Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk untuk hujung minggu ini, ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi berbaloi untuk dicuba.
Best korang ringkas tapi sedap. Tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih 5 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia
CARA MEMASAK:
IKLAN
Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar 3 biji kentang | belah 4 4 sudu makan rempah kurma 1 sudu teh serbuk lada sulah 1sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1sudu makan serbuk ketumbar 1 liter santan 2 biji bawang besar | belah 6 2 biji tomato | belah 6 3 biji cili hijau | belah dua 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
IKLAN
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3cm halia 2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK SIMPAN DAGING KORBAN AGAR KEKAL SEGAR, JOM LAYARI DI SINI.
Suka makan Kuetiau Goreng? Resipi Simple perkongsian saudari Mariana Zainal ini pastinya boleh anda cuba. Cukup mudah dan ringkas. Tak perlu menggunakan garam dan gula dalam masakan tapi rasanya tetap mantap! Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI KUETIAU GORENG SIMPLE TANPA LETAK GARAM & GULA
BAHAN-BAHAN:
2 paket kuetiau (lebih kurang 1kg) – basuh & toskan
Sedikit hirisan daging – boleh ganti dengan udang, sotong atau ayam
2 peket bebola ikan – potong, goreng sekejap dan toskan
3 keping tauhu – potong, goreng sekejap dan toskan
1.Masukkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak kerana minyak sudah dimasukkan semasa kisar bahan tadi. Masak hingga naik minyak dan cili kisar masak elok.
2.Masukkan daging dan masak hingga daging lembut. Boleh guna daging batang pinang untuk menjimatkan masa.
3. Masukkan sos cili dan renjiskan kicap masin. Jumlahnya hingga agak-agak gelap sahaja.
4. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.
5. Pecahkan telur. Kacau sekejap dan masukan bebola dan tauhu. Kacau rata.
6. Masukkan kuetiau. Gaul sebati. Jika warna kurang gelap dan kurang rasa, renjiskan lagi kicap masin. Sesuaikan ikut selera.
7. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau sekejap dan terus tutup api. Boleh tabur daun sup dan cili merah jika suka.
Tahukah korang bahawa negara kita kaya dengan makanan tradisional yang sedap namun jarang diketengahkan terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur, seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, Rata-ratanya banyak menggunakan bahan utamanya santan, gula dan tepung beras, pulut dan gandum. Untuk itu, RASA seronok dapat kongsikan 12 resipi himpunan kuih muih tradisional yang cukup dengan rasa lemak manisnya.
BEKO PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
1/2cawan gula pasir
1 biji telur
1/2cawan air daun pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan.
Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
APAM BAKAR KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3cm halia
2cm lengkuas
1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar yis mauripan
4biji pisang | lenyek3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
Air secukupnya
Kelapa parut | putih sahaja, kemudian gaul dengan sedikit garam halus.
CARA MEMASAK:
Halia, lengkus dan lada hitam dikisar kasar bersama dengan sedikit air.
Tapis airnya dan ketepikan.
Kemudian campurkan air tadi bersama tepung beras, kacau rata.
Jika agak pekat tambah air sehigga adunan seperti bancuhan membuat roti jala.
Tambah ke dalamnya pisang yang telah dilenyek bersama yis. Kacau rata .
Perapkan adunan itu selama 4 jam.
Panaskan kuali non stick, kemudian tuangkan sedikit adun di dalamnya seperti membuat lempeng tetapi saiz kecil.
Setelah siap, hidangkan bersama dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam tadi.
NEKBAT SIRA
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras
10 biji telur
Sedikit pewarna oren beras ta
BAHAN SIRA:
500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
Bakar hingga kekuningan atau garing.
Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
Masukkan daun pandan dan cengkih.
Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
Kuih sedia dihidangkan.
KOLEK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
130 gm tepung beras
60 gm tepung Hoen Kwe
1 sudu teh garam
400 ml santan
600 ml air.
Sedikit tahi minyak
1 sudu makan minyak masak
BAHAN KUAH:
1 cawan santan.
1 sudu makan tepung beras
Sedikit halia | hiris nipis
Bawang merah | hiris
Sedikit halba
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan, kemudian tapiskan di dalam periuk.
Masak dengan api perlahan hingga berwap.
Sapukan loyang dengan minyak.
Tuangkan adunan kolek lemak di dalam loyang.
Dan taburkan tahi minyak di atasnya. Ketepikan.
Sementara itu sediakan kuah, Satukan semua bahan di dalam periuk dan kacau rata.
Masak dengan api perlahan hingga adunan keluar wap atau medidih sekejap.
Potong Kolek Lemak, masukkan dalam piring hidang dan tuangkan kuah di atasanya.
Sedia dihidangkan.
KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN:
1cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3/4 cawan air
1 sudu teh air kapur
2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus
BAHAN INTI:
1/2cawan kacang hikau
Sedikit gula Melaka
1 sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 kelapa parut
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
Kacau rata hingga garing.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
Buat sampai habus.
Didihkan air kemudian, rebus adunan.
Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
Sedia dihidangkan.
BELEBAT UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
160gm tepung beras
200gm gula
125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
Campur ubi dan pisang.
Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
DODOL KUKUS
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung pulut hitam
250gm tepung pulut putih
200gm gula halus
Tahi minyak secukupnya
5ml minyak masak
Daun pisang | sebagai alas
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
Sediakan loyang dan sapukan minyak.
Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
Kukus sehingga masak.
Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.
KUIH BADAK KUBANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut putih
2 cawan tepung pulut hitam
Gula Melaka | potong dadu kecil
Sedikit air
Daun pisang secukupnya
BAHAN KUAH PUTIH:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.
Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata.
Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
APAM BAGHDAD
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm gula kastor
1/2 sudu teh ovelatte
170gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh esen vanila
Pewarna kuning
BAHAN SOS SRI KAYA:
400ml santan
5 sudu makan gula kastor
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul
CARA MEMASAK:
Untuk membuat apam,didihkan air dalam periuk pengukus
Sementara itu pukul telur dalam mangkuk aduan, kacau hingga kembang.
Masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar lagi hingga bacuhan menjadi pucat.
Setelah sebati masukkan pewarna kuning.
Putar seketika, Masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi.
Oleskan loyang pembakar dengan mentega, kemudian tuangkan adunan.
Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
Untuk topping sos kaya, campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata supaya tidak berketul.
Masak sos di atas api sederhana sehingga seri kaya pekat dan menjadi berserawa. Tutup api.
Tuangkan sos di atas apam terus atau potong apam baru tuang sos, terpulang ikut citarasa.
Sedia dihidangkan.
KUIH TELIPOK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK BUNGA TELIPUK
300gm tepung pulut
Air secukupnya
Sedikit minyak
Daun pisang
BAHAN KUAH HIJAU:
50 gm tepung gandum
10 sudu makan gula pasir
750ml santan
8 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
Kemudian tapiskannya.
Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
Kukus lebih kurang 20 minit.
Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
TEPEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
Bagi anda yang mementingkan kesihatan, masakan berminyak semestinya antara yang nak dikurangkan. Namun, agak sukar nak cari menu sebegini kerana kebanyakan masakan orang Malaysia ni memang menggunakan minyak. Asyik ayam bakar je, jemu juga! Jadi jom tengok aneka resipi sedap dan mudah yang boleh dimasak tanpa guna bahan tersenbut. Anda bolehlah cuba.
1. UDANG BAKAR KEJU
BAHAN-BAHAN:
300gm udang segar
100gm keju mozzarella
50gm keju cheddar
50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Herba thyme secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
INFO CHEF: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
2. PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
2 ulas bawang merah| hiris
1 ulas bawang putih | titik
½ inci halia| hiris
1 keping asam gelugur
1 sudu kunyit hidup | kisar
1 biji ili hijau |belah tengah
1 biji cili merah | belah tengah
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan cili.
Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.
3. LAWA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging bakar |dihirs
1 biji kelapa | ambil pati santan
1 sudu lada hitam |kisar halus
3 ulas bawang merah | kisar
1 biji limau nipis |ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan | jika perlu
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai
4. SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong kiub
50gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
2 batang lobak | potong dadu
1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
5. SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
6 biji kentang | belah 4
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi | cincang
50gm krim ayam
300ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
6. ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
Seterusnya tambahkan air secukupnya.
Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
7. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 tangkai daun bawang | potong memanjang
Sedikit daun ketumbar | hiris
Beberapa biji cili padi | hiris
BAHAN SOS ( DIBANCUH):
4 sudu makan jus limau nipis
5 sudu makan stok ayam
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.
8. KERABU SOTONG SERAI
BAHAN-BAHAN:
12 ekor sotong | dihiris bulat
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
5 biji cili padi | dihiris halus
2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
Secubit garam
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.