Puding laici ini antara puding yang sedap cuma jarang dijual, kecuali bulan puasa. Kalau teringin nak makan waktu sekarang memang kena buat sendiri.

Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Aida Sarina. Resipi ini dipelajari dari ibunya dan digemari oleh rakan dan ahli keluarga. Ada beberapa tip berguna yang turut dikongsi agar penampilan puding bukan saja sedap tapi halus mulus.

Cara buat puding laici sedap dan mulus tak berketul

Tip Hasilkan Puding Laici Yang Sedap, Mulus & Tak Berketul

 

Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.

Tip Hasilkan Puding Laici Yang Sedap, Mulus & Tak Berketul
Ini cawan yang digunakan untuk menyukat

Cara membuat:

IKLAN
  1. Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan

2. Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.

3. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul, kemudian tutup api.

Tip Hasilkan Puding Laici Yang Sedap, Mulus & Tak Berketul

 

IKLAN

4. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.

5. Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.

Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap.

IKLAN

INFO

  • Satu adunan ini saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
  • Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yg lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.

Tip Hasilkan Puding Laici Yang Sedap, Mulus & Tak Berketul

  • Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan ini tak manis sangat, tak tawar sangat.
  • Sesiapa yang nak share, nak buat jualan, nak buat makan makan, silakan. Moga semua pahala sampai kepada mama dan abah saya.

Tip Hasilkan Puding Laici Yang Sedap, Mulus & Tak Berketul

Selamat mencuba

Sumber: Aida Sarina

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI