Di pagi raya sajian nasi, daging, ayam pasti memenuhi meja. Apa lagi jika lauk yang dimasak adalah resipi tradisional yang tiada tandingan.

Bagi anda yang nak mencari menu apakah yang mahu dimasak di Aidilfitri, Chef Mohd Azizi Hamzah, Chef Mohamad Nazri Omar dan Chef Zulkefli Ismail dari Hotel Sri Petaling, Kl memaparkan seleksi resepi Syawal terbaik buat pengikut RASA.

  1. NASI KEBULI

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg basmathi
  • 300 gm bawang merah | dikisar
  • 200 gm halia | dikisar
  • 100 gm lengkuas | dikisar
  • 100 gm kunyit hidup | dikisar
  • 15 gm lada hitam | ditumbuk halus
  • 20 gm serbuk ketumbar
  • 4 batang serai | dititik
  • 1 helai daun tutur atau daun teratai | untuk menutup nasi
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 150 gm minyak sapi
  • 1 liter air
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk, Tumiskan sekali bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup yang telah dikisar.

2.Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan lada hitam, serbuk ketumbar bersama susu cair, garam dan serbuk perasa. Masukkan pula air ke dalamnya dan biarkan mendidih.

3. Bila mendidih masukkan beras basmati dan tanak nasi.

4. Bila air hampir kering, kecilkan api dan masukkan daun tutur untuk menutup atas nasi. Tutup tudung.

5. Bila nasi masak bolehlah dihidang

 

Saiz hidangan : 10 orang makan

Waktu memasak : 30 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Nasi

Keistimewaan : Berperisa dan berempah, daun tutur membangkit aroma dan rasa.

Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Nasi kebuli berasal dari rantau Timur Tengah terutamanya Yaman. Ia cukup popular di Pahang dan dikatakan terkenal dari kalangan istana Pahang.

  1. RENDANG BAHU KAMBING

BAHAN-BAHAN :

  • 600 gm daging bahu kambing | direbus terlebih dahulu

*Ambil sedikit air rebusan

  • 200 gm cili padi | ditumbuk halus
  • 100 gm serbuk jintan manis
  • 100 gm serbuk jintan putih
  • 300 gm kerisik
  • 4 batang serai | diketuk
  • 2 helai daun kunyit | dihiris/carik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan dikisar :

  • 400 gm bawang merah
  • 200 gm bawang putih
  • 50 gm halia
  • 200 gm lengkuas

 CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
  2. Setelah itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih,cili padi, serai dan sedikit air untuk mengelakkan dari kering.
  3. Kemudian masukkan bahu kambing, kacau rata biarkan rencah sebati dengan daging, masukkan air rebusan kambing secukupnya. Apabila air daging hampir kering masukkan santan.
  4. Seterusnya masukkan daun kunyit dan kerisik. Masukkan garam dan gula secukup rasa apabila daging sudah empuk.
  5. Makanan sedia untuk dihidang

Saiz hidangan : 10 orang makan

Waktu memasak : 1jam

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Rendang sedap dimakan bersama ketupat, nasi impit dan leman

Anggaran kos : RM 45

INFO CHEF: Biarkan daging mereneh lama, agar ia benar-benar empuk dan meresap rencahnya.

  1. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg dada ayam
  • 50 gm serbuk lada hitam
  • 30 gm cendawan butang
  • 30 ml kicap manis
  • 10 gm serbuk kunyit

Bahan dikisar :

  • 100 gm bawang putih
  • 150 gm bawang merah
  • 50 gm halia 

CARA MEMASAK :

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
  2. Kemudian goreng ayam separuh masak
  3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
  5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan : 10 orang makan

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak : Tumis dan goreng

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan 

Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya. 

  1. DALCA TULANG RUSUK

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
  • 300 gm kacang dhall | direndam dahulu
  • 30 gm halba campur
  • 5 gm daun kari
  • 500 ml santan
  • 200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
  • 200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

  • 200 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 200 gm halia

Bahan sayur-sayuran :

  • 300 gm lobak merah | dipotong kecil
  • 200 gm kacang panjang | dipotong
  • 5 biji ubi kentang | dibelah baji
  • 300 gm kubis bunga

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
  4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
  7. Sajian sedia dihidangkan

Saiz hidangan : 10 orang makan

Waktu memasak : 30 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap 

Anggaran kos : RM 40

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.

  1. DAGING KURMA 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg daging batang pinang
  • 50 gm kulit kayu manis
  • 50 gm bunga lawang
  • 30 gm bunga cengkih
  • 300 gm rempah kurma
  • 1 tin susu cari
  • 5 gm daun kari
  • 500 ml santan
  • 5 biji kentang | dibelah baji
  • 2 biji tomato | dibelah 4
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

  • 300 gm bawang merah
  • 150 gm bawang putih
  • 50 gm halia 

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari sampai naik bau.
  3. Selepas itu masukkan bahan -bahan dikisar bersama rempah kurma. Kacau sebati dan tumis hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan daging dan sedikit air, biarkan daging empuk.
  5. Masukkan santan dan ubi kentang, biarkan sehingga empuk. Biarkan mereneh seketika dengan api kecil
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  7. Hidangan siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 10 orang makan

Waktu memasak : 30 – 40 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Lauk yang kaya dengan rasa rempah ratus. 

Anggaran kos : RM 55

INFO CHEF : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk daging ayam. Biarkan mereneh dengan api kecil sehingga rencahnya sebati ke dalam daging. 

  1. DAGNG TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI

 BAHAN-BAHAN :

  • 600 gm daging tetel lembu
  • 4 batang serai | dititik
  • 1 liter santan
  • 200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
  • 3 asam keping
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

  • 300 gm bawang merah
  • 100 gm kunyit hidup
  • 200 gm cili padi

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air sehingga mendidih.
  3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
  4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
  5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
  6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Lauk sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 8 orang makan

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak 

Anggaran kos : RM 23

INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan. 

7. TELUR PUYUH MASAK ACAR

 BAHAN-BAHAN :

  • 20 biji telur puyuh | direbus, kupas dan toskan
  • 300 gm bawang merah | dihiris
  • 200 gm bawang putih | dihiris
  • 2.5 sm halia | dihiris
  • 4 batang serai | diketuk
  • 100 gm kunyit hidup | ditumbuk halus
  • 300 gm lobak merah | dipotong jejari
  • 300 gm timun | dipotong jejari
  • 300 gm kacang panjang | dipotong jejari
  • 5 gm biji bijan
  • 30 ml cuka makan
  • 200 gm sos cili
  • 200 gm sos tomato
  • Gula dan garam secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup sehingga pecah minyak.
  2. Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit cuka, perasakan dengan garam dan gula.
  3. Biarkan ia betul-betul masak, barulah dimasukkan lobak merah, timun dan kacau panjang. Kacau sebati
  4. Kemudian masukkan telur burung puyuh. Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan sedikit biji bijan

Saiz hidangan : 8 orang makan

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Rasa masam manis dan rangup dengan sayur-sayuran 

Anggaran kos : RM 12

INFO CHEF : Jika mahu pedas sedikit tambahkan hirisan cili merah dan hijau ke dalam sajian selepas memasukkan telur

  1. SATE GORENG

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm isi ayam | dipotong kecil

Bahan dikisar :

  • 250 gm bawang merah
  • 10 batang serai
  • 100 gm halia
  • 100 gm lengkuas
  • 50 gm ketumbar | sangai dulu sebelum kisar
  • 50 gm jintan manis | sangai dulu sebelum kisar
  • 50 gm jintan putih | sangai dulu sebelum kisar
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

  1. Kisar sekali bawang merah, serai halia, lengkuas, ketumbar biji, jintan manis dan biji jintan putih. Perasakan gula dan garam secukup rasa
  2. Kemudian perapkan bersama isi ayam sekurang satu jam untuk biarkan ia sebati dan meresap ke daging.
  3. Selepas itu ayam digoreng dengan api yang sederhana hingga empuk.
  4. Sajian boleh dihidangkan bersama kuah kacang dan ketupat.

Saiz hidangan : 5 orang makan

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak : Goreng.

Jenis hidangan : Lauk utama

Keistimewaan : Ringkas dan jimat masa berbanding dengan kaedah bakar dan gril 

Anggaran kos : RM 13

INFO CHEF : Goreng ayam yang diperap dalam minyak yang terendam.

9. KETAM MADU BEREMPAH

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ketam | dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit.
  • 80 ml madu
  • 50 gm serbuk ketumbar
  • 30 gm jintan manis
  • 25 gm jintan putih
  • 50 gm serbuk kari | untuk ‘seafood’
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

  • 50 gm bawang putih
  • 150 gm bawang merah
  • 50 gm halia

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dalam kuali. Goreng ketam separuh masak. Toskan.
  2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
  3. Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih dan serbuk kari hingga pecah minyak dan garing.
  4. Setelah semua ramuan dikacau sebati, masukkan ketam dan madu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Sajian siap dihidangkan

Saiz hidangan : 8 orang makan

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Goreng dan tumis

Jenis hidangan : Makanan laut 

Keistimewaan : Ketam yang manis dan berperasa rempah yang harum. 

Anggaran kos : RM 35

INFO CHEF : Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun sup.

  1. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA

 BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm hati ayam
  • 200 gm kacang panjang
  • 6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
  • 4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
  • 100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
  • 100 gm fucuk | direndam dahulu
  • 150 gm soo hoon | direndam dahulu
  • 20 ml kicap manis
  • 100 gm pes cili kering
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dihiris :

  • 200 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
  4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
  5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.

Saiz hidangan : 5 orang makan

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Goreng dan tumis

Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran 

Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.

Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.  

RESIPI : CHEF MOHD AZIZI HAMZAH. CHEF MOHAMAD NAZRI OMAR, CHEF ZULKEFLI ISMAIL

Terima kasih : HOTEL SRI PETALING, KL, 30 Jalan Radin Anum, Sri Petaling,  Kuala Lumpur, Selangor