Pilihan bakeri kali ini memang sesuai kalau nak buat ‘tea party’ atau makan petang bersama anak-anak dan seisi keluarga. Selain tekstur yang gebu dan lembut, gaya hiasan dan persembahan roti yang lahir daripada kreaviti pembuatnya juga menjadikan ia semakin berselera untuk dinikmati.

5 IDEA ANEKA ROTI  MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

Jom cuba buat resipi dari blogger dan pengajar kelas masakan secara online Zalina Zainal @ Zalynz Oven ini Sedap weiii…

1. FROGGY CUTE BREAD

5 IDEA ANEKA ROTI  MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

BAHAN-BAHAN : :

  • 500gm tepung protein tinggi atau tepung roti 
  • 100gm gula kastor 
  • 100gm marjerin atau mentega
  • 100gm @ 2 biji telur gred B
  • 210ml air suam kuku *  uli tangan
  • 5gm @ 1 sudu teh garam halus 
  • 10gm @ 2 sudu teh susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 peket yis kering
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Susu cair secukupnya | untuk sapuan atas roti

Bahan Inti Coklat :

  • 300ml susu penuh krim
  • 40gm coklat gelap | dipotong kecil atau beli bentuk ‘coin’
  • 20gm serbuk koko
  • 30gm tepung jagung
  • 50gm gula kaster
  • 15gm mentega 
  • Coklat putih secukupnya | dicairkan untuk hiasan mata

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
  2. Sebelum itu bancuh air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
  3. Masukkan bancuhan gula dan yis ke dalam bekas tadi dan gaul rata.
  4. Kemudian kita keluarkan dan uli atas tikar/ silikon mat supaya senang kerja menguli. Boleh juga diuli atas papan canai atau meja.
  5. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sehingga doh betul-betul licin.
    Selepas itu tutup dengan plastic dan biarkan selama 30 minit
  6. Lepas 30 minit, doh sudah kembang, tepuk-tepukkan dan buang angin.
  7. Timbang doh seberat 25gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
  8. Timbang juga doh 2gm untuk mata. Bulatkan doh. Biarkan doh mengembang berasingan.
  9. Paipkan inti coklat di dalam doh 25gram, tutup doh dan terus masukkan doh di dalam bekas cupcake.
  10. Biarkan doh mengembang hingga paras atas cawan acuan cup cake. Sapu susu cair. Letakkan 2biji doh 2gram untuk mata.
  11. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
  12. Selepas dibakar, sejukkan roti.Kemudian boleh dilukis mata, mulut dan pipi menggunakan pen edible (selamat dimakan). Lekatkan gula-gula untuk mata menggunakan coklat putih yang telah dicairkan.

Cara buat inti coklat:

  1. Kacau semua bahan atas api secara kaedah double boiler (beralaskan bekas berisi air).
  2. Kacau hingga pekat, bila dah masak, tekapkan plastik atas inti coklat.
  3. Bila inti dah sejuk simpan dahulu dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu

Waktu memasak : 35 minit termasuk hiasan

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : roti

Keistimewaan : Inspirasi roti cute dari Jepun

INFO CHEF : Boleh pelbagaikan inti contoh seperti jem strawberi, kaya dan  inti kacang merah.

 

2. BEAR CUTE BUN WITH CHOCOLATE FILLING

5 IDEA ANEKA ROTI  MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti 
  • 100gm gula kastor 
  • 100gm mentega atau marjerin
  • 2 biji telur  @ 100gm gred B
  • 210ml air suami kuku | untuk uli pakai tangan
  • 1 sudu teh @5 gm garam halus 
  • 2 sudu teh @ 10gm susu tepung 
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 peket yis kering

CARA MEMASAK :

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih..
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis ke dalam bekas tadi dan gaul rata.

4. Keluarkan dari bekas dan uli atas tikar silicon (silicon mat), atau atas papan canai.

5. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau hingga doh betul-betul licin.

6.Kemudian tutup dengan plastik atau kain, biarkan selama 30 minit. Lepas 30 minit, bila doh dah kembang, tepuk doh untuk buang angin.

7. Timbang doh seberat 25gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.

8. Timbang juga doh 2 gm untuk telinga. Bulatkan doh.Biarkan doh mengembang berasingan.

9. Paipkan inti coklat di dalam doh 25gm, tutup doh dan terus masukkan doh di dalam bekas cupcake.

10. Biarkan doh mengembang hingga paras atas cawan cup cake. Sapu susu cair. Letakkan 2 biji doh 2gm untuk telinga.

11. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.

IKLAN

12. Selepas dibakar, sejukkan roti.Kemudian boleh dilukis mata, mulut dan pipi menggunakan pen edible.

Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu

Waktu memasak : 12 hingga 15 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : roti

Keistimewaan : Inspirasi roti cute dari Jepun

INFO CHEF: Boleh juga dimasukkan pewarna jika mahukan roti cute bear berwarna yang lebih menarik

TORTOISE BREAD WITH CHOCOLATE TOPPING

5 IDEA ANEKA ROTI  MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tepung protein tinggi atau tepung roti 
  • 100gm gula kastor 
  • 100gm mentega atau majerin
  • 2 biji @ 100gm telur Gred B
  • 210ml air suam | untuk uli tangan
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 2 sudu teh susu tepung 
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 peket yis kering
  • Coklat gelap @ coklat masakan @ coklat coin secukupnya | masak cara ‘double boiler’
  • Coklat cip putih secukupnya | untuk hiasan

 CARA MEMASAK :

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
  2. Sebelum itu bancuh air suam dan gula dahulu, kemudian letak yis. Kacau dan biar hingga berbuih.
  3.  Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
  4. Kemudian keluarkan doh dan uli atas silikon mat atau papan canai untuk memudahkan kerja menguli dengan tangan. Uli tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
  5. Selepas itu tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit..
  6.  Lepas 30 minit, doh bila doh sudah kembang, tepuk-tepuk doh untung buang anginnya.
  7. Timbang doh seberat 40gm untuk bahagian badan, 5gm untuk kepala, 5 biji doh 2gm untuk kaki, tangan dan ekor. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
  8. Paipkan inti coklat di dalam doh 40gram, tutup doh dan terus susun di atas dulang pembakar yang telah disapu margerin atau dialas dengan kertas baking. Susun terus doh untuk kaki, tangan dan mata pada doh badan kura-kura.
  9. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Sapu susu cair.
  10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
  11. Selepas dibakar, sejukkan roti.
  12. Cairkan coklat coin atau bar coklat bar secara kaedah double boiler. Kemudian celup bahagian atas badan kura-kura pada coklat yang telah dicairkan. Letak coklat cip putih di bahagian atas sebagai hiasan.

Saiz hidangan : 20 ketul, anggaran 40gm setiap satu

Waktu memasak : 12 hingga 15 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : roti

Keistimewaan : Gaya corak roti yang sesuai untuk selera anak-anak

INFO CHEF : Sedap juga kalau menggunakan hiasan keju, kastad atau jem beri.

CHICKEN FLOSS EGG ROLL

5 IDEA ANEKA ROTI  MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti 
  • 100gm gula kastor 
  • 100gm majerin atau mentega
  • 2 biji telur Gred B (100gram)
  • 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 2 sudu teh susu tepung 
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 peket yis kering

Bahan untuk hiasan :

  • Chicken floss secukupnya | ada dijual di kedai bakeri
  • 2 biji telur | dikacau untuk disapu atas roti
  • Daun sup secukupnya | helaian daun
  • Cili merah secukupnya
  • Sos cili secukupnya | dipaipkan atas roti gulung
  • Mayonis secukupnya | dipaipkan atas roti gulung

CARA MEMASAK :
1.Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2.Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis , kacau dan biar hingga berbuih.
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi, gaul rata. Keluarkan dan uli di atas tikar silikon atau papan canai . Taburkan sedikit tepung.

4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.

5. Kemudian tutup dengan plastik atau kain, biarkan selama 30 minit.

6. Lepas 30 minit, doh kembang, tepuk atau tumbuk doh untuk buang angin.

7. Timbang doh seberat 200gram setiap satu.Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.

8. Gelek doh dan muatkan doh di dalam loyang 22.9 sm ( 9 inci) . Cucuk-cucuk doh dengan garfu.

9. Biarkan doh mengembang lebih kurang sejam. Pecahkan 2 biji telur dan kacau. Kemudian sapukan atau tuang telur ke atas doh. Hias dengan daun sup, cili merah dan bijan.

10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.

11. Selepas dibakar, boleh terus keluarkan roti dari loyang dan terbalikkan roti pada plastik atau kertas baking.

12. Paipkan sos dan mayonis dan taburkan chicken floss secukupnya. Roti hendaklah digulung waktu masih suam. Selepas digulung kemas, boleh potong roti dan dihidang.

Saiz hidangan : 5 ketul , loyang saiz 22.9 sm ( 9 inci)

Waktu memasak : 12 hingga 15 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : Roti gulung

Keistimewaan : Roti gulung dengan chicken floss,gaya menarik menggantikan bun.

Info Chef : Chicken floss juga boleh digantikan dengan inti tuna atau sardin yang telah digaulkan dengan sedikit mayonis. Anda boleh juga menggunakan serunding ayam atau serunding daging.

CINNAMON ROLL WITH CREAM CHEESE & MILK TOPPING

IKLAN

5 IDEA ANEKA ROTI  MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti 
  • 100gm gula Kastor 
  • 100gm marjerin atau mentega
  • 2 biji @ 100gm telur
  • 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 2 sudu teh | susu tepung 
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 peket yis kering
  • 1 sudu teh pewarna hijau.

 Bahan Tabur :

  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)
  • *Gaul rata kedua-dua bahan
  • Hirisan badam secukupnya | dibakar (roasted) terlebih dahulu

Bahan topping krim keju :

  • 250gm krim keju 
  • 50gm gula aising | telah diayak
  • 150ml susu cair atau susu penuh krim

*Pukul creamcheese dan gula icing sehingga lembut. Kemudian masukkan susu cair. Pukul rata.

 CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.

2. Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih..
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi, gaul rata.

4. Kemudian keluarkan dan uli di atas tikar silikon atau papan canai/permukaan rata untuk memudahkan kerja menguli menggunakan tangan. Uli lebih kurang 15 minit atau sampai doh licin. 

5. Tutup doh dengan plastik atau kain dan biarkan selama 30 minit.

6. Selepas 30 minit, doh sudah mengembang, kemudian tepuk atau tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin dalam doh.

7.Timbang doh seberat 500gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.

8.Tabur sedikit tepung pada meja. Gelek doh memanjang menjadi ukuran 30cm x 40cm.

9. Cairkan sedikit mentega. Sapu mentega menggunakan berus pada keseluruhan bahagian atas doh yang telah digelek.

10.Tabur rata serbuk kayu manis yang telah digaulkan dengan gula perang.

11.Gulung kemas doh. Potong doh menggunakan pisau gerigi pada 9 bahagian.

12. Susun doh yang telah dipotong di dalam loyang 20 sm (8 inci). Loyang hendaklah disapu marjerin atau dialas dengan kertas baking.

13. Biarkan doh mengembang bercantum.

14. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.

15. Selepas dibakar, sejukkan roti. Kemudian boleh sapu bahagian atas roti dengan krim keju dan taburkan hirisan badam yang telah dibakar terlebih dahulu.

Saiz hidangan : 9 ketul , loyang saiz 20sm (9 inci)

Waktu memasak : 12 hingga 15 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : Roti gulung

Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah serbuk kayu manis dan lemak berkrim

Info Chef : Selain serbuk cinnamon dan gula perang sebagai taburan, boleh juga disapu krim coklat.

 

RESIPI : ZALINA ZAINAL,  Blogger ZALYNZ OVEN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI