Bila bab sarapan untuk anak-anak, mestilah kena yang mudah dan sedap. Anak-anak memang teruja nak makan tapi mak-mak kena pandai nak sesuaikan menu yang sesuai.
Jadi, apa kata kita kongsikan 4 resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk makan pagi. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ni.
1. PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara – beli online di sini
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA MEMASAK:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak masa sarapan.
2. ROTI SOSEJ COMEL
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Sosej ayam
Kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Potong roti paratha kepada 12 bahagian kecil seperti pizza. Potong sosej menjadi 3 bahagian.
2. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.
Ads
3. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
3. PIZZARIA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Sos bolognaisse
Beacon ayam/daging
Lada benggala/nenas
Keju mozarella
CARA MEMASAK:
1. Biarkan roti paratha lembut pada suhu bilik. Sapu rata sos bolognaise.
3. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit. Siap.
4. SOSEJ WRAP WITH MEAT/CHICKEN BEACON
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Daun salad
Beacon ayam/daging
Mayonis
Sos cili/tomato
Sosej ayam
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C.
2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.
3. Letak sos dan mayonnaise.
4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
* Selain Roti Paratha Original, korang boleh juga guna Roti Paratha Garlic.
Feeling dapat membuat roti sendiri ni lain. Puas bila dilihat hasilnya menjadi gebu. Membuatnya juga kena ada minat dan dibuat dengan sabar. Hari ni kita meroti wool bread dan membakarnya atas dapur gas. Bahan yang digunakan pun simple saja.
WOOL BREAD Bahan-bahan: 110ml susu segar/cair suam 3 sudu besar gula 1 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur 2 sudu besar butter #zida2004 Filling/ inti pilihan – Saya letak coklat cip saja
Bahan sapuan: 1 biji kuning telur 1 sudu besar susu segar/cair
Cara memasak: 1.Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan selama lima minit. 2.Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Masukkan butter, gaul lagi. 3.Kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi. Gaul dan uli selama lima minit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. 4.Bulatkan doh. Sapukan sedikit minyak di atas doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan selama 1 jam. 5.Uli sebentar untuk membuang angin pada doh. Bentukkan membujur dan potong/ bahagikan kepada lima bahagian. 6.Ambil satu bahagian, canai bentuk bujur. Hiris secara memanjang dan halus dan sekata (seperti memotong mi) 3/4 doh membawa ke hujung doh.
7.Letakkan inti di hujung bahagian doh yang tidak dihiris. Gulungkan dengan kemas hingga ke hujung doh yang telah dihiris. 8.Ulang langkah yang sama dengan baki empat doh yang tinggal. 9.Sapukan sedikit minyak pada loyang. Susun doh yang digulung tadi ke dalam loyang secara membulat hingga penuh tepian loyang. 10.Campurkan kuning telur dengan susu. Kacau sebati. Sapukan ke atas doh roti. 11.Panaskan periuk di atas dapur gas selama lima hingga tujuh minit. Masukkan loyang doh roti. Bakar dengan api paling perlahan selama 30 minit. Jika bakar dengan oven, bakar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing. Siap untuk dihidang.
Siapa suka Roti Boy atau dikenali juga sebagai Mexican Bun atau Mocha Bun yang banyak dijual di kedai-kedai bakeri atau pasaraya utama? Mesti ramaikan, lagi-lagi kalau makan panas-panas, terasa lembut tekstur bun dan garing topping kopi di atasnya. Ditambah pula dengan lemak filling mentega di dalamnya. Memang terbaik, tapi kalau nak buat sendiri ini tip yang boleh membantu Roti Boy yang korang buat sehebat bakeri punya.
Pastikan Adunan Roti Diuli Hingga Sebati
Jika mahukan tekstur lembutm korang kena ulinya sehingga elastik, kalau nak tahu ia sudah elastik apabila adunan di Tarik kedua-dua sisi adunan tidak putus dan tidak lekat pada tangan. Selepas diuli, rehatkan adunan untuk proses proofing. Proses ini bertujuan untuk mengempukkan roti. Semakin lama direhatkan (minima satu jam) adunan akan semakin mengembang dan tekturnya kian lembut apabila dibakar nanti.
Gunakan Mentega Beku Untuk Filling
Rotiboy adalah bun versi klasik yang menggunakan inti atau filling mentega masin (salted butter). Filling inilah yang membuatkan bun ini sedap kerana bergabung dengan manis gula dan pahitnya kopi pada bun. Agar fillingnya cair sempurna setelah roti dibakar, korang gunakan mentega yang sejuk atau beku sebagai inti. Dengan cara ini mentega akan cair semasa proses bakar tetapi tidak sampai melebabkaan tekstur luar roti. Seperkara laagi, semasa memasukkan filling mentega, pastikan anda membentuk doh bulat dengan baik supaya filling tidak keluar semasa membakar.
Tekstur Topping Perlu Pekat
Selepas diisi filling, bun yang telah dibentuk bulat perlu dipaipkan dengan topping kopi di atasnya. Topping ini mesti meliputi permukaan roti, supaya seluruh permukaan diliputi topping sepenuhnya, paipkan toping seperti lingkaran ubat nyamuk dengan tekstur topping sedikit pekat supaya ia tidak meleleh ke sisi bun semasa proses membakar. Apabila topping telah berubah warna kecoklatan selepas dibakar.
Bakar Dengan Suhu dan Waktu Yang Betul
Selain mempengaruhi tekstur roti, lama waktu membakar dan suhu yang tinggi juga mempengaruhi topping kopinya tau. Biasanya roti dipanggang antara 170-200C. tetapi untuk Rotiboy atau Mocha Bun cukup sekadar 170-180 C sahaja. Tetapi disebabkan saiz dan jenis oven tidak sama, maka waktu membakar dan suhu juga berbeza. Hanya korang saja yang kenal karektor oven sendiri. Untuk Mocha Bun ini ia akan masak sempurna apabila topping kopinya sudah meleleh menyeliputi permukaan roti dan teksturnya rapuh . Jika terlalu lama dibakar atau terlalu tinggi suhu, bun akan menjadi kering dan fillingnya tidak akana meleleh cantik seperti korang harapkan.
Resipi Roti Boy
Bahan-bahan:
Inti:
100gm mentega bergaram | dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanila
35 gram gula perang
Bahan Topping
100gm mentega | dilembutkan
80gm gula aising | diayak
2 biji telur | dipukul sedikit
3 sudu makan Nescafe | dicampurkan dengan 2 sudu besar air
Secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam esen kopi
100gm tepung serbaguna | diayak
Bahan Untuk Doh Manis
500gm tepung roti | diayak
20gm tepung susu, diayak
75gm gula pasir
1 sudu the garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur | dipukul sedikit
270gm (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60gm mentega | dilembutkan
Cara Memasak:
Pukul mentega dalam pengadun pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila dan gula perang dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gm dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk lapisan atas: Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan ke dalam beg (‘piping bag’) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk doh manis: Campurkan tepung yang telah diayak, gula pasir dan garam di dalam pengadun dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
Masukkan mentega dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
Cara untuk membuat Roti Boy: Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).
Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm di atas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam.
Paipkan lapisan atas di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
Sarapan adalah amat penting untuk memberi tenaga pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Jadi tiada alasan untuk kita tidak mengambil sarapan dengan resipi yang sangat mudah ini.
ROTI TELUR BEREMPAH ALA ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN :
*2 biji telur
*1/2 bj bawang holland
*Daun bawang
*1/2 biji cili merah/capsicum
*1 sudu kecil rempah kari daging
*1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah
*Sedikit garam
6 keping roti (terpulang jenis roti yang hendak digunakan)
Mayonis
Sos cili
Sayuran: timun, salad, tomato, coleslaw atau sebagainya.
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati.
Sapukan sedikit minyak pada kuali.
Tuangkan sedikit campuran telur tadi dan letakkan sekeping roti ke atas telur. Goreng seketika dan terus angkat.
Kemudian boleh letakkan mayonis dan sos cili. Serta letakkan sayuran pilhan anda.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.