Bagi yang suka hidangan sandwic atau sedang diet, salad ini antara sayuran yang selalu dijadikan stok.Cuma jadi masalah daun salad ini paling lama boleh simpan dalam satu minggu, selepas tempoh ini daun akan jadi lembik.
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Nur Fitriyana bagi membolehkan daun salad ini tahan lebih lama. Dua hingga tiga minggu pun daun salad masih elok segar.
Tip simpan daun salad agar tahan lama
1. Basuh daun salad, tak perlu keringkan .
2. Sediakan bekas dan tisu dapur, susun salad dalam bekas dan alas menggunakan tisu kering setiap lapisan daun salad.
Ads
3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Salad yang disimpan dengan cara ini boleh bertahan 2-3 minggu, daunnya kekal elok dan segar.
Bagi yang memiliki penapis air hampir tamat kontrak di rumah dan tak mahu menyambung hutang baru boleh belajar servis sendiri penapis air ini. Antara yang penting diketahui adalah cara menukar filter ketika diperlukan.
Turut melakukan sendiri servis penapis air, caranya dikongsi oleh Sharm Arm Zakaria. Ujar beliau filter penapis yang digunakan boleh dibeli secara online, dan boleh digunakan untuk sebarang jenama.
Apa yang penting katanya pastikan saiz filter sesuai dengan penapis air yang ada di rumah dan ia ditukar ikut masa yang ditetapkan. Berikut adalah perkongsian beliau.
“Penapis air ini dah nak habis kontrak, dia suruh sambung lagi 5 tahun. Tapi tak nak buat hutang dah, jadi kita siap sedia beli filter untuk 2 tahun supaya senang tukar ikut masanya.”
-Semua filter ini harganya dalam RM160 untuk 2 tahun.
-Sebelum beli pastikan ada pengesahan SIRIM dan Halal Malaysia.
-Untuk cara pembersihan tangki boleh tengok YouTube
Semut memang suka merayap dan membuat sarang di dalam rumah kita kan. Walaupun tidak bahaya tetapi kalau dibiarkan berleluasa kemungkinan akan memudaratkan kesihatan kita. Betul tak?
Kalau selalu guna racun serangga pun tidak bagus juga untuk kesihatan kita. Jadi, melalui perkongsian Farah Fara wanita ini berkongsi tip tentang bagaimana nak buat ‘racun semula jadi’ untuk menghalau semut semut ini.
Bahannya mudah sahaja. Senang hendak buat pula. Pendek kata tidak perlukan modal pun.
PETUA HALAU SEMUT DI DALAM RUMAH DENGAN SATU BAHAN SAHAJA
BAHAN:
Kulit telur (cuci dan keringkan)
CARA BUAT:
1. Anda cucilah bersih-bersih kulit telur itu. Kemudian keringkan, tidak kisahlah jemur atau apa-apa cara sekali pun asalkan kulit telur kering.
2. Selepas itu anda hancurkan kulit telur itu sampai jadi serbuk atau cebisan kecil-kecil. Anda boleh pilih hendak guna lesung batu ke pengisar ke janji kulit telur itu hancur.
3. Kemudian bakar atau goreng tanpa minyak serbuk kulit telur itu sampailah ia garing. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
4. Selepas itu anda bolehlah ambil serbuk kulit telur itu dan taburlah di kawasan laluan semut itu atau di kawasan semut selalu ‘lepak.’
5. Kalau ada lebihan serbuk kulit telur itu jangan pula dibuang. Simpan dalam bekas, nanti boleh ulang guna. Tidaklah membazir.
6. Dalam dua tiga hari kalau nampak serbuk kulit telur yang kita tabur sebelum ini sudah berkurang, bolehlah tabur sekali lagi.
Menurut pengamal petua ini iaitu Farah Fara, dia sudah lama mempraktikkan petua ini. Nampaknya berhasil setakat ini. Biasanya wanita ini meletakkan serpihan kulit telur ini di dalam laci kabinet dan di tepi dinding.
Jimat, mudah dan In Sha Alllah berkesan. Selamat mencuba.
Tiada kaedah mencuci yang boleh menghapuskan mikroorganisma secara menyeluruh yang mungkin ada pada buah-buahan serta sayuran yang anda beli. Namun cara terbaik untuk mengurangkan jumlahnya adalah dengan mencuci di bawah laluan air bersih. Membasuh juga bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran, bakteria, serangga malah ia juga membersihkan kesan-kesan racun yang melekat pada makanan anda.
Seperti yang disarankan oleh Universiti Colorado, cara terbaik untuk mencuci buah atau sayuran adalah dengan mengisi bekas dengan air dan masukkan sayur serta buah anda ke dalamnya. Elakkan menampung air di dalam sinki kerana lubang laluan air berkemungkinan mengadungi bakteria yang memudaratkan.
Selain itu, air basuhan mestilah sejuk. Caranya ialah celup buah ke dalam bekas berisi air berais dan ketika dicuci, gosok kulit buah atau sayur sehingga sisa kotoran hilang. Cara ini bertujuan untuk menghalang mikroorganisma dari melekat pada sayur-sayuran menerusi batang serta bunga.
Untuk sayuran hijau seperti brokoli, anda boleh merendamnya selama 2 minit di dalam air batu sebelum membilasnya sekali lagi dengan air yang mengalir.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cucur Ayam Crispy yang rangup di luar dan juicy di dalam. Ikuti resipi mudah menggunakan bahan ringkas yang sesuai dijadikan kudapan, sarapan atau minum petang seisi keluarga.