Raya dah nak dekat, nak masak kek tiba-tiba baru perasan oven rosak. Maklumlah guna oven pun jarang-jarang, mahu tak ‘mogok’ oven tu. Jangan panik, pengukus kan ada.
Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahanlama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada kek buah , pandan, coklat, brownies apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus. Jom cuba ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi, penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA
Bahan-bahan : Bahan A :
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
100 gm gula kastor
½ sudu kecil garam
Bahan B :
125 gm tepung gandum | diayak
25 gm tepung jagung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
25 ml susu segar
25ml perahan air daun pandan
Bahan D :
35 ml minyak jagung/masak
Bahan untuk topping :
400gm whipping cream/fresh cream
20 gm gula aising
10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
Sedikit gula Melaka | telah dicairkan.
CARA MEMASAK : Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
4 .Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.
Buat topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 15 sm @ 6 inci Waktu memasak: 15- 20 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka Anggaran kos: RM 15
IKLAN
INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.
2.KEK KUKUS MARBLE ZEBRA
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
8 biji kuning telur
2 biji putih telur
115 gm gula kastor
½ sudu makan ovalet
Bahan B:
130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik
½ sudu teh serbuk penaik
100gm minyak jagung/masak
25 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coklat emulco
½ sudu teh kopi emulco
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
4. Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
7. Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 20 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar. Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF: Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.
CARA MEMASAK : Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping. Topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 20-25 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil. Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak ke dalam ramuan akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.
4.KEK KUKUS BUAH
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
IKLAN
310 gm gula kastor
60 gm air panas
250 gm mentega
500 gm buah-buahan campur
1 sudu teh krim tartar
2 sudu teh baking soda
Bahan B:
350 gm tepung gandum | diayak
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh oren emulco
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2 .Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
3. Masukkan mentega dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
5. Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
6.Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 4 jam Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan. Anggaran kos: RM20
INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.
5.BROWNIES KUKUS KEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
115 gm putih telur
110 gm gula kastor
1 sudu teh ovalet
Bahan B :
80gm tepung gandum | diayak
20gm serbuk koko | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
70 ml minyak jagung/masak
½ sudu teh esen vanilla
4 keping keju cheddar
50 gm cip coklat
Sedikit parutan keju | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar. Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari pengukus supaya brownies tidak basah.
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung yang jadi kegemaran orang Kelantan, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera. Ada resipi Kerutup Ayam, Singgang Daging Lengkuas, Ayam Percik dan Teresek Kacang Panjang. Cubalah.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Salah satu kuih muih Melayu yang digemari ramai. Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
LEPAT JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung – disagat
1 tongkol jagung – dihiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
BAHAN MEMBUNGKUS:
Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
Makan besar Hujung Minggu. Sesekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke Restorannya di Wangsa Maju.
BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BHAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
6 keping tulang rusuk kambing | di cuci dan di toskan
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
3 sudu makan madu
1 biji ketang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Holland | panggang
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
8 keping bahagian paha ayam
1 cawan yogurt putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia | cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
ketul paha ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
Bersihkan paha ayam dan toskan.
Gaul semua bahan bersama paha ayam.
Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
Bakar sehingga masak atau kekuningan.
Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
½ sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Perapkan selama lima minit
BAHAN SOS SAVOURY
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
*campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.