Ads

Tip Mi Segera Goreng Rasa Macam Dekat Mamak

Tip Mi Segera Goreng Rasa Macam Dekat Mamak

TIP MI SEGERA GORENG RASA MACAM KAT MAMAK 🍜🔥
(Walaupun masak sendiri di rumah!)

BAHAN-BAHAN:
Mi segera (sebarang jenis)
Telur
Bawang putih (cincang halus)
Daun bawang (hiris)
Sos tiram
Kicap manis + kicap cair
Perencah dalam bungkusan mee
Minyak masak

Ads

CARA MEMASAK:
Rebus Mi dalam air mendidih 1-2 minit sahaja. Jangan terlalu lembut, nanti bila goreng hancur. Toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak atas api BESAR. Ini penting! Tumis bawang putih hingga naik bau wangi.
Masukkan telur, kacau separuh masak dulu. Baru masukkan mee yang dah ditoskan tadi.
Tambah perencah, sos tiram, kicap manis dan kicap cair secukup rasa. Kacau sebati dan biar mee goreng kejap sampai ada sedikit kecut.
Tabur daun bawang, kacau sekejap lagi. Angkat dan hidang panas-panas!

TIPS RAHSIA 🔑
Kunci utama rasa mamak adalah api besar sepanjang masa. Ini yang bagi “wok hei” bau hangit sedap yang biasa ada kat gerai mamak. Jangan kacau selalu, biar mee terkecut sikit dulu baru kacau balik!Tip Mi Segera Goreng Rasa Macam Dekat Mamak

Ads

Ads
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pisang Goreng Sambal Kicap Johor: Gabungan Pelik Tapi Sedap & Memikat!

Pisang goreng sambal kicap Johor tampil dengan gabungan pedas, manis dan rangup yang unik. Ketahui kenapa hidangan tradisional ini semakin viral dan digemari ramai.