Hidangan berasaskan kari sememangnya popular di Malaysia. Gaya hidup masyarakat majmuk menjadikan menu tradisi masyarakat India ini digemari semua tidak kira bangsa. Terasa nak masak kari hari ni? RASA kongsikan aneka resipi kari yang boleh anda cuba.

 

1.KARI DARAT IKAN MASIN

6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ikan talang masin|direndam ½ jam
  • 2 biji terung bulat|belah empat
  • 2 biji ubi kentang|dipotong dadu
  • 300ml santan
  • 200ml air
  • 30gm rempah kari ikan
  • 15ml air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • 8 ulas bawang merah|dimayang halus
  • 4 ulas bawang putih|dimayang halus
  • 1 biji bawang besar|dimayang halus
  • 15gm halba campur
  • 1 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Satukan rempah kari bersama ubi kentang dan air di dalam periuk lalu didihkan sehingga rempah masak.
  2. Masukkan ikan masin, terung bulat, air asam jawa dan santan. Didihkan lagi dengan menggunakan api kecil sehingga semua bahan menjadi empuk.  Tambah garam dan gula secukup rasa.  Tutup periuk dan tutup api.
  3. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan B sehingga agak garing dan wangi.
  4. Tuang bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk gulai ikan masin dan tutup periuk selama 10-15 minit atau sehingga bahan-bahan tumis mesra di dalam gulai

 

2. KARI DAGING DAN KELEDEK 

6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

BAHAN-BAHAN A:

  • 600gm daging|dipotong kecil
  • 500ml santan pekat
  • 2 biji ubi keledek|dipotong dadu
  • 2 biji tomato|dibelah empat
  • 3 labu bawang besar|dikisar halus
  • 8 ulas bawang putih|dikisar halus
  • 3cm halia|kisar halus
  • 60gm serbuk kari daging
  • 5gm serbuk garam masala
  • 5gm serbuk jintan manis
  • 5gm serbuk jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari daging, jintan manis, jintan putih dan campuran bawang kisar.  Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
  3. Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging dan sedikit air.  Didihkan sehingga daging empuk.
  5. Masukkan santan, ubi keledek dan tomato.  Masak lagi sehingga daging dan ubi keledek benar-benar empuk.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa.

 

IKLAN

3. KARI KEPALA IKAN MAMAK 

6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kepala ikan jenahak
  • 6 batang kacang bendi
  • 2 biji tomato|dibelah empat
  • 1 biji terung panjang|dipotong kecil
  • 2 biji cili hijau|dibelah dua
  • 15ml air asam jawa
  • 30gm rempah kari ikan
  • 1 labu bawang besar|dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih|dikisar halus
  • 2cm halia|dimayang halus
  • 2 helai daun ketumbar|cincang
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN TUMISAN:

  • 6 ulas bawang merah|dimayang halus
  • 4 ulas bawang putih|dimayang halus
  • 5gm halba campur
  • 2 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan bersama sedikit air.  Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali.  Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi dan naik baunya.
  3. Masukkan campuran rempah kari dan halia.  Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kepala ikan, air asam jawa dan tambahkan air secukupnya.  Didihkan hingga ikan masak dan kuah pekat.
  5. Tambah tomato, kacang bendi, terung dan cili hijau.  Didihkan untuk beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Taburkan cincangan daun ketumbar dan hidangkan.

 

4. KARI SARDIN DAN TOMATO

IKLAN

6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul sardin dalam tin|diambil ikan sahaja
  • 3 biji tomato|dibelah empat
  • 8 biji cili padi
  • 200ml santan
  • 30gm rempah kari ikan
  • 15ml air asam jawa
  • 5gm serbuk cili
  • 6 ulas bawang merah|dimayang halus
  • 4 ulas bawang putih|dimayang halus
  • 2cm halia|dimayang halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan mayang  bersama daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tambah air asam jawa bersama sedikit air lalu didihkan hingga rempah masak.
  3. Masukkan santan, sardin dan tomato. Didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

 

5.KARI SOTONG BEREMPAH 

6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor sotong|dibersihkan
  • 400ml santan pekat
  • 30gm serbuk kari udang/ikan
  • 5gm serbuk ketumbar
  • 15ml air asam jawa
  • 5gm serbuk jintan manis
  • 5 ulas bawang merah|dikisar
  • 3 ulas bawang putih|dikisar
  • 3cm halia|dikisar
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  2. Di dalam mangkuk, satukan serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan air asam bersama dua sudu makan air.
  3. Tuang bancuhan rempah dan daun kari ke dalam kuali.  Tumis hingga rempah benar-benar masak.
  4. Tuang santan ke dalam periuk, didihkan selama beberapa minit.
  5. Masukkan sotong, garam, dan gula secukup rasa.
  6. Didihkan lagi hingga sotong masak dan kuah pekat.

 

6 .KARI TERUNG PANTAI TIMUR 

6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji terung bulat|dibelah dua
  • 500ml santan pekat
  • 30gm rempah kari ikan
  • 20gm cili kisar
  • 6 ulas bawang merah|dikisar
  • 3 ulas bawang putih|dikisar
  • 2cm halia|dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN TUMISAN:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air.  Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bahan-bahan tumisan dan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan santan, terung, garam dan gula merah secukup rasa.
  5. Didihkan beberapa minit hingga kuah agak pekat.

 

SUKA MAKAN PERIA? CUBA NI.

Peria Goreng Mamak Paling Cepat Sold Out, Memang Senang Nak Buat!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI