Ads

Resipi Puding Roti Marshmallow Terlajak Mudah & Enak!

Resipi puding roti yang menggunakan Mega Marshmallow. Memang mudah, ringkas dan enak. 30 minit pun boleh siap. Anda juga boleh menambah hirisan badam panggang dan cip coklat untuk menyedapkan lagi rasa puding.

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1/2 buku roti sandwic
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan Mega Marshmallow
  • 4 biji telur | dipukul sedikit
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan mentega

 

Ads

CARA MEMASAK:

Ads
  1.  Sapukan mentega pada roti. Kemudian potong dadu.
  2.  Susun roti dalam loyang yang telah dioles  dengan mentega dan tabur kismis.
  3.  Kemudian susun lagi roti, tabur kismis dan Mega Marshmallow sehingga habis.
  4.  Di dalam bekas berlainan, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
  5.  Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170C selama  40 minit.

 

PUDING ROTI MARSHMALLOW
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Begini Cara Buat Bancuhan Roti Jala Cantik, Pekat Likat, Gerenti Jadi

Bancuhan roti jala cantik, pekat dan likat rupanya perlu dibiarkan 15 minit. Ikut sukatan dan tip mudah ini supaya Roti Jala gerenti jadi.