Jika tiada selera, hidangan pekasam daging ni boleh membangkitkan selera makan anda. Tak perlu beli kerana anda boleh hasilkan pekasam daging ini secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Roses Eagle. Mudah je, Jom cuba.
RESIPI PEKASAM DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping daging
- 1-2 biji limau nipis
- Garam kasar secukupnya
- 1 cawan beras
- 5 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1. Basuh daging dan hiris nipis. Basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.
2. Gaulkan daging yang di tos tadi dengan garam kasar dengan secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.
4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.
5. Bila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.
6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.
8. Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Hidangan pekasam daging ini enak dimakan bersama nasi panas.
Kredit resipi & foto: Roses Eagle
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Rugi Masak Kari Daging Tetel Rebung Ni, Sedap Padu.
Ramai sukakan Kari Daging Tetel Rebung, hingga ada pelbagai versi kari seumpamanya, asalkan ia bersesuaian dengan selera keluarga. Anda yang belum pernah masak atau makan, berikut dikongsikan resipinya yang boleh anda cuba sendiri, kerana menu dari air tangan itu adalah lebih baik untuk disajikan kepada ahli keluarga, kurang sendikit rasa tak mengapa, bila selalu buat nanti gerenti akan mendapat masakan kari yang sedap
KARI DAGING TETEL REBUNG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging tetel | potong kecil dan rebus empuk
500ml santan pekat
300gram rebung madu | potong kecil dan celur
2 biji tomato | cincang kasar
3 labu bawang besar | mayang halus
10 ulas bawang merah | kisar halus
5 ulas bawang putih | kisar halus
3sm halia | kisar halus
4 sudu makan serbuk kari daging
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk.
- Tumis bawang besar dan tomato hingga layu dan keperang-perangan.
- Masukkan buah pelaga, bunga lawang, dan daun kari hingga wangi.
- Satukan rempah kari daging dengan campuran bawang kisar. Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
- Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah hingga terbit minyak.
- Masukkan daging dan sedikit air. Didihkan hingga daging benar-benar empuk.
- Masukkan santan dan rebung. Masak lagi hingga semua bahan masak sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan umbut kelapa mengantikan rebung. Ikut citarasa
Alahai Senangnya… Nasi Goreng Telur Masin Udang Tersusun Rapi
Sangat mudah goreng nasi dengan rasa lemak telur masin ditambah pula dengan udang.
NASI GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- Nasi putih
- Bawang rose
- Kuning telur masin
- Udang
- Cendawan enoki
- Sawi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah yang sudah dihiris. Masukkan udang dan biar sampai bertukar warna. Selepas itu masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.
2. Masukkan nasi putih secukupnya dna gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayur pilihan anda seperti sawi dan cendawan enoki.
INFO:
- Kalau tidak dapat yang hanya kuning telur masin sahaja. Boleh guna telur masin yang biasa tapi kurangkan yang bahagian putih sebab masin.
- Kukus atau rebus dulu telur masin supaya mudah dilenyek nanti.
- Jika suka pedas tambah hirisan cili padi.
- Boleh tambah bahan ikut citarasa anda.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mohd Syaiful Azli Ariffin
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/layan-makan-nasi-goreng-ikan-cili-tumbuk-sedap/
Ini 6 Streat Food Thailand Yang Digilai Pelancong, Korang Boleh Cuba Masak Sendiri !
Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar. Oleh itu, kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah kerana RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 cawan daun selasih Thai
- Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
- Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
- Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
- Tumis hingga wangi dan bawang layu.
- Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
- Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
- Gaul lagi hingga daun selasih layu.
- Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
HOR MOK PLA (THAI CURRY FISH CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram isi ikan tenggiri
- 1 sudu makan pes kari merah
- 150 gm santan
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 biji telur
- 3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
- 10-15 helai daun selasih Thai
- 1 biji cili merah |untuk hiasan
- Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
- Kacau rata dan sebati.
- Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
- Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
- Kukus selama 10-15 minit.
- Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.
KAO MOK GAI (NASI BRIANI THAI)
BAHAN-BAHAN:
REMPAH RATUS (DI KISAR):
- 2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
NASI:
- 5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
- 4 sudu makan minyak sapi
- 4-5 ulas bawang merah | hiris
- 3 cm halia| hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 3 batang akar ketumbar
- 2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
- 200ml susu cair
- 1 ekor ayam | potong lapan
- 8 cawan air
- garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
- Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
- Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
- Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
- Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
- Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
- Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
- Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
- Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.
HOT TOD (CRISPY EGG AND PRAWN PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang | buang kulit
- 1/2 cawan tauge | buang ekor
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 3 biji telur
- 2 sudu makan tepung ubi
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali leper
- Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Kemudian tuang adunan ke dalam kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya,
- Kemudian tuang bancuhan telur yang telah dikacau dengan sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan
- Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge.
- Apabila nampak garing anda boleh balikkan pancake. Untuk rasa lebih ranggup.
- Jika tidak mahu, anda boleh terus hidangkan dengan sos cili Thai.
TOP MAN PLA (SPICY THAI FISH CAKES}
BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ikan siakap | asingkan kulit dan hancurkan isinya
- 1 biji telur
- 2 sudu makan hirisan halus kacang panjang
- 3 helai daun limau purut | mayang halus
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 pes kari merah Thai
- 2 cawan minyak masak
ACAR TIMUN:
- 2 sudu makan cuka makan
- 1 sdu makan gula
- 1/2 batang timun | potong dagu atau hiris nipis
- 1 tangkai cili merah
- 1 sudu makan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
- ppotong dadu isi ikan dan masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
- Keluarkan masukkan dalam mangkuk adunan.
- Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata.
- Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana.
- Goreng hingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
- Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dengan timun, bawang merah dan cili Thai.
- 7, Hidangkan bersama dengan Top Man Pla serta nasi putih.
PHA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm mi Thai
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah Thai
- 100 udang dibuang kulit
- 50gm tauge
- 1 sudu teh serbuk cili Thai
- 10gm daun bawang| potong 3 cm
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 biji telur
BAHAN PELENGKAP:
- 1 hiris limau nipis
- Sedikit tauge dan daun bawang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
- Masukkan udang, kacau lagi hingga udang masak.
- Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
- Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
- Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dalamnya.
- Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
- Angkat dan hiaskan dengan bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.