Ya, mungkin hidangan mi, mihun atau kuetiau goreng itu sudah terlalu biasa. Namun jika kreatif, aneka mi ini boleh dipelbagaikan resipinya dan boleh buat mama kagum. RASA berkongsi resipi menarik menggunakan mi yang boleh anda cuba sendiri. Paling penting, resipinya praktikal dan tidak memerlukan belanja yang terlalu besar.

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.CUCUR MIHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm  mihun | dicelur dan toskan
  • 1/8 cawan tepung naik sendiri
  • 1/8 cawan susu
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan kacang pis
  • 1/8 cawan keju cheddar | diparut
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung, susu, telur dan jintan putih dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan pula mihun, kacang pis, keju dan bawang besar.
  2. Gaul rata sehingga adunan sedikit kental.
  3. Akhir sekali, goreng adunan cucur sehingga kuning keemasan.

INFO CHEF: Jika adunan terlalu cair, cucur akan menggelembung dan ‘masuk minyak’.

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.KUETIAU LEMAK DAGING & EPAL

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm  kuetiau | dicelur
  •  500gm daging salai | dipotong dadu
  • 2 batang serai
  • 2 cawan santan
  • 1 epal hijau | dipotong dadu
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 2sm kunyit hidup
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Tuangkan bahan kisar dalam periuk dan masukkan epal, santan serta serai. Masak sehingga epal lembut.
  2. Sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak. Masukkan daging.
  3. Perasakan secukupnya dan biar kuah masak sepenuhnya.
  4. Hidangkan dengan kuetiau yang telah dicelur.

INFO CHEF: Jika tidak mahu rasa kuah yang terlalu pedas, anda boleh kurangkan kuantiti cili padi yang digunakan.

 

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.KEK MI WANTON & UDANG

BAHAN-BAHAN (KEK WANTON):

  • 425g mi wanton | dicelur dan keringkan
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 2sm halia | diparut
  • 3 telur | dipukul
  • 120gm isi udang
  • 120gm daging | dipotong dadu kecil dan digoreng garing
  • 1 pokok daun bawang | dihiris

BAHAN SOS:

IKLAN
  • 2 sudu besar sos cili manis
  • 1/4 cawan yogurt
  • Sedikit daun pudina | dicincang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Dalam sebuah mangkuk besar campurkan bahan tumisan dan telur. Masukkan isi udang, daun bawang dan daging. Kemudian masukkan mi dan gaul mesra.
  3. Tuangkan adunan dalam loyang pembakar dan bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehigga kek masak sepenuhnya.
  4. Untuk sos cili yogurt : gaulkan mesra kesemua bahan.
  5. Hidangkan kek mi bersama sos yang disediakan.

INFO CHEF: Udang boleh digantikan dengan isi ketam atau ayam yang diracik halus.

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.PATTY AYAM & MIHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 80gm mihun
  • 600gm isi ayam | dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 telur, dipukul
  • 1 cawan serbuk roti
  • Minyak secukupnya
  • Sos cili manis untuk menghidang

BAHAN KISAR:

  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 inci halia | diparut
  • 1 serai | dihiris nipis
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 2 daun bawang | dihiris
  • 1/4 cawan daun pudina
  • 1/4 cawan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Lembutkan mihun dengan air panas dan potong supaya ia tidak terlalu panjang.
  2. Kisar halus semua bahan kisar. Kemudian campurkan bahan kisar bersama isi ayam, sos tiram, telur, serbuk roti dan minyak.
  3. Bentukkan menjadi patty dan letakkan atas loyang yang berlapik. Tutup dengan cling wrap dan sejukkan untuk 30 minit.
  4. Panaskan minyak. dan goreng patty lebih kurang 4 minit setiap permukaan . Hidangkan dengan sos cili manis.

 INFO CHEF: Jika tidak mahu rasa kuah yang terlalu pedas, anda boleh kurangkan kuantiti cili padi yang digunakan.

 

IKLAN

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.KUETIAU SAYUR BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm  kuetiau | dicelur
  • 2 sudu kecil minyak sayuran
  • 50gm  daging | dipotong halus dan goreng garing
  • 2 batang lobak merah | diparut
  • 125gm jagung tin
  • 1/2 cawan kacang pis
  • Sedikit daun bawang | dihiris kasar
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan keju cheddar parut
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan susu. Gaul sebati semuanya.
  2. Dalam mangkuk kecil, pukulkan susu dan telur.
  3. Masukkan telur ke dalam campuran bahan tadi dan tuangkan ke dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 35 minit.

INFO CHEF: Anda boleh menggantikan hirisan daging kepada sosej atau isi ayam jika mahu.

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.POPIA MIHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket kulit popiah
  • 200gm mihun | direndam dan toskan
  • 250gm  ayam cincang
  • 1 batang lobak merah | dihiris
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Garam dan lada hitam secukupnya
  • 2 sudu kecil minyak bijian

BAHAN LAIN:

  • Minyak untuk mengoreng
  • Sos cili untuk menghidang

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sehingga ia kering. Masukkan lobak merah, daun bawang dan perasakan secukupnya.
  2. Sejukkan inti dan letakkan ditengah-tengah kulit popia.
  3. Gulung popia seperti biasa dan goreng dalam minyak panas secukupnya.
  4. Hidangkan bersama sos cili untuk dimakan.

INFO CHEF: Anda juga boleh menambah tauge atau sengkuang cina ke dalam inti popia jika mahukan inti yang lebih ‘mewah’ dan padat.

Resipi Olahan Mi, Mihun dan KueTeow Perkongsian Chef Brian Ni Memang Best. Lain Daripada Yang Lain.WRAP MI BIJIAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 kepingan tortila
  • 500gm mihun | dicelur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 500g daging | dihiris nipis
  • Sedikit daun bawang | dihiris kasar
  • 100gm  putik jagung | dibelah dua
  • 1 batang saderi | dihiris
  • 1/4 cawan kacang yang telah dibakar
  • Segenggam daun ketumbar | dicincang
  • Segenggam daun selasih | dicincang

BAHAN SOS TERIYAKI:

  • *(Panaskan semua bahan untuk 10 minit dan sejukkan)
  • 1/2 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu kecil halia diparut

CARA MEMASAK:

  1. Dalam kuali besar, panaskan minyak dan masak daging separa masak. Ketepikan.
  2. goreng kilas semua bahan lain kecuali tortila dan masak sehingga sayur menjadi lembut.
  3. Masukkan kembali daging dan tuangkan masuk sos teriyaki. Biarkan masak untuk 2-3 minit.
  4. Gaulkan bersama mihun.
  5. Letakkan di atas kepingan tortila dan taburkan herba segar. Gulung dan sedia dinikmati.

INFO CHEF: Pelbagaikan pilihan sayur mengikut kegemaran anda seperti lada benggala, cendawan dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI