Sesekali dapat makan sup mamak yang power begini memang puas hati rasanya.Cukup ramuan dan kepekatannya.Cicah dengan roti benggali memang layan. Kalau ada yang nak cuba buatnya boleh ikut resepi ini.Confirm berbaloi buat menu ni.
SUP MAMAK
Bahan-bahan:
Ayam kampung-potong 4 bahagian
4 sekawan
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Halia
Cili api merah
4 paket kecil rempah sup
1/2 paket rempah kurma
1 biji tomato-potong dadu
Garam secukupnya
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
1 biji limau nipis
Cara memasak:
1.Ayam kampung yang sudah dibersihkan,rebus bersama rempah 4 sekawan.
2.Dalam masa yang sama kisarkan bawang besar,bawang putih,halia dan cili api merah.Ketepikan.
3.Rebusan ayam dah mendidih, masukkan bahan kisar dahulu.Kacau rata,biar mereneh.
4.Bila dah ok,masukkan rempah sup(rempah serbuk kering) dan rempah kurma(serbuk).Lebur je dalam rebusan tu.
5.Kacau rata dalam api sederhana.Masukkan tomato yang dipotong dadu.
6.Biar mereneh lagi,perasakan dengan garam.
7.Masukkan bawang goreng dan hirisan daun sup.
8.Kacau.
9.Kemudian keluarkan ayam.Toskan.Perah sebiji limau nipis.
10.Kepekatan dah cantik.Rasa dah ok,tutup api.
11.Nak makan,potong kecil ayam tadi letak dalam mangkuk.
12.Tuangkan sup.Hias dengan daun sup,daun bawang serta bawang goreng.
*awalan rebus nak masuk lobak merah pun ok.Biar lobak merah hancur akan pekat kuah sup.Bagi saya untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering.Terpulang kepada cara masing-masing.
Sup cendawan homemade ala Pizza Hut ini memang sedap. Rasa lemak berkrim. Dipadankan pula dengan roti bawang putih. Memang ngam habis!
Kalau nak puas makan, buat sendiri lagi puas hati. Lebih fresh sebab kita masak sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nurul Husna Mohamed Daudini ye. Katanya, resipi itu pula diambil daripada adiknya Nor Najihah Mohamed Daud.
Sup ini juga boleh disejuk bekukan bila buat banyak. Kalau rasa teringin nak makan, keluarkan dan panaskan. Selain itu, kalau nak jadikan sos spageti pun sedap tau. Cubalah.
Bahagikan cendawan kepada dua bahagian; untuk goreng garing ambik 3 biji, dan selebihnya untuk masuk dalam kuah.
Panaskan majerin, goreng cendawan 3 biji tadi yang dah dipotong dadu, sampai garing.
Angkat, tos dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah yang dah dipotong dadu, hingga garing.
Setelah itu masukkan lada hitam, gaul sebati.
Kemudian tambahkan cendawan yang dihiris dan Gaul sebentar.
Kemudian tambah gandum dan gaul sebati.
Masukkan susu dan air, kacau hingga naik wap. Tutup api dan kisar adunan tu hingga hancur elok. Like creamy gitu.
Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan perasakan secukup rasa. Kalau pekat boleh tambah air, ikut kesesuaian selera masing-masing.
Kalau nak cepat, buat step no 3 tadi hingga sedikit menggelegak, perasakan siap-siap dan kisar. Terus siap untuk dihidang
Untuk roti, cincang bawang putih, gaul bersama majerin atau mentega, kalau ada oregano atau parsli boleh letak juga. Oles pada roti keping dan bakar atas pan atau dalam oven..
Dapat menikmati sup ketika hujan memang layan. Teringin pula rasa nak makan dengan roti bakar, jomlah kita buat sup ayam pekat berempah. Bila dihirup terasa rempah ratus
yang digunakan. Confirm kenyang semangkuk.Masak nya mudah je,semua orang suka makan.
1 mangkuk ayam ( bahagian bertulang)
1 paket rempah sup ( kalau ada banyak ayam, guna dua paket)
1 paket 4 sekawan dan bunjut
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 biji bawang putih dan 1 inci halia – tumbuk lumat
1 biji tomato – potong dadu
Ubi kentang
3 sudu minyak
2 mangkuk air
Garam
Kiub pati ayam
Bawang goreng
1.Panaskan minyak masak,tumiskan bawang dan 4 sekawan.
Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat.
Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato, kacau sehingga tomato lembik.
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5.Masukkan ayam, gaul rata.
6.Masukkan dua mangkuk air.
7.Campakkan bunjut sup.
8.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
9.Sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
10. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bagi penggemar masakan Thai, pasti sudah biasa dengan keenakan Sup Cendawan Ala Thai yang mempunyai gabungan rasa masam, pedas, masin dan sedikit manis dalam satu hidangan. Keistimewaan sup ini terletak pada kuahnya yang jernih tetapi sarat dengan aroma herba seperti serai, akar ketumbar dan daun limau purut. Walaupun nampak ringkas, setiap bahan memainkan peranan penting untuk menghasilkan rasa yang seimbang dan cukup menyelerakan.
Jika anda sedang mencari menu yang ringan tetapi tetap mengenyangkan, resipi ini memang pilihan yang tepat. Ia bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasar raya atau pasar basah. Gabungan cendawan tiram yang lembut, baby corn yang rangup serta tomato ceri yang memberikan rasa manis semula jadi menjadikan hidangan ini lebih istimewa.
Lebih menarik, resipi ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sama ada sebagai menu makan tengah hari, makan malam atau ketika cuaca hujan, semangkuk sup panas ini pasti memberikan rasa selesa dan membuka selera.
Apa yang membezakan Sup Cendawan Ala Thai dengan sup biasa ialah penggunaan herba segar yang dimasukkan sejak awal proses memasak. Serai memberikan aroma yang harum, manakala akar ketumbar pula menghasilkan rasa yang lebih mendalam pada kuah.
Daun limau purut pula memainkan peranan penting dalam memberikan haruman sitrus yang menjadi identiti kebanyakan masakan Thai. Sebab itu, walaupun hanya menggunakan kuah jernih, hasil akhirnya tetap kaya dengan rasa dan aroma.
Selain itu, sos ikan juga tidak boleh ditinggalkan. Walaupun digunakan dalam kuantiti yang sedikit, ia memberikan rasa umami yang menjadikan kuah lebih sedap dan autentik.
Satu tip penting ketika menyediakan Sup Cendawan Ala Thai ialah jangan terus memerah jus limau nipis ketika api masih menyala. Sebaiknya, tutup api terlebih dahulu sebelum memasukkan jus limau.
Cara ini membantu mengekalkan aroma segar limau serta mengelakkan rasa pahit yang boleh berlaku jika jus limau dimasak terlalu lama pada suhu yang tinggi.
Jika anda sukakan rasa yang lebih pedas, tambahkan beberapa biji lagi cili padi mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
Cendawan tiram menjadi pilihan utama dalam resipi ini kerana teksturnya lembut dan mudah menyerap rasa kuah. Selain itu, ia juga cepat masak, menjadikan hidangan ini sesuai disediakan ketika sibuk.
Bagi yang ingin menambah variasi, anda juga boleh mencampurkan cendawan enoki, cendawan shimeji atau cendawan butang. Setiap jenis cendawan memberikan tekstur yang berbeza tetapi tetap sedap apabila dipadankan dengan kuah ala Thai.
Jika mahu hidangan lebih mengenyangkan, tambahkan hirisan dada ayam, udang, sotong atau tauhu. Kuahnya tetap sedap tanpa perlu mengubah sukatan asas.
Sup Cendawan Ala Thai membuktikan bahawa hidangan yang ringkas tidak semestinya membosankan. Dengan gabungan herba segar, rasa masam daripada limau nipis, pedas cili padi dan kelembutan cendawan, setiap hirupan kuah memberikan keseimbangan rasa yang cukup memuaskan.
Selain enak, hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang mahukan menu yang lebih ringan tetapi tetap mengenyangkan. Kandungan cendawan yang kaya dengan serat serta pelbagai vitamin menjadikan sup ini antara pilihan yang baik untuk seisi keluarga.
Sama ada dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas atau bihun, hidangan ini pasti menjadi antara menu kegemaran di rumah. Jika anda ingin menikmati masakan Thai tanpa perlu ke restoran, resipi ini sememangnya wajib dicuba kerana penyediaannya mudah, cepat dan hasilnya tidak mengecewakan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Khasiat labu bukan sekadar baik untuk mata. Ketahui 10 manfaat labu untuk sistem imun, kesihatan jantung, kulit, penghadaman serta diet harian yang lebih seimbang.