![mee kari ala cina](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design119.png)
Rasa kuah mi kari chinese style agak mild dan kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambah sambal yang diasingkan mengikut citarasa anda.
MI KARI CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
- Mi kuning- dicelur
BAHAN KUAH:
- 100gm cili kering – rebus dan kisar
- 3 biji bawang besar – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 batang serai – diketuk
- 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1/2 ekor ayam (potong kecil)
- 1 kotak kecil santan
- Tauhu apung
- Fish cake
CARA MEMASAK:
- Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
- Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
- Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
- Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apong
BAHAN SAMBAL:
- 300gm cili kering – rebus
- 4 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
- Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
BAHAN HIASAN:
- Telur rebus
- Taugeh – celur
- Sawi – celur
- Sambal
- Limau Nipis (potong separuh)
INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ahmad Shukri Shukor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Asam Laksa Sedap, Guna Sardin Tin Makin Mudah Nak Buat
![Buat Asam Laksa Sedap, Guna Sardin Tin Makin Mudah Nak Buat](https://cdn.rasa.my/2023/04/i-91.jpg)
Resipi Asam Laksa menggunakan ikan sardin di dalam tin ini memang popular. Bukan sahaja mudah untuk membuatnya, kuahnya pun sedap dan pekat.
Apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Suriani Mohd Ariffin ini. Resipi asam laksa terlajak sedap. Dah makan tak cukup semangkuk. Gerenti nak makan berulang-ulang. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1 paket laksa segera/ laksa basah – Boleh beli online di sini
1 ikat daun kesum – Boleh beli online di sini
2 batang bunga kantan
5-6 keping asam keping – Boleh beli online di sini
Nanas (dipotong halus)
Garam – Boleh beli online di sini
Gula
BAHAN KISAR
1 tin besar sardin Ayam Brand* – Boleh beli online di sini
2 paket pes asam pedas Adabi* – Boleh beli online di sini
1 biji bawang besar*
2 biji bawang India*
3 biji lada merah*
Sedikit belacan* – Boleh beli online di sini
Sedikit nanas*
BAHAN HIASAN
Telur rebus
Daun salad
Daun pudina
Cili padi – Boleh beli online di sini
Bunga kantan
Limau kasturi atau limau nipis – Boleh beli online di sini
Bawang besar
CARA MEMASAK:
Mula-mula, kisar lumat semua bahan yang bertanda * di atas.
Kemudian, didihkan bahan kisar tersebut bersama 1 jag air atau tambahkan lagi mengikut kadar kepekatan atau kecairan yang disukai.
Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan lain iaitu daun kesum, bunga kantan, asam keping, nanas, garam dan gula.
Ambil sedikit ikan sardin dan hancurkan agar nampak berketul-ketul. Didihkan lagi sehingga masak.
Sementara itu, hiriskan bahan-bahan hiasan seperti di atas.
Kuah dah siap, bolehlah hidangkan laksa bersama telur rebus, daun salad, daun pudina,cili padi, hirisan bunga kantan, limau kasturi atau limau nipis dan hirisan bawang.
Kredit: Suriani Mohd Ariffin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ayam Goreng Bawang Putih, Goreng Sampai Garing, Wangi Aromanya
Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.
![Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.](https://cdn.rasa.my/rasa/RESIPI-BRIAN.png)
Ya, mungkin hidangan mi, mihun atau kuetiau goreng itu sudah terlalu biasa. Namun jika kreatif, aneka mi ini boleh dipelbagaikan resipinya dan boleh buat mama kagum. RASA berkongsi resipi menarik menggunakan mi yang boleh anda cuba sendiri. Paling penting, resipinya praktikal dan tidak memerlukan belanja yang terlalu besar.
CUCUR MIHUN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm mihun | dicelur dan toskan
- 1/8 cawan tepung naik sendiri
- 1/8 cawan susu
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1/2 cawan kacang pis
- 1/8 cawan keju cheddar | diparut
- 1 biji bawang besar | dicincang
- Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, susu, telur dan jintan putih dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan pula mihun, kacang pis, keju dan bawang besar.
- Gaul rata sehingga adunan sedikit kental.
- Akhir sekali, goreng adunan cucur sehingga kuning keemasan.
INFO CHEF: Jika adunan terlalu cair, cucur akan menggelembung dan ‘masuk minyak’.
KUETIAU LEMAK DAGING & EPAL
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kuetiau | dicelur
- 500gm daging salai | dipotong dadu
- 2 batang serai
- 2 cawan santan
- 1 epal hijau | dipotong dadu
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bwg putih
- 2sm kunyit hidup
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Tuangkan bahan kisar dalam periuk dan masukkan epal, santan serta serai. Masak sehingga epal lembut.
- Sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak. Masukkan daging.
- Perasakan secukupnya dan biar kuah masak sepenuhnya.
- Hidangkan dengan kuetiau yang telah dicelur.
INFO CHEF: Jika tidak mahu rasa kuah yang terlalu pedas, anda boleh kurangkan kuantiti cili padi yang digunakan.
KEK MI WANTON & UDANG
BAHAN-BAHAN (KEK WANTON):
- 425g mi wanton | dicelur dan keringkan
- 2 sudu besar minyak jagung
- 1 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2sm halia | diparut
- 3 telur | dipukul
- 120gm isi udang
- 120gm daging | dipotong dadu kecil dan digoreng garing
- 1 pokok daun bawang | dihiris
BAHAN SOS:
- 2 sudu besar sos cili manis
- 1/4 cawan yogurt
- Sedikit daun pudina | dicincang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
- Dalam sebuah mangkuk besar campurkan bahan tumisan dan telur. Masukkan isi udang, daun bawang dan daging. Kemudian masukkan mi dan gaul mesra.
- Tuangkan adunan dalam loyang pembakar dan bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehigga kek masak sepenuhnya.
- Untuk sos cili yogurt : gaulkan mesra kesemua bahan.
- Hidangkan kek mi bersama sos yang disediakan.
INFO CHEF: Udang boleh digantikan dengan isi ketam atau ayam yang diracik halus.
PATTY AYAM & MIHUN
BAHAN-BAHAN:
- 80gm mihun
- 600gm isi ayam | dicincang
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 telur, dipukul
- 1 cawan serbuk roti
- Minyak secukupnya
- Sos cili manis untuk menghidang
BAHAN KISAR:
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1 inci halia | diparut
- 1 serai | dihiris nipis
- 1 biji cili merah | dihiris
- 2 daun bawang | dihiris
- 1/4 cawan daun pudina
- 1/4 cawan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Lembutkan mihun dengan air panas dan potong supaya ia tidak terlalu panjang.
- Kisar halus semua bahan kisar. Kemudian campurkan bahan kisar bersama isi ayam, sos tiram, telur, serbuk roti dan minyak.
- Bentukkan menjadi patty dan letakkan atas loyang yang berlapik. Tutup dengan cling wrap dan sejukkan untuk 30 minit.
- Panaskan minyak. dan goreng patty lebih kurang 4 minit setiap permukaan . Hidangkan dengan sos cili manis.
INFO CHEF: Jika tidak mahu rasa kuah yang terlalu pedas, anda boleh kurangkan kuantiti cili padi yang digunakan.
KUETIAU SAYUR BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kuetiau | dicelur
- 2 sudu kecil minyak sayuran
- 50gm daging | dipotong halus dan goreng garing
- 2 batang lobak merah | diparut
- 125gm jagung tin
- 1/2 cawan kacang pis
- Sedikit daun bawang | dihiris kasar
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 cawan keju cheddar parut
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan susu. Gaul sebati semuanya.
- Dalam mangkuk kecil, pukulkan susu dan telur.
- Masukkan telur ke dalam campuran bahan tadi dan tuangkan ke dalam loyang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 35 minit.
INFO CHEF: Anda boleh menggantikan hirisan daging kepada sosej atau isi ayam jika mahu.
POPIA MIHUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket kulit popiah
- 200gm mihun | direndam dan toskan
- 250gm ayam cincang
- 1 batang lobak merah | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Garam dan lada hitam secukupnya
- 2 sudu kecil minyak bijian
BAHAN LAIN:
- Minyak untuk mengoreng
- Sos cili untuk menghidang
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sehingga ia kering. Masukkan lobak merah, daun bawang dan perasakan secukupnya.
- Sejukkan inti dan letakkan ditengah-tengah kulit popia.
- Gulung popia seperti biasa dan goreng dalam minyak panas secukupnya.
- Hidangkan bersama sos cili untuk dimakan.
INFO CHEF: Anda juga boleh menambah tauge atau sengkuang cina ke dalam inti popia jika mahukan inti yang lebih ‘mewah’ dan padat.
WRAP MI BIJIAN
BAHAN-BAHAN:
- 4 kepingan tortila
- 500gm mihun | dicelur
- 2 sudu besar minyak masak
- 500g daging | dihiris nipis
- Sedikit daun bawang | dihiris kasar
- 100gm putik jagung | dibelah dua
- 1 batang saderi | dihiris
- 1/4 cawan kacang yang telah dibakar
- Segenggam daun ketumbar | dicincang
- Segenggam daun selasih | dicincang
BAHAN SOS TERIYAKI:
- *(Panaskan semua bahan untuk 10 minit dan sejukkan)
- 1/2 cawan kicap cair
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu besar madu
- 2 sudu kecil halia diparut
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali besar, panaskan minyak dan masak daging separa masak. Ketepikan.
- goreng kilas semua bahan lain kecuali tortila dan masak sehingga sayur menjadi lembut.
- Masukkan kembali daging dan tuangkan masuk sos teriyaki. Biarkan masak untuk 2-3 minit.
- Gaulkan bersama mihun.
- Letakkan di atas kepingan tortila dan taburkan herba segar. Gulung dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Pelbagaikan pilihan sayur mengikut kegemaran anda seperti lada benggala, cendawan dan sebagainya.
Mi Jawa Kuah Pekat, Banyak Kali Dipanaskan Lagi Umph Rasanya
![Mi Jawa Kuah Pekat, Banyak Kali Dipanaskan Lagi Umph Rasanya](https://cdn.rasa.my/2023/06/Untitled-design-2023-06-21T125206.153.jpg)
Petang begini kalau dapat menu dari mee sedap juga. Dah bosan nak makan yang bergoreng kita cuba buat menu yang berkuah. Boleh cuba resepi mee jawa yang dikongsi oleh Marina Ismail. Simple je bahan-bahan yang digunakan.Nak tambah letak cucur udang pun sedap. Kuah ni bila dipanaskan banyak kali. lagi umph rasanya.
MEE JAWA
Bahan-bahan:
- 1 kilo mi kuning – celur
- 2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
- 1 cawan udang kering – goreng dan kisar
- 1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
- 5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
- Minyak untuk tumis
- Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau
Bahan kisar (A)
- 15 tangkai cili kering – kisar-beli online di sini
- 5 ulas bawang putih – kisar-
- 8 ulas bawang merah kecil – kisar-beli online di sini
- 1 inci halia – blend
- Sikit belacan – bakar-beli online di sini
Bahan hiasan:
- Telur rebus – potong separuh
- Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecil-kecil
- Cili hijau dan cili merah dihiris
- Bawang goreng
- Daun saderi dan daun bawang, dihiris
- Taugeh – celur
- Limau kasturi – belah
Cara membuat:
- Rebus keledek sampai empuk.
- Kisar keledek hingga halus.
- Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
4.Kisar udang kering dan udang hidup.
5.Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah kisar dalam bahan kisar (A) sampai naik bau.
6.Masukkan udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.
7.Masukkan gula Melaka.
8.Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.
9.Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tambahkan je air.
10.Akhir sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sikit. Adjust ikut cita rasa anda.
Cara menghidang:
1.Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
2.Curahkan satu atau dua senduk kuah atas mee. Letak telur rebus yang dah dipotong atasnya. Akhir sekali tabur daun saderi dengan daun bawang. Letak limau kasturi. Dah boleh hiding.
Kredit: Marina Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official