Fuchuk goreng berinti atau Fried Fuchuk Roll ni memang penuh khasiat. Inti yang sama ni boleh aje jadi inti popia sebenarnya.
.
Tapi inti sedap campuran ayam dan ikan cincang makin berganda sedapnya bila digulung atau dilipat dalam tauhu kering atau perut tauhu ini. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Ria Razali ni.
FU CHUK GORENG BERINTI
.
BAHAN-BAHAN :
.
Pelekat : 2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)
.
CARA MEMASAK : 1. Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung, sos,minyak bijan dan garam. Gaul hingga sebati. 2. Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1sm bahagian tepi untuk mengulung. 3. Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan. Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.
.
4. Buat hingga habis. Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit. 5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. 6. Hidang bersama sos cili.
Kredit : Ria Razali FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1. Buang kulit kentang. Kemudian, kukus hingga masak. Lenyek hingga halus, biarkan suam-suam dulu. 2. Kemudian masukkan semua bahan lain, gaul sebati jadi seperti doh. 3. Ikut suka nak buat bentuk apa, jejari ke bulat ke, terpulang. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. *Sedap dimakan bersama dengan cili, mayonis ataupun cili kicap.
1. Buang tepi roti yang coklat tu. Gelek dengan rolling pin hingga roti menipis supaya tak serap minyak semasa menggoreng nanti. 2. Potong/gunting roti bentuk segi tiga, gulung bentuk kon sapu gam di akhir gulungan, pastikan elok melekat. 3. Celup dalam telur, golek merata dengan bread crumb. Panaskan minyak, goreng hingga cantik kekuningan. Angkat, toskan minyak.
UNTUK INTI YANG SANGAT JUICY:
1 tin prego carbonara 1 sudu buttercup/margerine 1 labu bawang besar [potong dadu] 1 mangkuk kecil isi ayam 3 keping cheddar cheese
CARANYA:
1. Dalam kuali, panaskan butter/margerine hingga cair, tumis bawang hingga layu, masukkan isi ayam, masak sebentar. 2. Masukkan 1 tin prego carbonara, cheddar cheese. Masak sebentar, inti dah mesra, tutup api. *saya memang tak letak apa-apa perasa sebab prego tu dah ada rasa, dah sedap. Kalau nak rasa pedas-pedas, anda tumbuk la lada hitam, campur dalam inti. Siap.
HIASAN:
Salad Hirisan tomato
CARA SETERUSNYA:
Ambil 1 kon, sumbat/isikan inti sampai atas. Letak salad dan tomato. Sedia dihidangkan.
RESIPI JEMPUT-JEMPUT CAULIFLOWER
BAHAN-BAHAN:
Suku cauliflower | diracik 2 cawan tepung gandum 1 mangkuk kecil ikan bilis 4 biji cili api 1 biji bawang | dimayang halus Sedikit daun bawang & daun sup 1 cawan air panas 1/2 cawan air biasa Garam halus secukup rasa Sedikit serbuk kunyit Minyak masak untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
1. Bersihkan cauliflower, racik halus. Tumbuk lumat ikan bilis bersama dengan cili api. 2. Daun bawang dan daun sup diracik halus. 3. Tepung gandum diayak, masukkan cauliflower, bawang, ikan bilis ditumbuk, hirisan daun bawang dan sup, masukkan air panas cara berselang seli dengan air sejuk sambil diaduk mesra. Air tu ada baki tak guna habis. 4. Panaskan minyak yang secukupnya, pastikan tangan bersih, celup dalam air untuk basahkan tangan supaya adunan tak melekat, boleh jemput-jemput bancuhan guna tangan untuk dapat cucur yang bulat. 5. Goreng hingga warna kekuningan keemasan. Angkat toskan minyak. Sedia dihidang.
RESIPI RUJAK CIRENG
*panggilan asal dari seberang “Rujak Cireng”
BAHAN A:
200ml air 2 sudu makan tepung ubi 4 ulas bawang putih | ditumbuk lumat 1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa
BAHAN B:
2 cawan tepung ubi 1 mangkuk kecil daun sup dan bawang | dicampur [optional]
CARA-CARA:
1. Dalam bekas yang selesa, satukan bahan B, ketepikan. 2. Campurkan semua bahan A bancuh sekata dahulu, masak atas api hingga adunan putih seperti gam. 3. Awas panas, kemudian masukkan secara bertahap ke dalam bahan B tadi, guna senduk gaul merata, jangan diramas, diaduk sahaja pastikan adunan itu tidak tercampur semua dengan tepung ubi, sekadar seperti menyalut ayam dengan tepung goreng ayam. Buat hingga adunan yang dimasak itu habis. 4. Setelah itu, cubit adunan bentukkan dengan cara menekan guna jari, dapat bentuk bulat leper, buat hingga habis 5. Simpan 30 minit dalam peti ais, untuk dapatkan hasil lebih rangup setelah digoreng nanti 6. Panaskan minyak, goreng hingga masak, apabila masak keropok ini timbul dan ringan, angkat dan tos minyak
BAHAN SAMBAL COLEK:
2 biji cabai merah ** 3 biji cili api ** 1/2 ketul gula melaka ** 1 sudu kecil garam ** 1 sudu makan gula ** 1 biji limau kasturi | perah ambil jus ** 1 mangkuk kecil air ** 3 sudu makan bancuhan tepung jagung
CARA-CARA:
1. Semua bahan ( ** ) bertanda disatukan dalam pengisar, kisar hancur. 2. Masak sebentar atas api, campurkan sedikit bancuhan tepung ubi. Siap.
1. Putar buttercup dengan gula hingga gula larut sebati berkrim, speed perlahan. 2. Masukkan telur satu per satu, sambil tu terus putar adunan tu hingga telur habis. 3. Titiskan pewarna hijau dan masukkan jus pandan, putar lagi bagi rata. 4. Masukkan tepung cara berselang-seli dengan susu cair, mulakan dengan tepung, habis pun dengan tepung, kaup balik dengan spatula sahaja hingga sebati. 5. Masukkan adunan ke dalam piping bag, senang nak pipekan ke dalam acuan. 6. Masukkan filling kaya ke dalam piping juga. Pleskan/sapu acuan dengan sedikit minyak, panaskan acuan dahulu. Jika guna ketuhar, panaskan acuan dalam ketuhar dahulu sebentar suhu 160C. *saya guna pan takoyaki je. 7. Pipekan adunan, pipekan juga filling, lepas tu pipe semula adunan untuk tutup filling tadi. 8. Biarkan ball masak cantik, jika guna ketuhar, bakar lebih kurang 20 minit. 9. Jika guna pan takoyaki, tak perlu tunggu lama. Boleh terbalikkan bahagian yang atas tu ke bawah pula sebab pan takoyaki elektrik ni kepanasan dia kuat tak ada kontrol suhu, jadi sekejap je masak.
Anda penggemar Sandwic Sardin tapi tak jumpa resipi inti yang mudah dan sedap? Boleh cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Beliau bermurah hati menunjukkan cara-cara untuk menyediakan Sandwic Sardin yang sedap untuk dimakan sendiri. Sesuai dijadikan bekal ke sekolah atau[un ke tempat kerja. Malah beliau juga menghalalkan resipi ini digunakan untuk tujuan berniaga. Selamat mencuba!
RESIPI SANDWIC INTI SARDIN YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK: 1.Tumis cili kisar / cili boh bersama dengan bawang merah dan bawang putih. 2. Bila sudah garing, masukkan sardin bersama sosnya sekali. Kacau dan biarkan sedikit hancur. 3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan keju cheddar yang telah dicarik. Gaul rata.
5. Kemudian masukkan telur. Ia bertujuan supaya bila makan sandwich, akan rasa kenyang. Kacau telur jangan sampai hancur.
6. Inti sardin siap dimasak. Biarkan sejuk seketika. Pastikan inti tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwich jadi tidak nampak sempurna.
7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk. Campurkan mayones dengan secukupnya untuk rasa sedikit berlemak.
8. Ambil roti dan sapukan inti sardin tadi mengikut cara masing-masing. 9. Sandwic inti sardin sedap sedia untuk dinikmati.
Khasiat labu bukan sekadar baik untuk mata. Ketahui 10 manfaat labu untuk sistem imun, kesihatan jantung, kulit, penghadaman serta diet harian yang lebih seimbang.