Hidangan nasi ayam antara menu yang mudah disediakan. Hanya ada nasi, ayam, sup, sos cili dan kicap. Namun rahsia kesedapan dah tentulah pada nasinya.
Kena ada bau harum dan nasinya gebu, barulah dikatakan enak. Nak dapatkan nasi ayam yang sebegini memang ada cara memasaknya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira ini.
Nasi ayam gebu, harum & sedap
Bahan-bahan:
1 ketul butter (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Ads
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
Ads
2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Ads
Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Untuk memasak Pulut Kuning dan juga Rendang Ayam, ada kalanya kita tidak pasti sukatan yang tepat. Sukatan sebegini penting supaya masakan yang dihasilkan boleh diagak jumlahnya dan juga bagi mengelakkan kerja memasak perlu dilakukan berulang kali. Menerusi perkongsian saudari Puteri Hana Sofia, beliau berkongsi resipi Pulut Kuning dan Rendang Ayam dari ibunya yang bagi sukatan 30 bekas makanan. Nah… Barulah mudah nak anggar kan? Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan. 2. Kukus beras pulut selama 30 minit. Letak daun pandan untuk aroma wangi. (empunya resipi alas dengan daun pisang). Angkat pulut dan letak dalam bekas. 3. Masukkan garam dan gula ke dalam santan. Masak sekejap kemudian masukkan ke dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan. 4. Masukkan kembali pulut tadi ke dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10 minit. 5. Jika mahu pulut nampak berkilat cantik, letak sedikit minyak masak dan gaulkan bersama pulut sebelum dikukus kali kedua.
BAHAN KISAR: 1 peket kecik serbuk kari – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit 4 batang serai – hiris 6 biji bawang merah – beli online disini 2 labu bawang putih – beli online disini 10 biji cili merah 2 sudu makan biji ketumbar – beli online disini 2 sudu makan jintan putih – beli online disini 3 inci lengkuas 3 inci halia 4 sudu makan cili kisar – ikut kepedasan masing-masing (tidak perlu kisar bersama bahan lain) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Masukkan minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan serta bahan kisar sampai naik bau. 2.Masukan cili kisar dan tumis lagi sampai cili betul-betul masak. 3. Letak sedikit air dan masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, garam dan juga gula dengan secukupnya. 4. Akhir sekali masukkan kerisik dan santan. Masak dalam 10 minit dan taburkan daun kunyit. 5. Rendang Ayam siap dihidang bersama Pulut Kuning.
Nasi minyak merupakan hidangan yang berasal dari Palembang, yang nasinya dimasak dengan minyak samin dan rempah.
Di negara kita, nasi minyak sering dikaitkan dengan hidangan nasi kenduri. Pelbagai resipi muncul bagi menjadikan rasanya sangat sedap dan istimewa.
Perkongsian daripada Afy AL Habibi, kelihatan sangat menggiurkan dan menyelerakan. Tengok pun dah terasa lapar. Jom kita cuba buat!
NASI MINYAK ISTIMEWA
BAHAN UNTUK NASI MINYAK
1 pot beras Basmathi 2 sudu besar marjerin Pelangi Rempah 3 sekawan 1 helai daun pandan 1 biji bawang merah |dimayang halus 1 ulas bawang putih | dimayang halus 1 hiris halia | dimayang halus 1/3 cawan susu cair Garam Pewarna Segenggam kismis Kacang gajus (optional)
CARA-CARA:
1. Masukkan marjerin. Tumis 3 sekawan. Masukkan daun pandan. 2. Tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia sehingga sedikit garing. 3. Seterusnya tuang susu cair. Perasakan dengan secubit dua garam. 4. Masukkan beras basmathi yang sudah dibersihkan. Kacau perlahan dengan senduk kayu sekitar 1-2 minit. Tutup api. 5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Tambah air mengikut sukatan biasa beras yang digunakan. 6. Selepas nasi siap masak, titiskan sedikit pewarna merah jambu, kuning dan hijau beberapa tempat atas nasi. 7. Gemburkan selepas beberapa minit secara perlahan-lahan untuk mengelakkan butir nasi patah. 8. Tabur juga segenggam kismis. Nak letak kacang gajus lagi sedap. 9. Untuk hidangan, hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap
BAHAN KUAH
6-7 ketul ayam 3 sekawan 1 tangkai daun kari – beli online di sini Sehelai daun pandan 1 biji kentang | dibelah empat 3 sudu besar Rempah Khemok 1 sudu besar (tak menimbun ya) serbuk cili Baba’s 1 biji tomato kecil 1 sudip santan – beli online di sini 1 sudu kismis
1/2 relung kecil manisan kelantan @ gula melaka – beli online di sini 1 sudu kecil garam secubit dua perasa
BAHAN TAMBAHAN:
3 biji bawang merah saiz bola pingpong | dihiris nipis 1 ulas bawang putih | dihiris nipis 1 tangkai daun kari 4 biji cili merah & hijau | dipotong Cili kering | dipotong
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan 3 sekawan, daun kari dan daun pandan untuk aroma wangi tersendiri. Kemudian tumis bahan kisar di atas sehingga garing.
2. Masukkan pula Rempah Khemok dan serbuk cili Baba’s. Tumis dalam api perlahan.
3. Selepas rempah mula terbit minyak, masukkan pula tomato. Saya gantikan rasa masam dari asam jawa untuk memaksimumkan manfaat tomato yang dimasak. Balik-balikkan.
4. Kemudian tuangkan segelas air. Masukkan perisa peringkat pertama. Kacau. Biarkan pes pecah minyak.
5. Proses pecah minyak memakan masa lebih kurang 5-8 minit dalam api perlahan. Kacau sesekali. Barulah gulai yang cantik boleh terhasil.
6. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan dikelar. Tambahkan juga kentang. Kacau rata.
7.Sementara itu, di dalam kuali lain, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Ketepikan.
8. Kemudian goreng pula daun kari, cili merah dan hijau serta cili kering seketika. Bahan-bahan ini digunakan sebagai bahan yang perlu dicampur untuk rasa yang lebih istimewa. 9. Masukkan bawang goreng. Tinggalkan sedikit untuk hiasan. Lain-lain bahan yang digoreng tadi simpan untuk langkah seterusnya. Balik-balikkan.
10. Kemudian biarkan ayam empuk kira-kira 20-25 minit. Boleh ditutup kualinya.
11. Kemudian tambahkan santan. Tambahkan air sedikit jika perlu. Saya tak tambah dah sebab ikut air yang berbaki cun-cun dengan kepekatan yang diingini. 12. Resepi asal guna susu cair. Ikutlah. Terpulang kepada citarasa sendiri. 13. Masukkan pula sedikit kerisik. Tambahkan perasa peringkat kedua iaitu garam dan gula ikut citarasa sendiri. Biarkan semua rasa sebati dan santan mendidih beberapa kali dalam api perlahan.
14. Akhir sekali, masukkan baki bahan gorengan tadi serta kismis jika suka. Tutup api dan siap.
Ketahui rahsia butter cake moist gebu yang lembut dan tak kering. Ikuti resipi lengkap serta teknik mudah untuk hasil kek sempurna walaupun first time baking!