Pajeri Terung Belah Empat Rahsia Arwah Emak

Sebab terung dibelah empat supaya segala rempah ratus cepat meresap ke dalam terung. Kalau boleh guna terung yang bersaiz kecil atau sederhana untuk dapat hasil yang cantik.

PAJERI TERUNG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5 biji terung (belah 4) 
  • 3 biji Bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Seinci halia tua muda pon boleh
  • 1 sudu udang kering
  • Secawan santan pekat
  • 1 sudu kerisik
  • 4 sekawan
    Sesudu herba campuran
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu membukit serbuk kari ayam(bancuh dgn sikit air)
  • 1 1/2 sudu gula
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Pajeri Terung Belah Empat Rahsia Arwah Emak

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk atau kisar bawang kecil, putih, halia dan udang kering.
  2. Letak minyak dalam 2 senduk. Tumis sampai naik bau bersama 4 sekawan.
  3. Selepas ada naik bau baru letak herba campuran, daun kari dan bancuhan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak baru letak gula.
  4. Kemudian letak sidikit sahaja air. Bila sudah mendidih baru letak santan pekat dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali letak terung, garam dan serbuk perasa secukupnya. 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: el-yuseff zuraida

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI