Kuih Kerbau Guling, mendengar namanya sudah cukup untuk membuatkan kita berasa pelik. Namun ia tidaklah seburuk yang disangka. Disebut sebagai kuih ‘Kuba Guling’ dalam dialek Kelantan, ia merupakan hidangan yang berasal dari Thailand. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan disalut dengan kelapa mudah parut. Nak cuba? Jom lihat resipinya.

 

KUIH KERBAU GULING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
  • 1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
  • Secubit garam

Resipi Kuih Kerbau Guling. Menu Hangat Viral Yang Sangat Sedap & Mudah Nak Buat.

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
  2. Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  3. Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
  4. Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
  5. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Kuih Kerbau Guling. Menu Hangat Viral Yang Sangat Sedap & Mudah Nak Buat.

IKLAN

INFO:

  1. Tempurung kelapa yang dibakar haruslah ditumbuk dan dicampur dengan air. Kemudian tapis menggunakan kain bagi mendapatkan airnya,
  2. Sebagai ganti, boleh juga menggunakan serbuk arang yang boleh dibeli di kedai bakeri.

Kredit resipi & foto: Tengku Zaharah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI