Wah baru tahu ! Masak pasta bukan main rebus, tos,campurkan sos,kemudian gaul rata dan makan. Salah rupanya selama ni, tak sangka, ada cara yang betul agar hasil pasta yang dimasak sedap seperti hotel lima bintang mahupun restoran Fine Dining.Apa lagi jom semak apakah rahsianya rebusan pasta yang sedap ini supaya lepas ini bolehlah anda semua masak pasta sendiri di rumah ye…
Saiz Hidangan
Untuk menyediakan satu hidangan spageti, ia lebih kurang 100 gram. Biasanya chef-chef profesional merebus pasta dengan nisbah 100gm pasta, 1 liter air adan 7gram garam bersama.
Sukatan Air
Jika merebus menggunakan periuk, isi air sehingga 2/3 periuk. Pastikan air tidak keluar bila mendidih. Jika terlalu sedikit pasta akan melekat oleh itu masukkan pasta hanya selepas air mendidih.
Ads
Garam
Merebus sebenarnya sebahagian dari proses memasak, jadi anda perlu tambahkan garam dalam air rebusan kerana garam bukan hanya penambah rasa tetapi juga membantu menaikkan suhu air.
Elak Guna Minyak
Ramai beranggapan dengan tambah sedikit minyak, pasta yang direbus tidak melekat. Ia akan menyebabkan sos pasta tidak melekat dan menyebabkan rasa sos kurang menyerap pada pasta.
Cara Kacau
Kecilkan api sebelum memasukkan pasta, jika pasta pendek seperti macaroni terus sahaja kacau perlahan supaya tidak melekat. Untuk spageti dan fetuccine, tunggu satu minit sebelum dikacau. Cara kacau juga berhati-hati, kacau dengan gerakan membentuk angka lapan setiap 3-4 minit dan jangan tutup periuk semasa merebus.
Al Dente
Al Dente merujuk pada tekstur pasta yang masak sempurna sepenuhnya. Tidak lembek atau keras bila digigit dan kunyah. Ia merujuk pada bahagian luar pasta lembut tetapi di dalamya masih sedikit keras. Tekstur ini paling ideal terutama jenis pasta panjang seperti spageti.
Ads
Memasak Pasta
Memasak pasta tidak perlu direbus lama, cukup sekadar rebus sekejap kemudian tos dan masukkan dalam periuk semula. Tutup dan biarkan lebih kurang 10-15 minit untuk memastikan pasta masak sepenuhnya selepas direbus.
Jangan Cuci Pasta
Memasak pasta tak seperti memasak mi biasa yang perlu dibilas setelah ditoskan. Untuk pasta, selepas rebus tos sekejap tanpa perlu dibilas. Jika dibilas pati pasta akan hilang sedangkan, pati itu membantu menyerap sos dengan sempurna.
Ads
Cara Campur Sos
Setelah toskan air campurkan pasta dengan sos, kemudian tuang sedikit minyak Zaitun agar pasta tidak melekat semasa digaul rata.
Guna Air Rebusan Cairkan Sos
Jika sos pekat sebaiknya cairkan dengan air rebusan pasta. Oleh itu, semasa tos pasta, tinggalkan sedikit air rebusan untuk digunakan untuk mencairkan sos jika terlalu pekat. Bila sos cair sedikit ia menjadikan sos melekat sempurna pada pasta.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ramai yang sukakan rendang ayam tua, tapi masalahnya, sayangnya ia ambik masa lama untuk mengempukkannya sebelum boleh dihidangkan, kalau tak ia memang liat yang amat. Tapi jangan jadikan ini sebagai masalah besar, berikut ada lapan cara melembutkan ayam tua atau pencen ini dengan lebih mudah dan cepat:-
Periuk Tekanan Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan rempah ratus yang diperlukan dan masak menggunakan periuk tekanan mengikut masa yang disarankan. Tekanan yang tinggi mempercepatkan proses memasak serta melembutkan isi ayam dalam masa yang singkat. Jika tiada periuk tekanan ini ada enam pilihan lain untuk melembutkan isi ayaam tua ini.
Lada Hitam
Anda hanya perlu ambil satu sudu the lada hitam dan 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
Tempurung Kelapa
Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa. Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.
Tebu
Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.
Air Kelapa Muda
Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.
Isi Nanas
Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.
Biji Selasih
Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.
Daun Pisang
Ambil daun pisang abu dan masukkan ke dalam periuk ketika sedang memasak ayam. Masak seperti biasa dan keluarkan daun pisang setelah ayam keliahatn lembut.
Tomato pengganti belimbing takda yang mustahil untuk menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif. Bijak mengolah masakan untuk memikat perut suami barulah bahagia rumahtangga. Enak dinikmati ketika berbuka ataupun bersahur, cara masakannya mudah dan sedap. Wajib ada stok untuk sebulan! Selamat mencuba.
SAMBAL HITAM TOMATO
BAHAN-BAHAN:
Tomato 13-14 bijik. Guna yg masak2 kaler merah lagi senang.
Cili @ lada burung segenggam atau lebih. Nak pedas lebihkan.
Bawang merah kecik 8 bijik
Bawang besar holland saiz sedang sebijik
Ikan bilis segenggam lebih.
CARA MEMASAK:
First step, potong-potong tomato. Masuk kuali, goreng tanpa minyak. Hancur2 kan tomato tu sampai jadi macam gambar diatas
Sambil2 tunggu tomato hancur, masukkan bawang merah kecik, bawang besar holland, dan cili kedalam blender. Pastu masukkan minyak masak agak2 blender boleh pusing. Blend kasar je.
Lepas tu boleh masukkan ikan bilis, blend kasar jugak tau.
P/s : BLEND TAK PERLU TAMBAH AIR. GUNA MINYAK MASAK SAHAJA.
Oke kemudian tomato tadi agak2 dah hancur & kering sikit, masukkan bahan blend tadi
Api sedang2 je tau. Jgn kecik sangat kang stress acik nak tunggu kering
Jangan api kuat takut hangus. So api bukak sedang2 je.
Bila dah jadi kering sikit mcm tu, boleh tambah kicap manis sikit, kicap pekat sikit, garam dan gula. Kalo suka pak aji boleh masukkan jugak
p/s : KICAP PEKAT UNTUK BAGI WARNA HITAM .
👉 IKAN BILIS DAH MASIN, SO LETAK GARAM AGAK2 JE. NANA PAKAI SERBUK MAGGI CUKUP RASA, SO TAK LETAK GARAM DAH.
👉 GULA JGN LEBIH SANGAT. MANIS2 TAK SEDAP
Apa lagi, sambung lah tugas mengacau tu masak sampai kering. Nampak dah pecah minyak dan ikan bilis garing, boleh tutup api.
yg ni ikut selera. Ada yg suka agak kering, boleh masak sampai kering garing. Mcm nana suka gitu je
Yeayy dah siap simpan dalam bekas. Nak tahan lama simpan dalam peti sejuk, 2 bulan pun boleh tahan. Tapi biasa tak sempat 2 bulan, kejap je habis
Resipi ketupat sotong atau sotong sumbat dengan inti pulut ni memang banyak versinya. Sotong segar dengan pulut susu lemak manis, ish..ish sebut ramuannya pun dah kecur air liur.
Ni min kongsikan resepi perkongsian Sahira, resipi asal dari Citarasawan, ketupat sotong versi Kelantan.Ingat ya jangan sumbat ketat atau penuh sangat nanti pecah pulak sotong masa dah masak nanti. Bagikan ruang sedikit untuk pulut mengembang.
KETUPAT SOTONG GEBU VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN (Saiz hidangan untuk 10 orang)
4kg sotong
1 kg pulut susu
8 kerek kecil gula melaka
3 helai daun pandan
Lidi pencungkil gigi, secukupnya
1kg santan cair
1kg santan pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA : 1) Siang sotong dan buang kulit dan mata. Lihat gambar contoh. Basuh dengan air garam dan toskan. 2) Basuh pulut susu dan toskan. 3) Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk. Seperti dalam gambar. 4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya. 5) Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti. 6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong. 7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan. 8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api. 9) Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau. 10) Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan. 11) Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat. 12) Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.
#SHARE bagi yang tak pernah merasa ketupat sotong gebu versi kelantan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.