BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam
- 1 sudu makan air sejuk
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan kicap cair
- 1/4 cawan cuka
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih| dicincang
- 1/2 sudu teh serbuk halia
- Nasi jepun secukupnya
- Sedikit bijan | disangai
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
- Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
- Nikmatinya bersama nasi jepun atau nasi biasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cucur Ikan Bilis Rangup, Sedap Sampai Tak Cukup Sepinggan
Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Alia Umaira & Zuridah Zu dari Telegram KakiMakan
Resepi Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Sedap!
Tak ada idea nak masak menu apa di hari cuti ni? Ni min nak kongsi resipi perkongsian dari saudari Fatin Pauzi. Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Nampak sedap! Cara nak masak pun mudah. Apa lagi, jomlah cuba!
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – dibersihkan
- Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
- Bawang putih – mayang
- 1 biji cili besar @ cili merah- mayang
- 3 biji cili padi – mayang
- 10 tangkai cili kering – potong kecil
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
- Pes asam jawa secukupnya
- Tepung gandum
- Telur
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.
4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.
6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fatin Pauzi
Pajeri Nanas dan Terung, Resipi Mudah Bangkitkan Selera
Pajeri nanas selalu kita makan di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
Bahan Kisar
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
Bahan Rempah
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
Bahan Asas
• Terung
• Nanas
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Resipi Oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan