Ads

Tepung Pelita, Kuih Tako Dan Kuih Limas, Apa Bezanya?

Tepung pelita, kuih tako antara yang selalu dicari di bulan puasa. Begitu juga dengan kuih limas.

Rasanya yang lemak manis dan diletak dalam acuan empat segi daripada daun ini seakan sama bukan saja dari bentuk tapi juga rasanya.

Disebabkan itu ramai yang keliru antara tiga kuih ini. Jadi sebenarnya apa berbezaan tepung pelita, kuih tako dan kuih limas ini?

Beza tepung pelita, kuih tako dan kuih limas

Tepung pelita

Kuih tepung pelita

Diperbuat daripada tepung beras, kuih tepung pelita berwarna putih di bahagian atas dan hijau di bahagian bawah. Kuih ini dimasak diatas api dahulu kemudian baru dituang ke dalam acuan. Acuan tepung pelita adalah menggunakan daun pisang.

Baca: Resipi Tepung Pelita, Makan Sejuk-Sejuk Nikmatnya Tak Terkata

Ads

Kuih Tako

Kuih tako

Menurut sumber, kuih tako berasal dari selatan Semenanjung. Ia tako diperbuat dari tepung jagung atau tepung hoe kwee. Kaedah membuat kuih ini sama seperti kuih tepung pelita iaitu dimasak atas api.

Lapisan bawah kuih ini juga berwarna hijau. Namun, sesetengah orang akan meletakkan sengkuang Cina pada lapisan bawah untuk menyedapkan lagi rasanya. Acuan kuih tako ini pula diperbuat dari daun pandan.Selain itu terdapat juga Kuih Tako Sagu Jagung yang tak kurang enaknya

Ads

Baca: Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

Kuih limas

Kuih limas

Kuih ini merupakan kuih tradisi negeri Perak. Ia diperbuat dari tepung gandum sahaja. Lapisannya bawahnya sama seperti kuih tepung pelita iaitu berwarna hijau dan ditabur gula.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Kuih limas dimasak dengan cara kukus atas api untuk bahagian bawah dan atas. Acuan kuih limas sama juga kuih tepung pelita menggunakan daun pisang.

Baca: Resepi Kuih Limas Tradisi Orang Perak Guna Sukatan Sudu & Cawan

Sumber: UTM

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Paris Oldies Cafe, Port Lepak Santai Buat Peminat Suasana Old-School

Paris Oldies Cafe di Ulu Tiram, Johor menawarkan suasana old-school penuh nostalgia untuk makan, bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan.