Suka dengan biskut tart ni tapi nak mengentelnya ambil masa juga. Boleh guna cara mudah ini dengan membeli acuan plastik ni di kedai bakeri. Jadi kerja menggentel dapat dipendekkan masa. Cuma perlu frozen sebelum dikeluarkan dari acuan. Lebih mudahkan.
Enaknya jika dapat menikmati sajian Ayam Meraung yang sangat sedap dan mudah ni. Ditambah pula dengan sos yang padu, memang betul-betul nikmat! Nak cuba masak sajian istimewa ini untuk keluarga? Resipi mudah perkogsian saudari Mas Salleh ni antara yang terbaik. Bahan pun ringkas sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
Cili merah besar – cincang kasar Cili padi hijau – cincang kasar Bawang putih – cincang kasar Bawang merah – cincang kasar Daun ketumbar beserta akar – cincang kasar Gula kabung secukupnya – beli online disini Sos ikan – beli online disini Sedikit beras pulut sangai – tumbuk halus Sedikit emping cili – beli online disini Limau nipis secukupnya
1. Satukan bahan-bahan cincang bersama bahan-bahan lain. Sebatikan. 2. Perah jus limau nipis mengikut selera masing-masing. 3. Gaul rata dan ketepikan seketika.
2 keping dada ayam Sedikit kicap pekat – beli online disini Sos tiram secukup rasa – beli online disini Sos ikan secukup rasa Sedikit minyak Sedikit gula
1.Bersihkan ayam dan perap bersama kicap pekat, sos tiram, sos ikan, sedikit minyak dan gula. Tidak perlu garam kerana telah ada rasa masin dari sos. 2. Perap ayam seketika. Jika mahu lebih sedap, boleh perap lebih lama. 3. Panaskan kuali tahan lekat (non-stick) dan panggang hingga ayam masak. 4. Bila ayam telah masak, keluarkan dan hiris ikut selera. 5. Hidangkan bersama sos yang telah disediakan awal tadi.
Sedapnya kalau dapat makan pancake yang gebu dan tebal macam di McD tu kan? Kalau nak beli pun dah mahal. Jadi, boleh buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah. Lebih jimat dan puas hati. Adunan yang lebih juga boleh disimpan di dalam peti sejuk.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan kacau sebati. Boleh kacau menggunakan sudu atau tangan. Nak lagi mudah, boleh masuk ke dalam pengisar.
2. Selepas adunan sebati, panaskan kuali dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sehingga pancake nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan adunan sehingga kekuningan.
4. Siap! Boleh dihidangkan dengan butter, maple syrup, madu atau aiskrim.
Dah lama tak masak kari, sebelum ni masak kari ikan dan ayam. Hari ni nak masak kari paling sempoi, guna telur rebus je. Sebenarnya menu sempoi beginilah yang buatkan lagi makan bertambah. Ada pula sambal belacan dan ulam-ulaman, lengkap makan tengah hari hari ni.
Kari Telur Rebus Bahan-bahan:
5 biji telur ayam
Cili kering kisar-BELI ONLINE DI SINI
1 biji bawang merah -dihiris
3 biji bawang putih (ketuk kemudian cincang)
Daun kari
2 biji cili hijau besar (ikut cita rasa)
Ubi kentang
Santan (saya guna jenama AYAM BRAND)-BELI ONLINE DI SINI
Pes rempah kari ( saya guna jenama YUS )
1 asam keping
Secubit garam (ikut cita rasa)
Serbuk CUKUP RASA MAGGI
Gulai Telur Pantai Timur dengan kuah santan yang lemak, rempah yang wangi dan rasa pedas yang menyelerakan. Ikuti resipi lengkap untuk hidangan kampung yang mudah dan sedap.