Selalu tiada idea untuk menyediakan menu makan malam yang simple dan sihat? Cara penyediaan yang mudah boleh di buat untuk makan malam dan sarapan pagi. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk makan malan dan sarapan anda. Buat tau!
Ads
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
Ads
Ads
CARA MENYEDIAKANNYA:
Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.
Kredit: Ana Watie Mua
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sushimemang enak dan ramai menggemarinya. Namun andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari Nurain Hazwaniada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan beras jepun. Hanya menggunakan beras biasa sahaja. Jom cuba!
RESIPI SUSHI HOMEMADE YANG SEDAP, MUDAH & GUNA BERAS BIASA SAHAJA
1. Hiris timun memanjang dan sediakan juga bahan-bahan inti yang lain. Sosej, lobak merah dan filamen ketam direbus seketika dalam air panas. Ketepikan.
2. Satukan beras dan beras pulut. Basuh bersih dan masak nasi seperti biasa. 3. Bila sudah masak, gaulkan nasi bersama cuka masakan yang sudah dicampur dengan gula dan sedikit garam. Gaul hingga rata.
4. Ambil kepingan rumpai laut, letak di atas tikar buluh sushi atau plastik. Kemudian ratakan nasi diatas kepingan rumpai laut dengan secukupnya. 5. Kemudian susun hirisan timun, lobak merah, sosej, filamen ketam dan paipkan mayones dengan secukupnya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh sapu mayones pada nasi. Boleh juga menggunakan tuna sebagai inti.
6. Gulung dengan kemas.
7. Yang ini, empunya resipi gulung sushi menggunakan kepingan telur dadar.
8. Sushi yang telah siap digulung.
9. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong gulungan sushi tadi menjadi kepingan.
10. Sushi homemade yang enak siap untuk dihidang.
11. Boleh pelbagaikan inti mengikut selera masing-masing.
12. Untuk rasa lebih enak, boleh paipkan mayones diatasnya.
Rojak Mamak memang enak. Kombinasi pelbagai bahan di dalamnya yang dinikmati bersama kuah kacang, sangat mengasyikkan dan membuka selera. Bagi anda yang menggemari hidangan rojak ini, resipi dari saudara Emee Sham ini tentunya harus anda cuba. Sangat berbaloi masak untuk keluarga.
BAHAN KUAH KACANG: Kacang tanah secukupnya – disangai kemudian dikisar – beli online disini 5 biji bawang merah – dikisar 5 ulas bawang putih – dikisar 10 keping biskut meri – dikisar halus Pes cili secukupnya – beli online disini Gula merah secukupnya – beli online disini Gula putih secukupnya Garam secukup rasa Sedikit air asam jawa Air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: Ubi kentang rebus Telur rebus Tauhu – digoreng Timun
CARA MEMASAK CUCUR UDANG: 1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama air biasa. 2. Masukkan mauripan. Kemudian rehatkan adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 3. Masukkn serbuk kunyit dengan secukupnya, bawang, daun kucai dan juga garam secukup rasa. Gaul rata. 4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. 5. Masukkan sudip dalam minyak yang panas tadi seketika. Keluarkan sudip dan masukkan adunan cucur. 6. Letakkan udang pada adunan tersebut dan tekan sedikit agar udang tidak tertanggal dari tepung sewaktu digoreng. 7. Masukkan sudip kembali ke dalam kuali dan biarkan seketika. Nanti adunan cucur akan tanggal dengan sendiri. 8. Masak hingga cucur keperangan. Ulang langkah sama hingga habis adunan.
CARA MEMASAK KUAH KACANG: 1.Panaskan minyak dan masukkan kisaran bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai naik bau. 2. Masukkan pes cili (anggaran 1-2 sudu makan). Tumis lagi sampai pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang tanah. Gaul rata. 4. Masukkan sedikit air. Masak hingga kacang lembut. 5. Bila sudah sebati, masukkan kisaran biskut meri dan juga air. Kacau rata. 6. Perasakan dengan gula merah, gula putih, garam dan air asam jawa dengan secukupnya. Kacau rata. 7. Bila semua rasa telah sempurna, masukkan bijan yang telah disangai ke dalam kuah. Padamkan api. 8. Hidangkan kuah kacang bersama cucur udang dan juga bahan-bahan rojak yang lain.
Jika anda prihatin tentang kesihatan, jom buat sosej homemade versi sihat. Alang-alang dah buat kita letak sayuran kesukaan. Apa yang penting bersih, tiada bahan pengawet dan tiada perasa tambahan. Adunan ni boleh dapat dalam 15 batang sosej. Ikut saiz korang nak macam mana.
Khasiat labu bukan sekadar baik untuk mata. Ketahui 10 manfaat labu untuk sistem imun, kesihatan jantung, kulit, penghadaman serta diet harian yang lebih seimbang.