Biskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun. Satu balang boleh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dari sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.
Rangup, enak dengan bentuk dan rupa yang menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Boleh dibuat jualan masa puasa nanti.
1.DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
50 gm tepung ubi | diayak
20 gm serbuk coklat | diayak
300 gm tepung jagung | diayak
50 gm tepung kastad | diayak
1 sudu teh perisa coklat
1 biji telur
Bahan hiasan : Manik gula warna perak secukupnya
Ads
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur, pukul rata. 3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh. 4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega. 5. Susun manik sebiji di atasnya. 6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
2.CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
120 gm gula perang
1 biji telur
350 gm tepung gandum | diayak
30 gm serbuk coklat | diayak
10 gm serbuk penaik | diayak
50 gm corn flakes | diramas
30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan : Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.. 3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut 4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar. 5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan. 6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
3.DYRA RAISIN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
200 gm mentega
100 gm gula perang
1biji telur
50 gm serbuk coklat | diayak
300 tepung gandum | diayak
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan : Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. 3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum. 4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis. 5. Adun menjadi doh lembut 6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar. 7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit. 8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
INFO : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
Ads
4. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
200 gm mentega
300 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk koko | diayak
100 gm perang
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm coklat cip
1biji telur
Bahan hiasan :
Cip coklat secukupnya
Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK : 1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur. 2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata. 3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai. 4. Hiaskan dengan cip coklat. 5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit. 6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
INFO : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit
Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula perang. 2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum, 3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko. 4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh. 5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang 6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit 7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
INFO : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.
Biskut raya yang kita biasa makan masa zaman kanak-kanak dulu memang sedap. Tak ada pun berwarna warni macam biskut zaman sekarang. Simple sahaja. Namun rasanya memangsedap dan teringat-ingat sampai sekarang. Mahu mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak anda? Jom, kita cuba resipi biskut oldschool yang RASA tampilkan kali ini.
1. BISKUT SAMPRIT
BAHAN-BAHAN:
185gm gula
375gm mentega
60gm tepung kastad | diayak
60gm tepung jagung | diayak
375gm tepun gandum | diayak
1 sudu makan esen vanilla
1 biji kuning telur
Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
2. BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
160gm mentega
100gm minyak sapi
1 biji telur
80gm gula halus
400gm tepung naik sendiri
200gm gula ising | ditabur
BAHAN INTI:
150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
60gm gula halus
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.
3. BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
500gm mentega
350gm gula halus
250gm tepung gandum |diayak
250gm tepung jagung | diayak
125gm tepung kastad | diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Gula berwarna secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.
Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:
450gm coklat masakan
1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.
Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
120gm minyak sapi
450gm tepung gandum
1 biji telur gred B
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
150gm tepung beras
1/2 biji santan kelapa
100gm tepung kacang hijau
120gm gula ising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
Sedia untuk dinikmati.
7. BISKUT AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega
60gm gula ising
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Sedikit esen vanilla
1 biji kuning telur | untuk sapuan
Sedikit coklat masakan | dicairkan
Gula-gula manik | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
8. MAMA CAREY
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
125gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
330gm tepung gandum | diayak
65gm tepung jagung | diayak
65gm susu tepung | diayak
BAHAN ISING:
1 biji putih telur
1 sudu makan tepung jagung
90gm gula ising
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
9. BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
90gm gula kastor
1 biji telur
80gm kismis hitam
125gm tepung naik sendiri | diayak
375gm cornflakes | diramas kasar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga rata.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
10. BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum | diayak
60gm tepung gandum | diayak
140gm gula halus
125gm kacang tumbuk
1 sudu teh esen vanilla
Minyak Mazola secukupnya
BAHAN HIASAN:
Kacang tumbuk kasar secukupnya
Kuning telur untuk sapuan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.
Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.
Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.
Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Mungkin ini kali pertama anda membuat kek. Tapi jangan takut, ikut saja langkah demi langkah pasti menjadi kek yang dibuat nanti. Kek pandan ni memang tak jemu makan. Kek ni tak muak dan sangat sedap dimakan sebab tidak menggunakan butter atau marjerin..
Kek pandan bersantan gebu
Bahan-bahan
6 biji telur
2 cawan gula kastor (tak nak manis boleh kurangkan)
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum (saya guna self raising brand blue key)
1 sudu makan serbuk penaik (diayak bersama tepung gandum)
1 kotak santan kara (200ml)
2 sudu makan susu pekat
Sedikit pewarna hijau
Sedikit emulco pandan (Optional)
Cara memasak:
1.Putar telur, sambil tu masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar..putar sampai kembang.
2.Kemudian, masukkan ovalette dan susu pekat..putar sehingga kembang dan adunan menjadi gebu..
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Masa ni kaup balikkan pun boleh,tapi saya mixer je semua.
4.Akhir sekali masukkan santan+perwarna dan emulco pandan. Sebatikan.
5.Bakar pada suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
*Kalau guna tepung naik sendiri.tak perlu letak serbuk penaik ya
*Tip nak kek gebu gebas..pastikan pukul sampai kembang dan gebu adunan untuk menghasilkan kek yang ala-ala sponge kek.