Tomato antara buah yang tidak tahan lama, walaupun ia boleh dipelbagaikan kegunaan dalam masakan termasuk dijadikan jus atau sos secara homemade, sebaiknya anda membeli mengikut keperluan.  Namun jika anda membeli lebih untuk tujuan stok atau waktu harga murah, jangan risau, ia akan busuk dan menyebabkan pembaziran.   Kerana info berikut boleh dimanfaatkan untuk membantu anda  menyimpan tomato suapaya kekal segar dan tahan lama.

Ini Cara Simpan Tomato Supaya Kekal Segar, Boleh Cuba Elak Membazir.

Simpan Tomato Pada Suhu Bilik

Cara terbaik simpan buah tomato pada suhu bilik, biasanya di ruang dapur, anda hanya perlu masukkannya dalam bekas terbuka  (tanpa penutup) yang dialas dengan kertas atau tisu dapur  supaya bahagian bawah bekas tidak panas dan kekal pada suhu bilik, dengan cara ini tomato tahan lebih lama.

Terbalikkan Tomato

IKLAN

Meletakkan tomato dalam posisi terbalik ( bahagian tangkai di bawah) membantu menjadikan ia kekal segar dan tahan lama. Kerana cara ini mengurangi proses oksidasi yang menyebabkan tomato terlindung dari udara di sekelilingnya.  Tomato yang diletakkan dalam bekas terbuka, boleh menghasilkan haba panas di sekelilingnya secara semulajadi.  Sebab itu tomato dikatakan boleh membantu mempercepatkan buah-buahan lain masak apabila buah tersebut diletakkan dalam bekas yang sama dengan tomato.

Jangan Buang Tangkai Tomato

IKLAN

Jika buah tomato yang dibeli mempunyai tangkai, jangan buang kerana ia membantu melewatkan proses tomato dari cepat busuk. Jika dibuang tangkai, ia memudahkan bakteria masuk dalam tomato akan cepat menjadi busuk.

Jangan Simpan Tomato Dalam Peti Sejuk

IKLAN

Jika anda beranggapan masukkan  tomato dalam peti sejuk adalah cara terbaik simpan tomato. Anggapan ini adalah salah sama sekali. Sebenarnya  tomato akan mudah rosak dari segi warna, tekstur, mahupun rasanya.

Untuk lebih praktikal , jika anda membeli tomato dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya pilih tomato belum masak sepenuhnya, ia membantu proses simpan tomato menjadi lebih lama. Ini kerana  tomato Ia akan masak sendiri dalam simpan

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI