Berita baik untuk penggemar ikan sardin tin. Asyik bosan dengan menu sardin tumis, gulai dan goreng, kali ni admin nak perkenalkan menu sardin cara baru, ala-ala fusion kononnya. Tapi admin yakin ramai yang suka… tak caya cuba ya.
IKAN SARDIN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia | kisar
2biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
5. Kacau hingga kuah pekat.
6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
Ads
3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah kuah kering, tutup api.
7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
Ads
9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
12. Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda yang nak tahu bagaimana cara buat Kuetiau Ladna, ia sangat mudah dan cepat disediakan walaupun ada dua bahagian penyediaan. Pertama penyediaan kuetiau kicap dan kedua kuahnya. Macam mana caranya follow sahaja resipi yang disediakan di bawah ini. Anak-anak gerenti suka kerana ia tidak pedas dan sedikit berkuah. Resipi ini untuk kuantiti besar sesuai jika anda ingin bersedekah pada jiran-jiran.
KUETIAU TEOW LADNA BAHAN-BAHAN: 4 paket kuetiau | leraikan 2 sudu makan sos tiram 1/2cawan kicap lemak manis 1sudu makan sos ikan Sedikit air. BAHAN KUAH: 6 ulas bawang putih 1 cawan isi ayam | hiris 1cawan isi daging | telah direbus dan hiris
1 cawan udang | buang kulit
1 sudu makan sos ikan 2 biji telur 1 paket serbuk mee sup 3-4 cawan air Sedikit minyak untuk menumis 1 biji limau nipis | jus sahaja 3-4 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air Sayuran | cendawan hitam rendam hingga kembang dan gunting Sedikit kailan, kobis cina, lobak merah dan cendawan inoki.
CARA MEMBUAT:
Sediakan kuetiau, Panaskan kuali masukkan semua ketiau.
Campurkan kicap, sos tiram dan sos ikan dengan sedikit air, kemudian tuang dalam kuetiau.
Kacau rata atas api perlahan hingga semua bahan sebati. Tutup api, angkat dan ketepikan.
Sediakan kuah: Panaskan minyak , tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
Masukkan ayam, udang dan daging, kacau dan tambah air.
Setelah mereneh, masukkan serbuk perasa mi sup, lobak merah, batang kailan.
Perasakan dengan sos ikan, kacau dan biar mereneh. Baru masukkan cendawan hitam. Kacau lagi, kemudian masukkan pula cendawan hitam dan inoki.
Pecahkan telur ke dalamnya, kacau perlahan.
Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mereneh.
Tutup api, dan tuangkan kuah ke atas kuetiau tadi.
Hidangkan cili potong yang digaul dengan sos ikan.
Teringin nak makan masakan sendiri tetapi selalu terbantut oleh kekangan masa dan tercari-cari resipi menyebabkanbertangguh untukmemasak. Jangan cari alasan lagi, jom cuba resipi mudah saji ni. Pilihan bujang berkerjaya yang boleh disediakan ketika balik kerja atau pun hujung minggu.. Mudah jer!
SPAGETI BUJANG LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti |rebus dan tos
150ml susu penuh krim
50gm mentega
6 ekor udangsaiz XL
50gm cendawan butang dalam tin | hiris
50gm brokoli |dadu kecil
1/2 biji bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
4. Kemudian masukkan pula brokoli.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.
MAGGI® Cukup Rasa berkongsi 3 resipi berasaskan ayam yang istimewa, sesuai di masak untuk hidangan di rumah yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera ketika menjamahnya, menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
AYAM BALADO HIJAU
BAHAN-BAHAN A:
5-6 ketul ayam
3 cawan air
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
2 helai daun salam
1 batang serai
4 biji buah keras | kisar
BAHAN-BAHAN B:
10 biji cili hijau | tumbuk kasar
2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
1 sudu makan air asam
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Sekiranya suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki. Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.
AYAM SAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A:
5-6 ketul ayam
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
1 sudu makan serbuk cili
BAHAN-BAHAN B:
3 sudu makan cili kisar
1 batang serai | titik
2 labu bawang besar | dadu kasar
1 sudu teh air asam jawa
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih. Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis cili kisar hingga cili masak.
Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati.Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili. Ini kerana api yang besar akan membuatkan cili tak masak sepenuhnya dan pahit.
AYAM DAN SAYUR TUMIS KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
200 gram bunga kobis | potong kecil
10 batang kacang buncis | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris memanjang
1 bij cili merah | hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji sawi
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata. Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan pelbagai sayur lain mengikut citarasa. Sayur tak perlu ditumis keterlaluan untuk mengekalkan khasiatnya.