Sambal Sotong yang mudah, sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa mengikut selera. Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan-bahannya juga terdapat kelainan. Bagi anda yang suka resipi sambal sotong yang ‘basic’, resipi dari saudari Haziraida Md Isa atau lebih mesra dengan panggilan Zie ini antara yang boleh dicuba. Sedap! Jom lihat cara-cara penyediaannya.
INFO: Zie guna cili kering Kelantan yang saiz besar kerana cili kering jensi tersebut tidak pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili kering yang halus kerinting. Pastikan jumlah cili digandakan kerana saiznya lebih kecil.
CARA MEMASAK:
1.Siang sotong, bersihkan dan toskan airnya. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti bila masuk dalam sambal, sotong akan cepat kecut, lebih berair menjadikan sambal lebih berkuah seterusnya menyebabkan sotong jadi keras.
2.Rebus cili kering dan kisar hingga betul-betul lumat.
3.Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih. Kisar sekejap sahaja sebab tak nak terlalu lumat.
4.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak.
Ads
INFO: Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama.
5.Masukkan sotong, garam dan gula. Bila sudah masukkan sotong, masak sekejap sehingga sotong masak sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.
6.Sambal Sotong ringkas sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni, Menu ni ringkas tapi sedap, korang hanya ambil tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya.
Tak pro pun boleh buat ye, apa tunggu lagi, korang boleh cuba menu yang sesuai untuk Ramadan nanti.
UDANG GORENG ALA THAI BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Mak-mak kalau rasa kelam kabut kerana banyak hal perlu disetelkan tetapi tak mau culas masak. Ini RASA kongsikan dua menu udang yang sangat mudah dan cepat, boleh disediakan untuk anak-anak dan suami.
1. TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh halia muda
2 ulas bawang putih | cincang
1/4 cawan daun ketumbar | cincang
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu the kulit limau nipis | parut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan sos tadi. Kacau seketika.
Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.
2. UDANG KARI THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Penggemar hidangan makanan laut pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Tidak dilupakan keenakan kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa mahupun menu seharian. Pendek kata bila ke pasar, jumpa aneka makanan laut segar memang tak sah kalau tak beli. Rasa manisnya dan kesedapannya memang tak boleh digambarkan. Merecik!
Bila dah namanya minat makan seafood, pastinya dimana sahaja tempat makan sedap akan mereka kunjungi. Jika di Malaysia ni, tempat makan sebegini yang popular adalah seperti di Melaka, Tanjung Harapan, Klang, Terengganu, Sabahdan banyak lagi. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga faham-faham sahajalah. Pastinya mahal. Itu baru hidangan dalam skala kecil dan hanya 2,3 lauk sahaja. Berbeza jika anda masak sendiri di rumah. Kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya secara santai.
Teringin nak makan hidangan aneka makanan laut macam yang anda makan di restoran tu ? Jom cuba. Ada 13 resipi sedap dan pastinya terlajak enak yang boleh anda hasilkan. Percayalah, rasanya pasti lagi sedap dan tentunya tidak mengecewakan. Poket anda pun tak koyak teruk. Selamat mencuba!
1. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.
2. SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
3. KEPAH GALIC BUTTER
BAHAN-BAHAN:
1kg kepah
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.