Roti Bun Coklat @ Chocolate Raisin Bun ni nampak sedap kan? Menurut empunya resipi, saudari Zuraita Mohd Anua, jika mahukan rasa roti yang lebih sedap, anda boleh guna inti coklat. Jika tiada, boleh je digantikan dengan cip coklat dan kismis. Hasilnya sangat gebu. Cubalah. Pasti puas hati. Roti homemade je tapi nampak macam yang beli di bakeri. Memang terbaik.
CARA MEMASAK: 1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi ‘dough’ pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli. 2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan cip coklat dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.
3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti coklat atau nutella, masukkkan inti waktu ini di tengah-tengah doh. 4. Susun doh atas baking tray yang sudah disapu mentega. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda. 5. Bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah selama 10 minit. 6. Kemudian bakar pada suhu suhu 150-160C menggunakan api atas bawah selama 10 minit lagi. 7. Selepas roti masak, keluarkan dan sapu mentega atas permukaan roti. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kalau anda ada nasi sejuk lebih, selalunya kita buat nasi goreng. Kan? Apa kata kali ini kita cuba buat lempeng nasi pula. Sedap juga. Dimakan pula dengan sambal tumis ikan bilis. Memang wow!
Jangan dibiar nasi sejuk terbiar begitu sahaja sehingga basi. Manfaatkan dengan membuat lempeng nasi.
Jom kita lihat resipinya.
LEMPENG NASI
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam mesin pengisar, masukkan semua bahan kecuali minyak masak.
2. Kisar semua bahan sehingga halus.
3. Panaskan kuali. Lengserkan dengan sedikit minyak masak.
4. Tuangkan sesenduk adunan. Biarkan masak.
5. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawah sudah mulai masak.
6. Ulang sehingga adunan habis.
Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di seluruh Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran dengan rasa yang enak.
PAPRIK UDANG BANJIR
BAHAN-BAHAN:
Ayam/udang/sotong
Lobak merah,
bunga kubis,
jagung kecil,
tomato,
cendawan,
kacang panjang,
kacang buncis
Cili kering kisar satu senduk
1 biji bawang holland-dihiris
1 biji bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
Halia-dihiris
Serai-diketuk
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih, halia bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan dalam cili kering kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, sos tomato dan serai.
Selepas itu masukkan lobak merah, kubis bunga dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa anda.
Masukkan udang, cendawan, tomato, dan bawang holland. Akhir sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang.
INFO: Boleh tambah isi ayam, sotong atau daging. Boleh juga campurkan ikut citarasa anda.
Kuih muihMelayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. BINGKA UBI KELAPA CERI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu | parut
2 cawan santan
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
1/2 cawan buah ceri
Sedikit mentega
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dgn sedikit mentega 2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas. 3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa lemak santan dan ubi yang sedap Cara memasak : Bakar
2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja. 2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana. 3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata. 4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. 5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi. 6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak.
Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa kacang hijau yang sedap Cara memasak : Bakar
3. APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh ovalette
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning dan pink secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang 2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan. 4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Manisan tradisional Keistimewaan : Rasa lemak santan, manis dan gebu Cara memasak : Kukus
4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum
Tepung gandum secukupnya
Gula secukup rasa
Secubit garam
Jem strawberi secukupnya
Hirisan pisang secukupnya
Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK: 1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya. 2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya. 3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 4. Sedia dinikmati.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kukusan. 2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. 3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik. Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM SEMAK DI SINI.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.