utama mereka sudah pastinya adalah para pencinta majalah dan pencinta kopi. Walau bagaimanapun, mereka juga mempunyai matlamat untuk menarik audiens baharu yang mungkin tidak pernah mengumpul atau mengenali majalah bebas sebelum ini, dengan harapan dapat mencetuskan minat yang baharu.

Sepanjang minggu pertama pembukaan, mereka telah menerima maklum balas yang sangat positif daripada audiens baharu. Ramai pelanggan yang datang baru menyedari kewujudan majalah bebas yang membincangkan topik atau hobi khusus yang mereka minati. Ini secara tidak langsung memberikan satu bentuk penghargaan baharu terhadap industri majalah bebas dalam kalangan masyarakat tempatan.

Konsep Unik dan Fokus Kopi Single Origin

News and Coffee membawakan konsep bawa pulang (takeaway) dengan gaya persediaan (setup) kedai yang menyerupai gaya di Eropah, sesuatu yang jarang ditemui di kafe-kafe tempatan lain. Dari segi hidangan kopi, mereka mengambil langkah berani dengan memfokuskan sepenuhnya kepada kopi single origin sahaja.

Di Malaysia dan Asia secara amnya, kebanyakkan kafe lebih gemar menggunakan kopi campuran (blend). Walaupun kopi single origin dikenali sebagai pilihan yang agak mahal, mereka tetap komited untuk membawakan kualiti terbaik dengan menggunakan single origin pada kedua-dua hopper mereka, iaitu untuk espresso dan juga batch brew.

Gabungan antara kopi dan majalah ini dilihat sebagai sesuatu yang saling melengkapi (complementary). Budaya membaca sambil menikmati kopi sememangnya sudah lama wujud. Oleh itu, kedua-dua elemen ini disatukan ke dalam satu konsep news stand di mana pelanggan boleh menikmati kopi yang sedap sambil melihat-lihat majalah bebas atau membaca surat khabar.

Mengapa News and Coffee Memilih Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi pertama di Asia kerana bandar raya ini belum mempunyai kedai khusus yang bertindak sebagai pusat (center) bagi majalah-majalah bebas seperti yang mereka bawakan.

Kawasan Pasar Seni pula dipilih secara khusus kerana suasananya yang sibuk dan mempunyai aliran trafik pejalan kaki yang tinggi. Konsep asal jenama ini di Barcelona adalah sebuah news stand yang terletak di kawasan laluan orang ramai. Oleh itu, Pasar Seni merupakan lokasi paling strategik untuk menarik perhatian orang ramai yang sentiasa lalu-lalang.

Ads

Walaupun baru sahaja dibuka, kiosk ini telah menarik pengunjung dari luar Lembah Klang, termasuk pelanggan dari Alor Setar dan Kelantan yang datang khusus untuk membeli buku dan majalah. Sambutan ini turut menunjukkan bahawa minat terhadap penerbitan bebas tidak hanya tertumpu kepada pembaca di Kuala Lumpur.

Asal-Usul Jenama dari Barcelona
News and Coffee, Konsep Unik dan Menarik dari Barcelona Kini di Kuala Lumpur
Idea asal penubuhan News and Coffee bermula di Barcelona. Pengasasnya telah mengambil alih beberapa tapak news stand tradisional yang dahulunya menjual surat khabar dan majalah arus perdana (mainstream). Mereka kemudiannya menyuntik identiti tersendiri ke dalam ruang tersebut berdasarkan minat mendalam pemilik terhadap majalah bebas dan kopi.

Berbeza dengan kedai buku atau ejen akhbar biasa yang menjual bahan bacaan arus perdana, mereka memilih untuk mengetengahkan penerbit bebas dan tajuk-tajuk khusus (niche titles) sebagai alternatif kepada pembaca. Pendekatan tersebut kemudiannya menjadi sebahagian daripada identiti yang dibawa dari Barcelona ke Kuala Lumpur.

Adaptasi Elemen Tempatan Malaysia

Apabila News and Coffee dibawa masuk ke Kuala Lumpur, mereka tidak sekadar meniru bulat-bulat konsep dari Barcelona, sebaliknya melakukan adaptasi budaya tempatan yang sangat ketara.

Reka Bentuk Kedai

Susun atur fizikal kedai menampilkan ciri khas Malaysia, seperti penyediaan bangku-bangku di bahagian luar kedai. Bahagian dalaman (interior) pula dihiasi dengan bunga kantan, sekali gus memberikan sentuhan tempatan kepada konsep asal dari Barcelona.

Ads

Pembungkusan

News and Coffee, Konsep Unik dan Menarik dari Barcelona Kini di Kuala Lumpur

Cawan minuman mereka menampilkan logo bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Elemen ini menjadikan identiti tempatan dapat dilihat dengan jelas walaupun konsep asal jenama tersebut datang dari Eropah.

Kopi dan Menu

Mereka menggunakan khidmat pemanggang tempatan (local roaster) iaitu Let’s Coffee. Selain itu, menu mereka turut mengetengahkan minuman berperisa tempatan seperti gula melaka ice latte.

Pendekatan ini membolehkan konsep kopi yang dibawa dari Barcelona disesuaikan dengan cita rasa tempatan tanpa meninggalkan fokus utama mereka terhadap kopi berkualiti.

News and Coffee, Konsep Unik dan Menarik dari Barcelona Kini di Kuala Lumpur

Penerbitan Tempatan dan Asia Tenggara

Mereka memberikan fokus kepada penerbit dari Asia Tenggara dan majalah tempatan Malaysia. Memandangkan majalah dari rantau ini belum ada di cawangan Eropah mereka, pemilik berharap sekiranya majalah tempatan ini mendapat sambutan baik di sini, mereka dapat membawanya untuk dipasarkan ke pasaran Eropah pada masa hadapan.

Ads

Ini membuka satu kemungkinan menarik buat penerbit bebas tempatan kerana News and Coffee bukan sahaja boleh menjadi ruang untuk pembaca Malaysia menemui penerbitan antarabangsa, malah berpotensi menjadi jambatan untuk memperkenalkan penerbitan Malaysia dan Asia Tenggara kepada pembaca di Eropah.

Anda mungkin berminat dengan

Proses Pembukaan Kiosk News and Coffee

Mengenai masa pembukaan, pemilik menjelaskan bahawa tiada perancangan masa yang spesifik atau perfect timing. Projek ini merupakan usaha berterusan oleh dua orang pemilik sejak awal tahun ini. Mereka perlu menyelesaikan pelbagai urusan belakang tabir (back-end) serta prosedur yang rumit untuk membuka kiosk tersebut.

Sebaik sahaja segala urusan selesai dan sasaran mereka tercapai, mereka terus membuka kiosk ini kepada orang ramai. Kehadirannya di Pasar Seni akhirnya bukan sekadar membawa sebuah konsep kopi dari Barcelona, tetapi turut memperkenalkan ruang baharu untuk budaya kopi dan penerbitan bebas bertemu di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Daging Masak Kicap Berkuah Paling Sedap, Rahsia Kuah Pekat & Daging Empuk Wajib Cuba

Daging Goreng Cili Padi Paling Sedap, Pedas Berapi & Mudah Dibuat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Bihun Sup Chinese Style: Resipi Istimewa, Sedap & Sangat Mudah

Bihun Sup Chinese Style yang sedap dan sangat mudah dibuat. Lengkap dengan udang, fish ball, fish cake, minyak bawang putih dan sambal kicap pedas.