Takoyaki, street food dari Jepun yang diperbuat daripada bancuhan tepung dan dimasak bersama kubis cincang serta berintikan sosej, hirisan sotong, udang atau ketam. Dihidangkan bersama mayones dan bonito flakes menjadikan hidangan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Jika dulu hidangan ini boleh diperolehi di restoran atau pasaraya tertentu, namun kini di pasar malam pun ada yang jual Takoyaki ni. Teringin nak masak sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Abdullah. Pakai acuan Kuih Cara je.

 

RESIPI TAKOYAKI HOMEMADE

BAHAN ADUNAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • Sedikit kicap untuk bagi rasa (sikit je tau )

Resipi Takoyaki Homemade Masak Guna Acuan Kuih Cara

INTI:

  • Hirisan daun bawang secukupnya
  • Kubis / Lobak merah – hiris dadu
  • Isi ketam/udang/ayam/sotong – masak @ celur terlebih dahulu

BAHAN HIAS:

  • Mayones
  • Sos cili @ sos takoyaki – ada jual di pasaraya
  • Bonito flakes – ada jual di pasaraya

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Satukan semua bahan adunan. Kisar @ bancuh hingga sebati dan tidak berketul.

2. Letak adunan ke dalam botol bagi memudahkan proses menuang.

Resipi Takoyaki Homemade Masak Guna Acuan Kuih Cara

3. Untuk menyediakannya, ambil acuan kuih cara dan oleskan dengan sedikit minyak.

IKLAN

4. Masukkan bancuhan tepung hingga separuh acuan. 

5. Kemudian masukkan bahan inti secukupnya.

https://www.facebook.com/nora.abdullah.944/videos/1809644722393471/

6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat ( jika pakai acuan takoyaki) atau bujur ( jika pakai acuan cara).

IKLAN

7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.

https://www.facebook.com/nora.abdullah.944/videos/1809645695726707/

8. Angkat dan paipkan mayones, sos serta bonito flakes secukupnya. ( empunya resipi guna sos cili dan mayones sahaja sebab tak ada bonito flakes.)

Resipi Takoyaki Homemade Masak Guna Acuan Kuih Cara

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nora Abdullah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI