Ikan patin tempoyak merupakan antara menu legend yang menjadi kegemaran ramai. Nak masak ikan patin tempoyak ini tidaklah susah. Cuma jika tersilap, menu ini akan berbau sedikit hanyir. Kali ini, kami kongsikan resipi ikan patin tempoyak versi Perak yang dikongsi oleh Mariana Zainal. Sedap & padu!
Sedap giler!! Dahla mudah membuatnya hanya menggunakan tiga bahan saja. 15 minit je siap boleh telan terus. Siapa yang diet tidak digalakkan makan kacang ni, nanti makan tak berhenti.
3 bahan utama : Kacang tanah ( basuh dan keringkan dulu ) 1 biji telur Tepung bestari pedas
Cara membuat:
1.Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.
2.Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3.Panaskan minyak.
4.Goreng dalam minyak panas , api sederhana.Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus.
5.Angkat dan toskan minyak. 6.Wajib biarkan sejuk dulu dan tos minyak supaya rangup. 7.Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara. *boleh tambah sedikit gula kalau nak rasa manis-manis. Saya memang tak letak sebab nak makan masin-masin pedas.Tepung ni dah masin, jangan tambah garam. Sumber : zita samat
Ramai beranggapan menu kukus atau stim leceh nak buatnya sebab malas nak keluarkan pengukuskan hehe sebab min pun ada pengalaman ini. Tapi tau tak menu kukus ni paling senang ringkas dan cepat masak. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Berikut dikongsikan lima resipi kukus ekspres dan sihat yang boleh dicuba.
AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
3 sudu makan tauchu | kisar
4 ulas bawang merah | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun bawang | hiris memanjang
2 biji cili merah | cincang halus
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam | jika perlu
Gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3cm halia muda
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
Kukus lebih kurang 15-20 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu the lada sulah
4cm halia muda | hiris memanjang
1/2 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
5 biji cili padi | titik
1 batang serai | titik
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit hirisan limau nipis
BAHAN KISAR:
2cm halia muda
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
Kukus lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia muda | hiris halus
2 biji cili merah | cincang halus
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih | kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan pengukus.
Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
Sotong sedia dihidangkan.
TELUR KUKUS SOS MUSTARD MADU
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair
1/2 cawan sudu makan isi ayam | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit hirisan daun bawang
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
3 sudu makan mustard
1 sudu makan mayomes
2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan madu
1 biji cili merah | dadu halus
Secubit haram
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
Panaskan pengukuks.
Sementara menunggu kukus panas, isikan bancuhan telur tadi dalam acuan.
Lakukan hingga habis adunan telur, kemudian kukuks lebih kurang 10-15 minit.
Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
Tuangkan di atas tahu yang telah kukus tadi.
Tauhu sedia dihidangkan.
TAUHU JEPUN SAMBAL ISI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
2 pek tauhu Jepun | buangkan plastiknya
100gm isi dada ayam | cincang
1/2 biji cili besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1/2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh sos ikan
Garam dan perasa secukupnya
1/2 sudu makan, minyak masak
Hirisan daun bawang | untuk hiasan
Hirisan lobak merah | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu lebih kurang 10 minit
Sementara itu sediakan sambal .
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan cili merah hingga wangi.
Masukkan pes cili cili kering, kacau rata dan masukkan sos tiram, sos ikan .
Seterusnya masukkan isi ayam dan kacau rata.
Perasakan dengan garam, lada sulah dan perasa secukupnya.
Setelah masak, tutup api dan tuangkan sambal di atas tauhu yang telah di kukus tadi.
Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang dan lobak merah sebelum dihidangkan.