Baki santan kotak biasanya kita simpan dalam freezer atau chiller. Tapi selalu berlaku bila simpan dan nak guna semula selepas beberapa hari, santan jadi berketul-ketul setelah dinyahbekukan. Bila dah masak gulai pun jadi tak cantik.
Untuk elak santan kotak jadi berketul begini boleh praktikkan petua yang dikongsi oleh Wan Norhasni Wan Han.
Berkongsi tip dalam akaun TikTok miliknya kata beliau cara untuk pastikan santan berketul ini elok semula mudah saja. Caranya;
Ambil santan yang sudah cair dan berketul itu lalu masukkan dalam blender.
2. Tambahkan air panas dan kisar seketika.
3. Keluarkan dan santan akan cair elok tak berketul lagi. Mudah kan!
Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Kacang Buncis
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Bau ikan yang hanyir boleh menyebabkan kita terbantut selera untuk menikmatinya. Malah ada yang menolak terus hidangan ini.
Sebenarnya untuk mengelakkan ikan berasa hanyir malah memberi rasa lebih enak, ikan bukan hanya dicuci begitu sahaja. Lakukan sekali petua yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan semasa prose membersih.
Petua hilangkan hanyir ikan, rasa pun lebih sedap
Ini caranya;
1) Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun dengan bersih. Toskan dulu airnya.
2) Ambil sebiji atau dua biji limau kasturi
3) Perahkan limau pada ikan dan letakkan sesudu dua garam kasar.
4) Gaulkan rata-rata denan ikan dan biarkan dalam satu minit.
5) Bilas semula ikan bersih-bersih.
6) Masaklah seperti biasa. Nak goreng, masak gulai dan sebagainya.
7) Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh. Insya-Allah, tiada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Banyak resipi kuah rojak tak tahu nak pilih yang mana, masih tercari-cari resipi kuah rojak buah yang sedap. Cuba buat resipi akak ni yang sudi kongsikan petuanya hasil beliau buat berniaga. Mestilah sedap kalau asik kena serbu jerkan. Jom cuba!