Ramai yang sukakan rendang ayam tua, tapi masalahnya, sayangnya ia ambik masa lama untuk mengempukkannya sebelum boleh dihidangkan, kalau tak ia memang liat yang amat. Tapi jangan jadikan ini sebagai masalah besar, berikut ada lapan cara melembutkan  ayam tua atau pencen ini dengan lebih mudah dan cepat:-

Periuk Tekanan
Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan rempah ratus yang diperlukan dan masak menggunakan periuk tekanan mengikut masa yang disarankan. Tekanan yang tinggi mempercepatkan proses memasak serta melembutkan isi ayam dalam masa yang singkat. Jika tiada periuk tekanan ini ada enam pilihan lain untuk melembutkan isi ayaam tua ini.

Lada Hitam

Anda hanya perlu ambil satu sudu the lada hitam dan 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.

 

Tempurung Kelapa

Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa.  Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.

Tebu

Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.

Air Kelapa Muda

Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.

Isi Nanas

Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam.  Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.

Biji Selasih

Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.


Daun Pisang

Ambil daun pisang abu dan masukkan ke dalam periuk ketika sedang memasak ayam. Masak seperti biasa dan keluarkan daun pisang setelah ayam keliahatn lembut.