Muhammad Qayyum Irwanzi Bin Alwi adalah salah seorang peserta dari zon Sentral yang terpilih ke peringkat separuh akhir menerusi Wild Card.

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

Saat diumumkan oleh Zulin Aziz untuk layak ke peringkat seterusnya, luruh tangisan kegembiraan di pipi insan yang mesra disapa sebagai Qayyum atau Chippenim ini.  Mungkin tidak menyangka beliau layak ke peringkat seterusnya.

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

Tatkala ditanya mengenai perasaan terpilih ke Top 12, semestinya beliau tidak menjangkakan rezeki di pihaknya dek kerana saingan dari peserta lain memang sengit belaka.

Tapi itulah, bila dikatakan sudah tertulis rezeki oleh yang Maha Esa, sudah pasti jalannya itu ada.

Saya memang teringin nak jadi macam chef-chef idola saya iaitu Chef Kamarul, Chef Fikri dan Chef Adu yang ada rancangan masakan bersama dengan Baba’s, berkongsi resipi menarik dengan penonton ditambah dengan saya sendiri memang suka bercakap. Jadi menang atau kalah tu belakang kira. Sekurang-kurangnya ia menjadi platform pertama saya untuk memasak bersama dengan BABA’S.

Sebab kedua semestinya RM10k tu menjadi idaman semua, saya memang niat nak kumpul duit kahwin kalau menang hadiah utama. Almaklumlah usia makin meninggi. 

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

Menggigil lutut, jantung rasa nak tercabut, bercakap pun laju sahaja dek gementar, itulah yang dirasai Qayyum sewaktu sesi penjurian. Ayam yang dipanaskan menggunakan microwave jadi agak tidak rangup. Tapi nasib baik penggunaan Serbuk Kari Daging BABA’S menyelamatkan keadaan. Maklumlah, barisan juri yang nak merasa ni bukan calang-calang. Namun beliau cuba menjadi diri sendiri dan memberikan yang terbaik bagi memikat hati juri.

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

Mengenengahkan resipi Ayam Goreng Kari BABA’S- Saranghae, resipi ini memberi seribu makna buat beliau.

IKLAN

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

“Resipi tu asalnya resipi original saya belajar dengan tukang masak Korea, tapi kita lidah orang Melayu kena ada rasa lemak, pedas, masam, manis masinnya, rasa berempahnya. Jadi memang saya olah dengan menggunakan produk BABA’S untuk pastikan rasanya kena dengan tekak orang kita. Malah bila orang Korea makan pun mereka sendiri suka. Sebab rempah mereka tak sama dengan rasa kaya rempah kita” tambah Qayyum lagi.

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

Adat peserta yang masuk dalam setiap pertandingan, pasti mempunyai impian dan harapan yang tersendiri. Begitu juga dengan jejaka berusian 32 tahun yang menjawat jawatan sebagai Pensyarah di sebuah kolej swasta di ibu negara ini.

Sejujurnya beliau menaruh harapan agar berjaya di semi final dan seterusnya melayakkan diri ke final Top 4.

Saya berharap cita-cita saya mahu menjadi seorang chef selebriti yang bertaraf antarabangsa suatu hari nanti berjaya menjadi realiti dengan asbab saya menyertai pertandingan memasak ini. Saya tahu saingan sangat sengit, nak jadi juara tu mungkin agak sukar kerana ada ramai otai-otai yang lebih hebat memasak. Apapun saya akan tetap berikan yang terbaik untuk mengejar impian saya. Saya juga berharap ia menjadi hadiah istimewa buat bapa saya sempena hari bapa baru-baru ini serta membanggakan ibu saya.

 

AYAM GORENG KARI BABA’S SARANGHAE

IKLAN

Saya Nak Berdiri Sebaris Dengan Chef Idola & Gunakan Peluang Ini Untuk Kumpul Duit Kahwin – Qayyum Irwanzi

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 500gram tepung gandum
  • 1 liter air
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Daun bawang
  • Biji bijan

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 2 sudu besar Serbuk Lada Hitam BABA’S
  • 2 sudu besar garam halus
  • 2 sudu besar Serbuk Cili BABA’S
  • 2 sudu besar Serbuk Kari Daging BABA’S
  • 5 ulas bawang putih yang dicincang halus

 

BAHAN SOS AYAM:

  • 200gm mayones
  • 3 sudu besar madu
  • 5 sudu besar sos biji sawi
  • 1 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu kecil empingan cili kering
  • 1 sudu kecil Serbuk Kari BABA’S

CARA MEMASAK:

  1. Potong ayam kepada 16 bahagian. Perapkan bersama Serbuk Lada Hitam BABA’S, garam halus, Serbuk Cili BABA’S, Serbuk Kari BABA’S dan bawang putih.
  2. Cara menggoreng untuk mendapatkan ayam rangup kulit berbunga kerawang teknik Korea ialah dengan memasukkan ayam ke dalam tepung, kemudian celupkan ayam yang dilumuri tepung ke dalam air. Akhir sekali celup ayam tadi ke dalam tepung semula, kibas buang lebihan tepung dan goreng hingga keemasan.
  3. Untuk sos, campurkan mayones, madu, sos biji sawi, emping cili kering serta Serbuk Kari BABA’S dan gaul sebati.
  4. Kemudian gaulkan ayam yang sudah dimasak bersama dengan sos. Tabur hirisan daun bawang serta biji bijan sebagai hiasan.

 

IKLAN

JAGOH RASA BABA’S

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.

Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.

Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.

JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.

Tempat Pertama: RM10,000

Tempat Kedua: RM5,000

Tempat Ketiga: RM3,000

Tempat Keempat: RM1,000

Saguhati: RM500 x 8 peserta

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI