
Setiap kali Ramadan tiba, antara aroma yang paling dirindui dan ditunggu-tunggu tentunya aroma Bubur Lambuk yang sedang menggelegak di dalam periuk. Haruman rempah-ratus, daging yang empuk dan suasana gotong-royong menjadikan tradisi ini sebagai satu simbol kebersamaan yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Tahun ini, kemeriahan ini kembali lagi dan kali ini pada skala yang lebih besar! AJI-SHIO® sekali lagi bekerjasama menjayakan program agihan Bubur Lambuk bersama Ideaktiv dan Majalah Rasa, menjadikan ini tahun ke-8 komitmen berterusan jenama terkemuka ini dalam menyantuni dan menghidupkan semangat kemasyarakatan sepanjang Ramadan.

Jika tahun lalu pasukan Angkatan Tentera Malaysia berganding bahu dalam menjayakan program Bubur Lambuk, tahun ini bakal menyaksikan kerjasama antara pihak Bomba yang turut bersama-sama mengedarkan 16,000 pek Bubur Lambuk secara percuma kepada warga kota.
16,000 Pek Bubur Lambuk, Semarak Semangat Kebersamaan
Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi utama, tempat bersejarah yang menjadi titik pertemuan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang. Seiring dengan semangat Ramadan, program ini bukan sekadar tentang makanan tetapi tentang penyatuan hati melalui amalan berkongsi rezeki.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 berkolaborasi bersama anggota Bomba memberi nilai tambah yang cukup signifikan. Mereka bukan sahaja menjaga keselamatan masyarakat, malah turut berganding bahu dalam penyediaan dan pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai.


Rahsia Bubur Lambuk Kekal Enak & Cukup Rasa
Memasak dalam kuantiti yang besar bukanlah sesuatu yang mudah. Konsistensi rasa menjadi cabaran utama. Setiap periuk perlu mempunyai keseimbangan yang sama dari awal hinggalah ke pek yang terakhir.
Di sinilah produk AJI-SHIO® memainkan peranan yang penting dan menjadi pelengkap rasa. Dalam menyediakan Bubur Lambuk berskala besar ini, penggunaan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa membantu memastikan rasa kekal konsisten walaupun dimasak dalam jumlah yang banyak, menjadikan ia lebih memikat selera. Setiap suapan terasa kenikmatan.

AJI-SHIO® menjadi pelengkap rasa yang sempurna untuk membuatkan Bubur Lambuk rasa lebih enak dan lengkap. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa yang lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.

Selain itu, AJI-SHIO® membawa keenakan dalam masakan harian kepada pengguna kerana ia bukan sekadar lada biasa. Ia merupakan lada berperisa dan lada hitam berperisa yang menyedapkan lagi masakan. AJI-SHIO® juga sesuai digunakan untuk perapan dan topping. Malahan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis menu. Memang mudah jika masak menggunakan AJI-SHIO®.


Jom Rasai Sendiri Keenakan Bubur Lambuk Bersama AJI-SHIO® di RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026

Buat anda yang mempunyai kelapangan, dijemput hadir ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 untuk sama-sama merasai sendiri kemeriahan program ini. Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan. Nikmati Bubur Lambuk percuma, dibawakan khas oleh AJI-SHIO® yang menyempurnakan setiap suapan. Bukan sekadar berkongsi rasa, tetapi semangat kebersamaan yang menyatukan kita semua sepanjang Ramadan.
Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




