Udang merupakan antara menu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Selain cepat masak, pelbagai menu udang boleh diolah mengikut cita rasa keluarga anda. Jika sudah buntu, kami kongsikan empat menu yang boleh anda cuba. Semuanya mudah untuk dimasak. Yang penting, sedap!

Udang Sambal Belacan

Variasi Menu Udang Yang Mudah & Senang Dimasak. Gerenti Sedap!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
  • 1 biji bawang besar | dikisar beli online DISINI
  • 3 ulas bawang putih | dikisar beli online DISINI
  • 2.5cm halia | dikisar beli online DISINI
  • 3 sudu makan pes cili kering – beli online DISINI
  • 2 sudu makan air asam jawa – beli online DISINI
  • 3cm belacan – beli online DISINI
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
  4. Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
  5. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
  7. Tutup api dan gaul rata.
  8. Sedia dihidangkan.

Udang Goreng Mentega Telur

Variasi Menu Udang Yang Mudah & Senang Dimasak. Gerenti Sedap!

 

BAHAN UNTUK UDANG GORENG:

  • 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
  • 8 biji cili padi | dihiris
  • 1/2 cawan susu segar – beli online DISINI
  • 1 sudu makan mentega – beli online DISINI
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online DISINI
  • Garam secukup rasa – beli online DISINI
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

BAHAN UNTUK SARANG TELUR:

IKLAN
  • 2 biji telur kuning
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 cawan minyak masak

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
  5. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  8. Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
  9. Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
  10. Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
  11. Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
  12. Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
  13. Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.

Udang Goreng Berempah

Variasi Menu Udang Yang Mudah & Senang Dimasak. Gerenti Sedap!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
  • 4 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih  | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 1 batang serai | dikisar beli online DISINI
  • 2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
  • 6 biji cili padi | dihiris beli online DISINI
  • 1 sudu makan serbuk kari – beli online DISINI
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis – beli online DISINI
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih – beli online DISINI
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
  4. Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
  5. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Udang Goreng Tempoyak

Variasi Menu Udang Yang Mudah & Senang Dimasak. Gerenti Sedap!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm udang saiz  XXL | dibersihkan
  • 2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 helai daun kunyit  | dihiris halus
  • 1/2  sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  3. Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit.
  5. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
  7. Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
  8. Tutup api dan gaul rata. Sedia dihidangkan.

 

Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI. Banyak pilihan untuk anda.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Sotong Stim Ala Thai Yang Sedap Tak Terkata

Aneka Resipi Sotong Yang Mudah & Menyelerakan

Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap. Semudah ABC Je

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI