Sambal kicap kalau kamu orang Johor memang wajib kena ada. Untuk penggemar tegar sambal kicap kamu perlu tahu macam mana nak simpan sambal kicap sampai tahan lama! Sambal kicap memang enak jika di makan bersama tempe goreng berempah atau apa juga jenis gorengan minum petang, memang sedap!
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. – Tim
Bahan-Bahan:
1. Cili dan kicap mesti sama ratio.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.
Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
2. Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.
3. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Ads
Kicap 1 mangkuk
Cili 1 mangkuk
Cuka atau limau
Ads
Kisar sampai halus dan masak seketika dengan api pelahan. Dah siap. Boleh simpan berbulan bulan dalam peti ais.
Ads
Tip extra.
i. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini
ii. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa
iii. Goreng layu dgn sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika
Roti puri yang membelon macam ni memang sedap dibuat sarapan pagi. Lagi pulak dapat cecah dengan kuah kari daging.
ROTI PURI BELON BERSAMA KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
KARI DAGING
BAHAN BAHAN
CARA MEMASAK : 1. Daging dibasuh bersih dan digaul dengan rempah kari daging dn kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air aje sudah dalam santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
10. Ok….dah boleh tutup api.
Kredit rosmini rozi FB : GROUP RESIPI MASAKAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa boleh menafikan keenakkan kek lama zaman mak kita dahulu seperti kek mentega dan kek lapis masam manis. Kek legend ini menggunakan kepingan asam hawflakes memang sedap. Makan berkali pun tak kan jemu. Walaupun buatnya agak renyah namun rasanya memang padu.
KEK LAPIS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK : 1.Pukul butter & gula hingga kembang putih. 2.Masuk telur satu persatu. 3.Masuk ovellete,susu pekat & esen vanilla. 4.Ayak tepung biskut marie bersama baking powder. 5.Kemudian masuk sekali dalam adunan butter tadi. Gaul sebati. 6.Bahagi kepada 2 bahagian.Letak pewarna ikut citarasa. 7.Sediakan pengukus. Panaskan air kukusan dulu. 8.Loyang 8/9 inci sapu butter.Alas dengan baking paper.Tuang dalam 1 cawan. Ratakan. Susun hawflakes. Lepas tu kukus 10 minit. 9.Keluarkan lapis pula warna lain. Susun hawflakes.Kukus 10 minit.Ulang proses lapisan sampai habis. 10.Lapisan terakhir kukus 20 minit. 11.Kek dah betul-betul sejuk boleh potong.
Kesempatan berkunjung ke kediaman YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din amat dihargai. Setelah beberapa kali temujanji tertunda dek kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya pertemuan dengan kedua vip ini berlangsung dengan sempurna. Kala memasuki ke kediaman beliau, sudah terbau bau aroma masakan yang ingin dikongsi bersama majalah RASA.
Di atas meja sudah tersedia hidangan yang menyelerakan dengan penataan meja yang mewah dan bergaya. Rasa bertuah kerana hidangan pada hari itu sangat istimewa iaitu Siamese Kuey Teow Soup, Tuna Briyani dan Sotong Sumbat (putih) dari air tangan Che Puan sendiri.
Menurut Che Puan, Sotong Sumbat dihidangkan pada masa minum petang.” Pada mulanya saya tidak pandai makan,sebab rasanya manis. Selepas Almarhum tiada, suami mahu saya belajar bagaimana untuk membuatnya.Selepas beberapa kali cuba membuatnya, akhirnya berjaya memasak dengan sempurna.” jelas beliau.
Resipi Beriani Tuna pula adalah versi masakan cara beliau. Bosan dengan resipi beriani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri beriani tuna mengikut caranya. “Anak-anak saya sukakan ikan.Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives. Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini menjadi kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tiada tulang. Anak-anak menyukai ikan seperti bawal emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,”akui beliau.
Memasak menjadi rutin harian beliau. Hari minggu jadi kemestian beliau memasak untuk keluarga.”Hari minggu agak kelam kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza-beza. Ada yang nak western seperti spagheti, ada yang suka sos bolognese, ada yang suka sos putih. Jadi saya buatkan keduanya.Lasagna adalah kegemaran anak-anak. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya.Tengku lebih menyukai masakan melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak cara tipikal India. Aroma bau rempah ratus yang kuat baunya. Saya masak apa yang suami suka. Kalau balik ke Sarawak, memang menghayati sepenuhnya makanan di sana.Begitu juga suami amat menyukai masakan Sarawak.,” cerita beliau.
Bercerita tentang lauk kenduri di Sarawak, menu wajib ada ialah Daging Masak Hitam. Rasanya agak manis, kerana di dalamnya ada buah prun. Buah prun lebih pekat berbanding kismis yang ada rasanya masam dan manis. Nasi yang dihidang pula ialah nasi minyak. Ditambah dengan Laksa Sarawak sebagai menu sampingan. Ketika Raya, di mana -mana di Sarawak, pasti ada dihidangkan Laksa Sarawak.
Antara pemanis mulut yang disukai beliau ialah puding karamel. Beliau juga mahir dalam membuat kek lapis Sarawak.”Ibu yang mengajar saya cara membuat kek lapis yang sedap mengikut resipinya. Jadi kami mengikut resipinya dari dulu hingga kini. Biasa yang disukai ialah Kek lapis Desafair dengan bahan asas iaitu horlick dan biskut marie dengan warna hijau dan coklat. Selain itu kek lapis Cadbury,”ujarnya.
Mempunyai dua buah restoran, Dayang Sarawak Corner iaitu satu di Putrajaya dan di Ampang dengan hidangan masakan Sarawak. Maka tidak perlu lagi ke Sarawak untuk menikmati Mi Kolok autentik rasa. “Dulu masa mula buka kedai, jam 6 pagi saya sudah ke pasar ditemani suami. Mencari barang basah untuk memasak hingga ke pasar borong, rasa lebih puas,” ujar beliau.
Beliau juga berkongsi tip, setiap apa yang dimasak menggunakan santan , sebaiknya letakkan cili padi dan batangnya supaya santan tidak pecah.
Siamese Kuey Teow Soup Bahan-bahan:
2kg daging | rebus sampai lembut
4cm halia | dititik
5 biji bawang merah | dicincang halus
Daun bawang | ambil bahagian batang/akar
Fish ball/fish cake
1 sudu makan ikan secukupnyaa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap manis
Garam
Kiub ayam
Bawang putih-dicincang
1 sudu makan tepung jagung
Kuey teow halus
Cara memasak:
1. Rebus daging bersama halia dan bawang merah.Bila dading empuk, keluarkan dan tos.
2. Masukkan batang atau akar daun bawang dalam air rebusan tadi (boleh masuk berapa banyak ikut cita rasa). Renehkan semula air rebusan hingga batang atau akar daun sup hancur.
3. Letak satu sudu sos tiram, sos ikan, kicap manis dan kiub ayam.
4. Kemudian letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah dan garam secukup rasa.
Untuk hiasan:
Daging rebus | dihiris halus
Bawang putih | cincang halus dan goreng menggunakan api kecil
Sayur sawi
Taugeh
Perut lembu | rebus dan hiris kecil
Sambal kicap | cili padi + bawang putih
Gula
Cili padi | hiris
Daun sup/daun bawang| hiris
Tuna Briyani
Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmathi | masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu makan yogurt
2 labu bawang besar | warna merah
3 biji tomato | saiz sederhana
3 pokok daun pudina | ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar | hiris kasar
Pewarna merah/kuning | boleh juga guna safron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan mentega
3 biji kentang | dibelah empat
Cara memasak:
1. Rebus beras tiga perempat masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian tos.
2. Tumbuk halus bawang putih dan halia,bawang besar dan tomato dicincang.
3. Panaskan minyak sapi, letak sedikit mentega agar bau wangi, tumiskan bawang, bawang putih dan halia.
Kemudian letak tomato. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala. ( khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah beriani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt.Kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalam periuk lain pula, untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letqkkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun mint dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan di atasnya nasi yang 3/4 masak tadi, kemudian letak pewarna atau safron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan cara langkah yang sama sekurang kurang dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang bersama Smoked Tuna Briani.
Sotong Sumbat Bahan-bahan:
2 cawan berat pulut | direndam 4 jam
1 kg sotong
1/2kg santan
4cm halia | dihiris memanjang
4 biji bawang merah | dihiris
1 sudu besar halba
2 sudu makan gula
Cara memasak:
1. Masukkan santan dalam periuk.
2. Masukkan pula halba, halia dan bawang merah.
3. Beras pulut yang telah direndam digaul dengan sedikit garam.
4. Sumbat pulut dalam sotong. Kemudian rebus.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat pulut ke dalam santan.
6. Letak gula untuk melemakkan kuah. Masak dengan api sederhana supaya sotong tidak pecah.
Tip: Guna sotong segar jangan yang sejuk beku agar sotong yang dimasak tidak pecah. Isi 3/4 pulut dalam sotong.
Masak 20-25 minit
KLIK DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!