Ramai yang menggemari kuih bijan atau dikenali juga dengan kuih bom ini. Namun, kebanyakannya lebih senang membeli di gerai kerana bimbang kuih tersebut mudah meletup ketika digoreng.
Kali ini tak perlu bimbang lagi. Resipi perkongsian daripada Noorastella Muhamma ini akan menghasilkan kuih bom yang lembut dan kekal kenyal walaupun selepas berjam-jam digoreng. Paling penting, kuih ini tidak meletup mahu pun pecah ketika digoreng.
*Adunan berikut akan menghasilkan lebih kurang 200 biji kuih bom.
Inti kuih bom terpulang pada selera semua. Di sini, saya selalu gunakan 3 jenis inti:
-Kacang hitam (readymade)
-Kacang tanah dikisar dengan gula pasir
-Kelapa putih dimasak dengan gula merah dan sehelai pandan untuk aroma wangi
Ads
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam besen yang besar.
Masukkan 1.5 liter air sedikit demi sedikit dan uli rata.
Doh yang sempurna adalah doh yang tidak melekat di tangan dan juga di besen.
Ambil sedikit doh. Sesuaikan ikut saiz kesukaan anda.
Tekan doh agar menjadi lebar. Jangan terlalu nipis bagi mengelakkan doh bocor ketika dimasukkan inti nanti.
Masukkan inti.
Kemudian, tutup inti dan kemaskan bulatan doh.
Setelah siap, ulikan doh dalam mangkuk berisi bijan putih. Golek-golekkan agar permukaan doh rata disaluti bijan.
Ini contoh doh yang siap disalut bijan. Saiz berbeza-beza sebab banyak tangan yang join menguli doh. Hehehe…
Siap sahaja proses mengisi inti kuih bom, mulai panaskan minyak dengan api yang sederhana. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih bom.
Bila sahaja permukaan minyak sudah penuh dengan kuih bom, terus perlahankan api. Ini tips untuk mendapatkan kuih bom yang kenyal dan lembut.
Ads
Sentiasa gaul kuih ketika dalam proses menggoreng supaya kuih masak dengan sekata.
Angkat kuih bila warna telah bertukar keemasan. Proses menggoreng tidak perlu lama. Cukup 3 hingga 4 minit mengikut saiz kuih anda.
Inilah hasilnya. Kuih bom yang lembut dan sesuai dinikmati dengan teh O suam. Maveles!
Ini pula sukatan dalam kuantiti sedikit untuk adunan makan-makan bersama keluarga. Itu pun dapat 100 biji lebih. Kawan-kawan pandai-pandai sukat sendiri ye kalau nak dapat lagi sikit daripada itu.
Sebelum isu boikot mungkin ramai kalangan kita yang selalu menikmati hidangan pancake di satu restoren makanan segera. Kalau teringin nak merasa kembali keenakan pancake ini apa kata buat sendiri saja di rumah.
Jika mahu pancake yang sama sedap dan gebu, boleh guna resipi yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini. Hidangkan bersama sirap maple dan mentega memang enak. Jimat pun jimat.
Buat sendiri pancake gebu gebas
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu, atau masukkan semua bahan dalam blender dan kisar. Siap.
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.
Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.
Lompang Sagu ni bukan hanya cantik dipandang tapi rasanya pun sedap manis dan tekstur kenyal memang layanlah kalau buat kudapan teman kopi di petang hari. Nak membuatnya cukup senang perlu tiga bahan utama je, sagu kelapa dan gula. Apa lagi korang kena cuba dulu, baru tahu rasanya….
.
KUIH LOMPANG SAGU BAHAN-BAHAN:
300gm sagu mata ikan warna hijau
Sedikit air
Secbit garam
BAHAN INTI:
1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
Sedikit pewarna merah
3 sudu makan gula pasir
Secubit haram
CARA MEMASAK:
Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya.
Taburkan sedikit garam dan gaul rata dan padatkan. Ketepikan.
Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewana merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing.
Setelah masak, ketepikan, biar sejuk.
Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan.
Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di tengahnya.
Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit.
|Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
Ni asalnya idea menu sarapan pagi yang mengenyangkan. Jika anda bukan penggemar nasi dan lauk waktu bersahur, koleksi omelet, buritos, roti dan tortilla ini boleh dimasak dan disediakan dalam waktu yang cepat.
Menu yang sangat berkhasiat dan mengenyangkan, jom buat…
1. ROTI BAKAR TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti
2-4 biji telur
Mentega secukupnya
Kaya secukupnya
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bakar roti hingga perang.
Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah.
2. NASI GORENG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | bulat nipis
2 sudu makan cincangan daun bawang
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
3. TORTILLA SAMBAL SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping tortilla segera | nyah bekukan
3-4 ketul sardin dalam tin
2 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar | cincang dadu
1 biji tomato | cincang dadu
4-5 biji cili padi | cincang halus
2 keping asam keping
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang cincang dan cili kisar hingga cili masak.
Masukkan ikan sardin, asam keping, tomato dan cili padi. Didihkan beberapa minit.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Di dalam kuali leper (non stick), panaskan tortilla hingga agak perang. Ulangi langkah hingga selesai.
Bentukkan tortilla mengikut cita rasa masing-masing dan hidangkan bersama sambal sardin dan sedikit daun salad jika suka.
4. BURITOS AYAM & CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
2 keping tortilla
2 keping dada ayam
10 biji cendawan butang | hiris nipis
150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
2 sudu makan mayones
1 sudu teh oregano kering
Daun salad secukupnya
Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.
5. PRATA TELUR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
1 labu bawang besar | cincang halus
3 biji telur
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
6. ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti
3 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
1 cawan tuna flakes (dalam tin) | toskan
1 labu bawang besar | cincang halus
1 biji cili merah | cincang halus
1 biji cili hijau| cincang halus
1 sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur. Gulung dan kemaskan.
Celup roti ke dalam bancuhan telur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.
7. SANDWICH AYAM & SALAD
BAHAN-BAHAN:
400gm ayam (bahagian dada)
4-5 sudu makan mayones
Daun salad secukupnya
Baguette Perancis secukupnya
Mentega secukupnya
Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ayam dilumur dengan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam lalu dipanggang hingga masak dan cincang halus.
Campurkan mayones ke dalam mangkuk berisi cincangan ayam dan gaul rata.
Tambahkan lada sulah/lada hitam dan gaul sebati. Ketepikan.
Sapu sedikit mentega ke atas roti.
Letakkan sekeping daun salad ke atas roti.
Letakkan sesudu campuran ayam dan ratakan di atas roti.
Ambil sekeping lagi roti yang telah disapu mentega dan tutup seperti sandwic.
Sedia dihidangkan.
8. LEMPENG MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
280ml susu segar
30gm gula halus
50gm kelapa parut | putihnya sahaja
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Air gula merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.
9. TELUR HANCUR & CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
8 biji cendawan butang | hiris nipis
1 biji tomato | cincang
1 sudu makan cincangan cili benggala
½ cawan susu segar
½ cawan parutan keju parmesan+mozzarella
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk; pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tuang bancuhan telur dan masak hingga agak kental.
Masukkan cincangan cendawan, cili benggala, parutan keju dan cincangan tomato. Gaul sebati dan hancurkan.
Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilihan jika mahu.
10. SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
2 batang jejari ketam | potong kecil
8-10 ekor udang sederhana | bersihkan
5-6 biji cili padi | hiris halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
11. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
15 biji cili padi hijau
4 biji cili hijau
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar | potong bulat
100gm ikan tahai | bersihkan
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan hingga beberapa minit.
Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.
12. LEMPENG SAYURAN DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan air
6-8 ekor udang sederhana | cincang kasar
1 biji cili merah | cincang halus
3 biji tomato ceri | cincang dadu
1 labu bawang besar | cincang halus
1 sudu makan cincangan daun bawang
1 sudu makan parutan lobak merah
½ sudu teh garam
¼ sudu teh lada sulah
¼ sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non stick). Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali.
Masak lempeng hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Sedia dihidangkan.
13. WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
½ cawan susu segar + krim masakan
¼ cawan air
2 sudu makan minyak zaitun
2-3 biji telur
3 batang sosej | hiris nipis
4 keping roti (sourdough bread) | potong dadu
1 labu bawang besar | mayang halus
1 biji cili benggala | hiris nipis
10 bij tomato ceri | belah dua
2 sudu makan cincangan parsli
¼ sudu teh serbuk cayenne
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.
Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.
Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.
Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.
14. NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar | bersihkan
2-3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit cincangan daun bawang | hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.