Kalau  ada hajat nak buat sendiri biskut raya. Ini  tiga resipi biskut raya yang sedap dan senang membuatnya.  Gerenti jadi dan mesti ramai tetamu memuji keenakanya. Usah tunggu lagi, segeralah membaking  kuih raya.

3 Biskut Comfirm Sedap, Jom Buat Raya Ni!

RED VELVET CRINCLE COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 115gm mentega
  • 200gm  muscovado sugar (gula perang)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh pewarna merah

BAHAN AYAK:

  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat
  • 40gm serbuk koko
  • 25g gula ising  | untuk digolek dengan bebola doh

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Pukul telur dan muscovado sugar sehingga kembang.
  2. Masukkan telur. Pukul lagi. Campur pewarna merah.
  3. Masukkan bahan ayak. Campur semua sehingga menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh dan golekkan dengan gula ising.
  5. Susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh menjadi leper sedikit.
  6. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 165C.
  7. Keluarkan dan sejukkan. Sedia dinikmati.

3 Biskut Comfirm Sedap, Jom Buat Raya Ni!

SAMPERIT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 250gm buttercup
  • 50gm gula kastor
  • 120gm susu pekat manis
  • 370gm tepung jagung
  • 30gm tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna kuning, ungu dan pic secukupnya
  • Manik hiasan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
  2. Masukkan susu dan esen vanila.
  3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan dengan satu warna bagi setiap adunan.
  5. Masukkan ketiga-tiga doh berwarna ke dalam acuan semperit. Tekan membentuk bunga. Lakukan hingga selesai. Hias dengan manik hiasan di atasnya.
  6. Bakar suhu 160°C selama 15 – 20 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

3 Biskut Comfirm Sedap, Jom Buat Raya Ni!

WHITE CHOCOLATE PEANUT BUTTER BARS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 226gm mentega | cairkan
  • 1 cawan mentega kacang
  • 1 cawan biskut cream crackers
  • 450gm gula ising
  • 340gm coklat putih

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mesin pemproses makanan, kisar biskut cream crackers, gula dan mentega kacang.
  2. Kemudian gaul bersama mentega yang dicairkan.
  3. Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Tekan-tekan sedikit.
  4. Cairkan coklat putih dan tuang ke atas aduan tadi. Sejukkan sebelum potong.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI