Kebiasaannya, selain menyediakan hidangan berasaskan nasi, makanan yang lebih ringan seperti mi dan bihun turut disediakan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada para tetamu sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Bagi yang masih tercari-cari resipi hidangan berasaskan mi, menu di bawah boleh dijadikan idea rumah terbuka.

 

 1. MEE SOTO AYAM

Variasi Resipi Hidangan Mi Berkuah Yang Mudah & Sedap Untuk Hidangan Tetamu

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 5 liter air
  • 2gm bunga lawang
  • 5 helai daun limau purut |kisar
  • 2gm biji pelaga
  • 2gm kulit kayu manis
  • 200gm bawang merah |kisar
  • 100gm bawang putih |kisar
  • 5gm halia
  • 2 paket rempah sup
  • 2 batang serai | titik
  • 20gm jintan manis
  • 20gm jintan putih
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 300gm isi ayam
  • 30gm serbuk ketumbar
  • 10ml minyak masak
  • 400gm nasi impit | rebus
  • 100gm bawang goreng | hiasan
  • 10gm tauge | hiasan
  • Sedikit hirisan cili merah | hirisan

SAMBAL KICAP CILI PADI:

  • 20gm cili padi merah/cili api
  • 5gm bawang putih
  • 500ml kicap lemak manis
  • 5ml air limau

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Biar mereneh dan tutup api.
  6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
  7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.

 

 2. MI BANDUNG

Variasi Resipi Hidangan Mi Berkuah Yang Mudah & Sedap Untuk Hidangan Tetamu

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning
  • 300gm cili kering
  • 500gm bawang merah kisar
  • 50gm bawang putih kisar
  • 50ml sos tiram
  • 100ml sos cili
  • 20gm udang kering kisar
  • 1kg udang segar
  • 5 liter stok daging
  • 10 biji telur
  • 2kg sawi |potong
  • 200gm tauge
  • 150gm bunga kubis | potong
  • 20gm cili merah hiris
  • 5 keping tauhu | goreng dan hiris
  • 15 biji telur rebus | belah enam
  • 10 biji limau kasturi |belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus udang kering bersama sedikit air. Angkat dan ketepikan. Air jangan buang.
  2. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, cili sos kemudian masukkan air stok rebusan daging
  5. Masukkan udang dan daging, kacau seketika.
  6. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih.
  7. Pecahkan telur untuk tambahkan rasa.
  8. Masukkan sayur-sayuran dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi yang telah dicelur.
  9. Boleh dihidangkan dengan potongan telur rebus, hirisan cili, limau kasturi dan tauhu goreng.

 

3. MI HAILAM

Variasi Resipi Hidangan Mi Berkuah Yang Mudah & Sedap Untuk Hidangan Tetamu

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 150gm bawang putih | kisar
  • 300gm bawang merah | kisar
  • 500gm isi ayam
  • 300gm udang
  • 50ml kicap pekat
  • 20gm lada hitam
  • 300ml sos tomato
  • 350ml sos tiram
  • 5 liter air
  • 20gm cili merah | hiris nipis
  • 400gm bawang goreng
  • 6 biji telur
  • 100gm bunga kubis | potong
  • 300gm sawi | potong
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi,  bawang goreng.

 

4. MI REBUS

IKLAN

Variasi Resipi Hidangan Mi Berkuah Yang Mudah & Sedap Untuk Hidangan Tetamu

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning celur
  • 40gm bawang putih | kisar
  • 500gm bawang merah | kisar
  • 5 batang serai | ketuk
  • 20gm halia | kisar
  • 10gm cili | kisar
  • 50gm udang kering| kisar
  • 100gm serbuk kari daging
  • 500gm keledek | rebus dan lenyek
  • 5 liter air rebusan daging
  • 20gm garam
  • 20gm gula
  • 300gm tauge
  • 50gm daun bawang
  • 30gm cili merah hiris
  • 20 keping tauhu goreng
  • 15 biji telur rebus | potong enam
  • 200gm bawang goreng
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar, rempah kari, cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
  2. Masukkan keledek yang direbus tadi. Tambahkan air rebusan daging.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan bersama telur rebus, tauhu goreng, cili hiris dan lain-lain.

 

5. MI UDANG

Variasi Resipi Hidangan Mi Berkuah Yang Mudah & Sedap Untuk Hidangan Tetamu

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5kg mi kuning | celur
  • 10kg udang
  • 100gm bawang merah | kisar
  • 200gm bawang putih | kisar
  • 30gm halia | kisar
  • 50gm cili kering | kisar
  • 500gm sos cili
  • 50gm sos tomato
  • 500ml udang kering
  • 5 liter stok udang
  • 500gm bawang goreng
  • 15 biji telur | rebus dan belah enam
  • 10 biji tauhu goreng
  • 50gm daun bawang | hiris
  • 20gm cili merah | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, stok udang masak sehingga kuah mendidih.
  4. Kemudian masukkan udang, dan tambah garam secukup rasa.
  5. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan bawang goreng dan bahan hiasan.

 

6. MEE KARI SIPUT LALA

Variasi Resipi Hidangan Mi Berkuah Yang Mudah & Sedap Untuk Hidangan Tetamu

BAHAN-BAHAN:

  • 5 paket mi kuning | celur
  • 5gm kulit kayu manis
  • 3gm bunga lawang
  • 2gm cengkih
  • 2gm buah pelaga
  • 15 helai daun kari
  • 500gm bawang merah | kisar
  • 30gm bawang putih | kisar
  • 20gm halia | kisar
  • 5 batang serai | kisar
  • 100gm rempah kari ayam
  • 5liter air
  • 1kg siput lala
  • 150gm bebola ikan
  • 150g kek ikan
  • 8gm asam gelugur
  • 2kg santan pekat
  • 1 tin susu cair
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari dan daun kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  2. Kemudian tuang air. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan pula santan pekat, susu cair, bebola ikan, kek ikan, siput lala asam gelugur tambahkan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan mi bersama bahan hiasan seperti telur rebusa, tauhu goreng dan cili merah dan tuang kuah secukupnya.
  5. Sedia dinikmati.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI