Sedapnya roti dimakan panas-panas. Bau aromanya sungguh membuka selera. Ramai juga yang cuba buat roti tetapi gagal nak hasilkan roti yang gebu dan lembut teksturnya. Resipi ini paling mudah nak buat. Tak payah pening kepala nak pakai bread maker, mixer ke sebab semua orang boleh buat hanya guna tangan. Tak payah guna pelembut pelik-pelik, sebab semua kenal tepung, kenal yis itu saja bahan utama.Boleh cuba ikut resepi Azlina Ina, gerenti menjadi.
Bahan-bahan pelembut doh:
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
Cara membuat pelembut doh: 1.Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis. 2.Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.
Bahan yis: Yis 1/2 cawan air suam 2 sudu besar gula
Cara membuat yis: 1.Tuangkan air suam ke dalam yis.
2.Kemudian, masukkan gula dan tutup ke semua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.
Ads
Bahan membuat roti gebu: 1kg tepung 1 biji telur 3 sudu besar majerin atau butter 3 sudu besar pelembut doh Sedikit garam halus 4 sudu besar susu tepung (jika suka) 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa) 5 sudu besar gula
Cara membuat adunan roti gebu 1. Gaul semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi. 3. Kemudian uli sikit-sikit.
4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembik sedikit.
5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit pada tangan.
6. Uli doh sehingga licin lebih kurang 10 minit.
7. Kemudian tutup adunan doh dengan tuala lembap supaya ia kembang berganda.
8. Bila doh dah berganda, tumbuk doh untuk buang angin.
9. Uli dan letakkan minyak pada tangan serta bekas bagi mudahkan kerja bentukkan doh.
Ads
10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit. 11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.
12. Sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung pada oven masing-masing. 13. Bila roti dah berwarna perang, tanda ia dah masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan roti. Selamat mencuba Kredit: Azlina Ina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk sarapan atau minum petang. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni.
ROTI TELUR SARDIN VIRAL
Bahan-bahan
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 biji cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Chef Liza Zainol memang wanita luar biasa. Bakatnya bukan sahaja diwarisi oleh anaknya Chef Azrin Zuliani atau lebih dikenai sebagai Chef Erin tetapi kesemua lima anaknya mahir memasak. Paling mengkagumkan putera tunggal beliau seorang anak OKU, Mohamad Azrol Afifi juga boleh memasak makanan mudah.
Bekas guru bahasa Inggeris ini juga telah berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri sambal Azza yang juga bakal disusuli dengan beberapa produk perencah dan rempah ratus yang lain. Harapannya adalah semoga anak-anak dapat meneruskan legasinya dalam bidang masakan dan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang ini.
Bagi sajian Raya ni Chef Liza Zainol dan anaknya Chef Erin sudi berkongsi lauk Nasi Daging Air Asam Morocco.
Nasi Daging Air Asam Ala Moroccan
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
A: Bahan untuk direbus bersama daging :
1 kg daging /dipotong kiub (10 ketul)
1 sudu makan rempah kurma
4 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang merah /dikisar
3 ulas bawang putih /dikisar
3 sm halia – dikisar
1 sudu teh lada hitam/ditumbuk lumat
6 cawan air
B: Bahan untuk ditumis
2 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar/ dihiris nipis
4cm halia
2 helai daun pandan pandan
1 sudu makan rempah Biryani
1 sudu makan rempah kari daging
Bahan air asam: 3 biji tomato merah 2 biji bawang besar/ hiris nipis 2 biji air asam limau/limau nipis 2 sudu makan sambal belacan
Cara Memasak: 1. Rebus daging bersama bahan A sehingga lembut, ketepikan 2. Tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan rempah biryani dan rempah kari daging. 3. Kemudian masukkan beras basmati, kacau dan tuang air rebusan daging dan susu cair, masukkan garam, biarkan mendidih.. 4. Setelah beras tadi hampir kering, masukkan daging ke dalam nasi, dan masak lagi 15 minit. Sedia untuk dihidang dalam bekas tajin. (periuk tradisi Morocco) 5. Cara memasak air asam : Campurkan semua bahan di atas, garam dan gula secukup rasa. 6. Hidangkan bersama nasi daging.
TIP CHEF LIZA: Agar beras basmathi lembut dan gebu, rendamkan beras selama setengah jam bersama garam dan cuka.
Rupanya fucuk boleh juga dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah didapati.
Hasil perkongsian daripada Siti Zara’s ini memang puas hati kerana selain daripada jumlah yang banyak, tetapi lebih yakin dengan kebersihan makanan itu sendiri.
Nak buat pun sangat senang dan bahan mudah didapati. Jom kita buat!
FUCUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN Kacang soya Air *tiada kuantiti yang spesifik kerana bergantung kepada berapa banyak yang anda nak buat.
1. Rendam kacang soya semalaman. Selepas semalaman, buang kulitnya. Tak dapat buang semua pun okay, yang penting 50 peratus dapat buang.
2. Basuh lagi kacang soyang telah dibuang kulitnya dan toskan. Kemudian, kisar soya menggunakan formula nisbah air 1:2 (1 untuk air, 2 untuk soya). Tapis airnya.
3. Kemudian, masak air soya di atas dapur. Untuk proses ini, boleh guna apa-apa bekas periuk. 4. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana kecil ye. Saya guna bekas makanan buffet. Gunakan kaedah double boil, hasilnya lagi cantik. Tidak perlu kacau.
5. Lama-kelamaan, lapisan fucuk akan terbentuk pada permukaan air soya tu akan jadi mengeras.
6. Lebih kurang ada lapisan yang kekuningan berkedut-kedut. Kemudian, boleh angkat menggunakan lidi sate yang panjang tu. Atau boleh juga gunakan chopstick.
7. Kemudian, cara jemurnya sama seperti macam nak jemur tuala. 8. Biar sampai kering betul. Jika tidak ia akan berkulat. Selepas itu, boleh ulang proses tadi sampai dapat banyak.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...