Menu ni kalau buat gerenti anak-anak suka.Ia mudah, cepat dan anak-anak pasti akan makan.Nutrisi pun boleh kata seimbang. Kalau nak sihat lagi, gunakan ayam tidak terproses.Bila makan rangup nugget bersatu dengan timun dan kulit wrap pun sedikit rangup, memang puas hati makan. Dalam tetap juicy.Wrap ni tak mudah terburai.
Syaratnya isi jangan basah sangat dan ikuti tip yang dikongsi.Ini tip macam mana nak elak wrap terburai.
Wrap Nuget Ayam
Bahan-bahan: 2 orang makan
2 keping kulit wrap
4 biji nugget Ayam
1 batang timun kecil
4 biji tomato ceri
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mentega kacang
Cara membuat:
1.Nugget ni kita masak dalam airfryer sahaja. 5-10 minit suhu 180-200°C,
terbalikkan, dan ulang satu pusingan lagi. Agak-agak sampai nugget tu benar-benar masak.
2.Sementara nak tunggu nugget masak, kita potong sayur-sayuran.Sayur yang lazimnya saya letak adalah timun, tomato, romaine lettuce, kerana sayuran ni tak pahit.Anak-anak akan makan.
3.Nugget ayam yang dah masak perlu di potong dadu atau jejari macam ni. Kalau tak potong sukar nak balut wrap kita nanti.
4.Sapukan mentega kacang. Saya letak mentega kacang agar nanti sayur dan nugget tu tak mudah jatuh semasa hendak dimakan.Isi akan melekat pada wrap. Itu trik agar makan dan berkecah.
5.Susun cebisan nugget dan sayur-sayuran di atas mentega kacang.InsyaAllah masa balut pun nanti, isi wrap ni akan duduk diam, tak menggelongsor ke sana ke mari.
Ads
6.Letak mayonis dan sos cili. Kalau ada sos keju, boleh letak.Kalau nak letak gajah pun pun dipersilakan. Kalian yang nak makan,kan? Letaklah apa yang kalian suka.
7.OK balut. Calit sedikit hujung wrap tu dengan mentega kacang sebagai pelekat.
8.OK, belum siap. Ada lagi langkah yang kita belum buat. Kalau makan sekarang,
kulit wrap ni masih mudah terburai keluar isi perut dia. Jadi kita lakukan langkah kontigensi.
9.Masukkan semula dalam airfryer. Pastikan bahagian yang bertindih tu, menghadap ke bawah.Kalau hadap atas, masa kita airfry, dia akan ternganga. Airfry 200°C untuk 3-4 minit.
Ads
10.Terbalikkan. Ulang lagi 3-4 minit atau sampai ada kerangupan sedikit pada kulit wrap.
Bila dah rangup sikit, maka ia tak akan terbuka dah. Bentuk dia dah tetap.
11.Dah siap. Saya ada tambah sedikit lagi sayur dan sos itu atas bukaan wrap tadi supaya lebih penuh,meriah dan menyelerakan. Hidanglah dengan apa-apa sos kesukaan kalian. (Jangan sos tiram)
Kali ini RASA nak kongsikan satu lagi resipi berasaskan kulit popia yang sangat sedap, rangup dan manis berkaramel. Mana tau ia boleh dijadikan sebahagian koleksi kudapan raya anda semua, hanya guna tiga bahan je dan jadi. Anda untuk kerana kos murah, buat senang, kudapan raya bertambah. Jom cuba.
POPIA KARAMEL BAHAN-BAHAN: 15 keping kulit popia 3 sudu makan gula pasir 2 sudu makan tepung gandum | bancuh dnegan 3 sudu makan air Kacang tanah secukupnya | goreng tanpa minyak/sangai dan buang kulit luarnya Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gunting kulit popia menjadi 4 atau 6 bahagian. Disarankan potong 4 bahagian.
Ambil satu keping kulit popia yang sudah digunting, sapukan bahagian hujung atas dan bawah dengan larutan tepung gandum tadi (berfungsi sebagai gam supaya kulit popia yang digulung melekat).
Letakkan kacang tanah di bahagian bawah lalu gulung ke atas. Lakukan hingga habis.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali (mesti betul-betul panas).
Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan popia dan goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan.
Sedapnya Kubis Gulung ni. Sesuai bagi anda yang mementingkan sajian yang kurang minyak, kurang perasa serta rendah kalori. Yang mana tengah diet, sesuai sangatlah cuba menu perkongsian Az Hanie Ismail ni.
RESIPI KUBIS GULUNG UNTUK DIET
.
BAHAN-BAHAN ( Jumlah bahan bergantung pada jumlah kubis yang digunakan):
Kubis hijau
Isi dada ayam cincang @ daging cincang
Lobak merah secukupnya – hiris nipis
Kubis ungu secukupnya – hiris nipis
Bawang putih – hiris @ tumbuk
Bawang merah – hiris
Serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya
Garam bukit secukup rasa
Serbuk cili secukupnya
Sedikit minyak masak
Daun kucai – jika ada
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam sedikit kering. 3. Tambahkan lobak merah dan kubis ungu. Goreng sekejap. 4. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam. Sesuaikan rasa. Angkat dan ketepikan inti. 5. Ambil kubis hijau dan bersihkan. Leraikan daun kubis ikut jumlah yang dikehendaki. 6. Panaskan air di dalam periuk dan celur daun kubis seketika. Ia bertujuan untuk melembutkan daun supaya senang digulung. Toskan. 7. Ambil sekeping daun kubis, isi inti secukupnya dan gulung kemas. Ikat dengan daun kucai.
8. Susun kubis gulung ke dalam bekas bersesuaian dan kukus lagi selama 3 minit supaya kubis lebih lembut.
9. Sedia untuk dinikmati. Enak dicicah dengan Sos Cili Thai. .
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.