Tidak perlu pening jika stok serbuk kari habis sebab mudah sahaja untuk buat rempah kari ikan sendiri. Kita boleh ubah resipi ikut selera sendiri bila buat rempah kari sendiri seperti lebihkan cili jika ingin pedas atau lebihkan kunyit untuk warna yang lebih terang.

Senang Rupanya Buat Sendiri Rempah Kari Ikan

REMPAH KARI IKAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10-12 biji cili kering
  • 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 10-15 biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis

Senang Rupanya Buat Sendiri Rempah Kari Ikan

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
  2. Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
  3. Sedia untuk dibuat kari .

 

IKLAN

INFO:

  1. Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
  2. Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
  3. Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.

Senang Rupanya Buat Sendiri Rempah Kari Ikan

IKLAN

Kredit resepi: normah bahari

Anda pasti sukakan resipi ini:

1. Masak Kari Ikan Gunakan Santan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI