Takda idea nak masak apa? Dan hanya ada telur sahaja di dapur? Jangan risau anda boleh pelbagaikan menu dengan hanya menggunakan telur. Malah, ia merupakan menu yang sihat dan seimbang. Jom cuba!

SAMBAL TELUR HANCUR 

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

CARA PENYEDIAAN

  1.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2.  Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  3.  Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  4.  Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  5.  Angkat dan sedia dihidangkan.

 

MASAK KURMA TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
  • 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
  • 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
  • 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
  • 300ml air
  • 8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
  • 2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 labu bawang putih | dihiris
  • 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
  • Rempah 3 beradik secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 3 helai daun pandan | disimpul
  • 4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik.
  2. Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

 

TELUR MASAK PAPRIK 

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur rebus | buang kulit
  • 3 batang jagung kecil | hiris
  • ½ batang lobak merah | hiris
  • 1 biji cili merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh sos tiram
  • ½ biji capsicum hijau | hiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3gm tepung jagung
  • 1 helai daun limau purut
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
  3. Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
  4. Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

TELUR BISTIK 

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • Telur ayam 2 biji
  • Isi ayam 2 ketul dipotong dadu
  • Sayur campur
  • Bunga kubis
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Tepung jagung

CARA PENYEDIAAN 

  1. Rebus ayam dahulu biar separuh masak.Angkat dan asingkan air rebusan ayam.
  2. Pecahkan telur dan masukkan isi ayam . Gaulkan sampai rata.
  3. Masukkan garam.
  4. Goreng telur dan ayam tadi . Buat 2 biji. Siap bahagian 1.
  5. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
  6. Masukkan cili giling,sos cili dan sos tomato sampai pecah minyak.
  7. Masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sayur campur dan bunga kubis.
  8. Apabila hampir masak, masukkan sos tiram.Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah jika perlu.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.
  10. Curahkan kuah kepada bahan di bahagian 1 tadi. Kalau nak masukkan telur tadi dalam kuah tadi dan panas atas api sekejap pun boleh. Siap!

Info: Jangan panaskan telur dalam kuah atas api lama sangat. Nanti telur jadi keras dan jadi tidak gebu.

IKLAN

Kredit Resipi: Mawar Yus

 

KERUTUK TELUR REBUS BERKENTANG 

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket rempah kerutuk Adabi
  • 6 biji telur rebus (kupas kulitnya)
  • 2 biji kentang ~ kupas kulit & potong 6 (jika kentang bersaiz besar) & goreng empuk.
  • 1 1/2 sudu makan kerisik
  • 2 1/2 cawan santan sederhana pekat- daripada 1 biji kelapa
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu teh asam jawa (ambil jusnya bancuh dengan sikit air)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak menumis secukupnya

BAHAN KISAR

  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci lengkuas

CARA PENYEDIAAN

  1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan kisar hingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar yang dibancuh & serai hingga wangi & pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan kerisik, santan, air asam jawa dan gula merah. Masak seketika. Masukkan telur rebus yang dikupas serta kentang yang telah digoreng. Masak sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa, kemudian bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

Kredit Resipi & Foto: Madihaa a.k.a Ratna

SUP TELUR & KENTANG

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!
BAHAN-BAHAN 

  • 3  biji  kentang (kupas & potong ikut citarasa, rendam)
  • 50  gm  sayur brokoli  (potong ikut citarasa)
  • 1  batang  celery@saderi  (potong ikut citarasa)
  • 4-5  biji  telur
  • 1  liter  stok ayam@ 1 kiub pati ayam ‘Knorr’
  • Air secukupnya
  • 5  biji  bawang merah (hiris)
  • 2  ulas  bawang putih  (hiris)
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup/daun bawang  (hiasan)
  • Bawang goreng secukupnya (hiasan)
  • Minyak masak secukupnya 

CARA PENYEDIAAN 

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.  Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
  2. Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.
  3. Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam.  Tambah sedikit lagi air jika perlu.  Bila mendidih, perlahankan api.
  4. Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain.  Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras.  Kacau perlahan-lahan.
  5. Tambahkan brokoli dan celery@saderi.
  6. Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam.  Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api.  Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Kredit Resipi & Foto: Zaharah 

TELUR MASAK TAUCU

IKLAN

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 3-5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji lada merah dibuang bijinya (dihiris)
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya (kalau perlu sebab taucu dah masin)

CARA PENYEDIAAN 

  1. Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap.
  2. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
  3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
  4. Masukkan taucu (kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit)
  5. Masukkan air asam jawa dan sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat.
  6. Masukkan gula.
  7. Masak sampai mendidih dan kuah pekat.
  8. Tuangkan kuah diatas telur.

Kredit Resipi  & Foto: Hana

TELUR MASAK LEMAK CILI API 

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Cili padi (kuantiti ikut suka)
  • Sejemput ikan bilis
  • 1 paket santan serbuk
  • Sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit juga)
  • 2 batang serai (titikkan sahaja)
  • Sehelai daun kunyit (mayang halus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam & gula secukupnya
  • 1 asam keping

CARA PENYEDIAAN 

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali dengan serai yang dititik.
  3. Tumis hingga naik bau kemudian tambah santan yg telah dibancuh dengan air.
  4. Masak hingga mendidih lalu pecahkn telur sebiji sebiji ke dalam kuah tadi.
  5. Tambahkan garam, asam keping, daun kunyit juga perisa jika suka. Masak lagi sebentar dan bolehlah tutup api. Siap!

Kredit Resipi & Foto: Inahar Ali

TELUR MASAK ASAM 

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 5 biji cili padi
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 sudu teh asam jawa
  • 3 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa ( jika suka )
  • Sedikit minyak untuk menumis

 CARA PENYEDIAAN 

IKLAN
  1. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Campurkan asam jawa dan air.
  3. Tumis bahan yang dimayang. Apabila kekuningan masukkan air asam jawa.
  4. Bila mendidih, masukkan cili padi yang dipotong dua dan juga garam serta serbuk perasa.
  5. Biarkan seketika dan kecilkan api.
  6. Pecahkan telur dan biarkan ia masak.
  7. Taburkan daun sup yang telah dipotong dan sedikit lada sulah. Tutup api.

Info : Pada langkah yang ke 7, boleh juga masukkan potongan buah tomato dan taburkan bawang goreng  untuk variasi warna yang lebih menarik

Kredit Resipi & Foto: NA

SAMBAL TUMIS TELUR

10 Resepi Menarik Berasaskan Telur Yang Anda Boleh Jadikan Sebagai Hidangan!

BAHAN-BAHAN

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 sudu besar cili kering (kisar )
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Telur (rebus, kupas & goreng)

CARA PENYEDIAAN 

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.
  3. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
  4. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
  5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
  6. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  7. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Kredit Resipi & Foto: Azie Kitchen

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI