Udang Butter Nestum menjadi kegemaran ramai terutama pencinta makanan laut. Rasanya yang rangup ketika dikunyah membuatkan kita begitu leka menambah nasi di dalam pinggan. Mungkin kalau makan di restoran tidak berapa puas makan. Kalau nak puas makan, apa kita buat sendiri sahaja Udang Butter Nestum ini. Cara buat Udang Butter Nestum ada dikongsikan oleh Zaki Ahmad
RESIPI UDANG BUTTER NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg udang (saiz besar lebih baik) 3 sudu besar mentega 2 ulas bawang putih dicincang – BELI ONLINE 2 biji cili padi diracik –BELI ONLINE 1 mangkuk kecil tepung jagung –BELI ONLINE 1 mangkuk Nestum 3 tangkai daun kari Lada sulah -BELI ONLINE Serbuk perasa/perencah cukup rasa Garam Gula
CARA MEMBUAT:
1.Setelah udang dibersihkan, gaul udang dengan garam hingga sebati.
2. Masukkan lada sulah. Sebatikan.
Ads
3. Seterusnya masukkan tepung jagung dan gaul dengan udang hingga sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan.
5. Goreng sekejap sahaja dengan api besar. Angkat dan toskan. Ketepikan.
6. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.
7. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
8. Selepas itu masukkan nestum dan kacau hingga sekata.
9. Masukkan serbuk perasa/rencah cukup rasa.
Ads
10. Masukkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.
11. Akhirnya sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Balik-balikkan supaya nestum menyelaputi udang. Hidangkan.
Pernah makan kulat taun/tahun @ cendawan petir, pernah dengar? Uniknya kulat tahun/petir dengan cendawan lain ialah kerana ia tumbuh setahun hanya sekali dan sukar untuk memperolehnya kecuali di ladang-ladang kelapa sawit atau getah dan kawasan berbusut di belukar kampung.
Kulat Taun atau Tahun…kenapa panggil tahun…mak saya kata orang dolu-dolu bagi nama sebab die tumbuh sekali setahun sahaja…hehe tak taulah betul ke tak…tapi maksudnye jarang2 lah ade tapi bila ada memang org carik sangat…sebab sangat sedak!!!
Mak pun kata, ada aje yang tumbuh lebih dari sekali pun…dia lebih mengikut musim…dulu-dulu ada selalu tumbuh kat kebun getah kami tapi sekarang dah takde…kat rumah mak saudara pun dah tak tumbuh…kadang ada tumbuh di kawasan kebun kelapa sawit.
Mak kata ia akan ade banyak tumbuh muncul mase musim hujan dan panas dan ade petir banyak…hehehe sebab itu ade tempat panggil dia cendawan petir
Sesetengah orang berpendapat kulat atau cendawan tahun ini lazimnya didapati tumbuh hanya beberapa hari kemudian selepas adanya dentuman petir dan hujan lebat di sesuatu lokasi atau kawasan. Keunikkan yang ketara membezakan kulat tahun dengan cendawan lain ialah kerana ia tumbuh setahun hanya sekali dan sukar untuk memperolehnya kecuali di ladang-ladang kelapa sawit atau getah dan kawasan berbusut di belukar kampung. Benarlah seperti bidalan atau pepatah Melayu “seperti cendawan tumbuh selepas hujan’.
Tips untuk yang ingin mencuba cendawan ini pastikan jangan beli cendawan yang sudah kembang, beli yang masih kuncup kerana rasanya lebih sedap!
Sebelum masak kulat taun ni, memang kene bersihkan dulu kesan-kesan tanah, lendir di kepala kulat tersebut dan potong sedikit di kepalanya…bersihkan dan potong ikut kesesuaian seperti gambar di atas
Garam kasar secukup rasa (tak perlu banyak sebb dah ade belacan)
Minyak masak secukupnya
Air jika perlu
CARA MEMASAK:
Bersihkan Kulat taun, check betul takut ada ulat atau serangga dan sisa tanah, belah dua kulat tersebut, sebab kadang-kadang dia tak elok. kalau tak dicuci dengan betul mungkin boleh menyebabkan bisa perut atau bisa hati, loya dan mual.
Kesemua lada, belacan, bawang merah, dan bawang putih, dan halia ditumbuk halus.
Tidak perlu menggunakan air jika bahan dikisar guna blender.. sebab ia akan mengurangkan kesedapan.
Tumiskan bahan kisar tersebut sehingga naik bau dan naik minyak, sesudah itu masukkan kulat taun tersebut dan kacau sehingga dia masak. Jika perlu tambah sedikit air jika tidak tak perlu. Rasa jika kurang masin tambahkan garam.
Cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai yang kurang sihat. Bagi yang baru nak kena selsema, sup ayam ini bagus untuk mengatasinya.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | bahagian paha dan tulang-tulang ayam
1 bunjut sup bunjut
2 batang lobak merah | potong
6 biji cili padi
1 batang serai | Simpul
2 biji bawang besar | potong empat
2 inci halia | hiris
2 tangkai daun sup | hiris
2 biji ubi kentang | potong
1 kiub stok ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan tulang ayam sekali, gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup. Angkat dan sedia dinikmati.
Selamba, tangkas dan pantas menyediakan masakan sambil fasih berbahasa Melayu menyebabkan ramai kagum dengan caranya memasak di dapur.Ketika bertemu dengannya di Hello by Kitchen Mafia, Sherson Lian yang mesra dengan sapaan Sher sebenarnya tidak sebecok di dalam program masakan yang dihoskan. Dia tampak lebih ‘cool’ tetapi di kepalanya penuh dengan idea apa nak masak.
“Sebenarnya, saya tidak tahu nak masak apa hari ini untuk dikongikan. Mungkin bila masuk dapur tengok apa bahan yang ada, bolehlah saya sediakan dua masakan yang mudah dan ringkas,” ujarnya sambil masuk ke ruang dapur kafe yang terbuka.
Beberapa minit kemudian datang kepada kami sambil memberitahu bahawa dia sudah ada idea untuk memasak dua jenis masakan. Pertama Sotong Panggang dan kedua Daging Panggang Bersama Cendawan Shitake.
Selesai memasak Sher membawa keluar dua masakan yang telah siap disediakan, tampak sedap lagi menyelerakan. Sher mempelawa kami menjamah masakan tersebut sebaik selesai sesi foto, sambil beliau beliau menceritakan perkembangan terbarunya kini.
Sher pengacara program 5 Rencah 5 Rasa ini turut mengacarakan program maskan di salauran Asia Food Chanel(AFC) seperti Family Kitchen bersama ibunya, Ann Lian, Great Dinners Of the World, Reality Bite, dan Amazing Food Challenge.
“Kalau tidak ada pengambaran atau meeting di luar, di sinilah (Kitchen Mafia) saya ada. Dari pagi sampai malam. Kafe ini tempat saya dan para krew cari makan. Jadi saya bukan hanya mesti memasti bisnes berjalan dengan baik, kebajikan krew bertugas juga mesti dijaga dengan baik. Malah perhatian saya kepada mereka melebih keluarga. Di sini kami menjadi satu keluarga besar dan mencari rezeki dan saling mengambil berat antara satu sama lain,” ujar Sher mengakui beliau bukan seorang chef kerana tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang kulinari, sebaliknya hanya seorang tukang masak biasa yang mencari makan dengan dengan memasak.
MEMASAK SEBAGAI CARA HIDUP
“ Memasak adalah kehidupan saya, ibu adalah guru saya secara tidak formal di dapur keluarga sejak awal usia 11 tahun. Semasa kecil saya sudah biasa dengan dapur, sebagai anak sulung saya selalu bersama ibu dan membantunya memasak kerana keluarga kami besar. Masa yang sama keluarga kami sangat mementingkan soal makan bersama, terutamanya makan malam.
“Mulanya saya memerhati, kemudian membantu kerja-kerja mudah. Dari situ saya mengenali bahan-bahan masakan. Secara tidak langsung jadi pembantu ibu, bermula dari mengupas bawang sehingga diberi kepercayaan memasak sendiri. Proses ini berterusan sehinggalah saya tahu macam mana nak jadi menjadi pandai menggunakan apa sahaja bahan masakan yang ada di dalam dapur untuk dihasikan sebagai masakan.
.Dari dapur ibu berpindah pula ke dapur restoran milik keluarga, mahu atau tidak Sher terpaksa masuk dapur turut memasak bagi membantu perniagaan keluarga,Secara tidak langsung, skill memasak Sher semakin menyerlah dan mempunyai cara tersendiri dalam penyediaan masakan. Sehingga apa sahaja yang dimasak oleh beliau kelihatan mudah. Seakan campak-campak bahan dalam kuali, jadi masakan yang sedap.
SOTONG PANGGANG:
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sotong saiz besar.
2 tangkai serai | kisar halus
1sm halia muda | kisar halus
1 ulas bawang putih | kisar halus
3 ulas bawang merah | kisar halus
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sdikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan Sampingan:
Tomato Ceri
Sedikit daun ketumbar
1 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan belah menjadi satu keping besar. Kemudian kelarkannya secara melintang dan membujur.
Kemudian gaulkan dengan bahan kisar, garam dan air asam jawa.
Panaskan pemanggang dan panggang ke dua-dua belah lebih kurang 6-8 minit.
Angkat dan hidangkan bersama mayones dan tomato .
Enak dihidangkan panas-panas.
DAGING PANGGANG BERCENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Daging:
250gm daging tenderloin
1 sudu teh serbuk rosemary
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Bahan Sos:
1/2 biji bawang besar | potong dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun rosemary segar
2 sudu makan jus daging
1/2 cawan air rebusan daging
1 sudu teh serbuk Demi Glaze
1 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Bahan Cendawan:
6 biji cendawan shitake | belah dua
1 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1 sudu teh sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1 Untuk menyediakan daging:
Gaulkan daging dengan semua bahan perapan sehingga meliputi semua bahagian daging. Perap lebih kurang 1 jam.
Atas kuali pemanggang, panggang daging sehingga keseluruhan permukaan berwarna keperangan.
Kemudian bakar dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C.
Keluarkan daging dari ketuhar dan simpan jus daging yang keluar untuk membuat sos.
Cara menyediakan sos: Cairkan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah atas api perlahan sehingga keperangan.
Masukkan jus daging dan demi glaze serta air rebusan daging dan garam secukup rasa, biarkan kuah mereneh hingga agak pekat. Ketepikan.
Sementara itu, sediakan bahan cendawan. Panaskan kuali tumiskan bawang putih dan merah hingga keperangan,.
Masukkan hirisan cendawan, kacau rata.
Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam, sos tiram dan serbuk lada hitam.
Gaul rata dan tutup api.
Untuk menghidangkannya, hiris daging dan susun dalam pinggang, kemudian tuangkan sos di atasnya. Hidangkan cendawan bersama cendawan tadi.
INFO CHEF;
Anda boleh mengggunakan masak yang sama untuk ayam.
…..
Saiz hidangan: 1 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak :Panggang dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan terasa kesegaran rasa sotong
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.