Terung goreng berlada, satu lauk ini pun dah cukup untuk kita menambah nasi. Dah ada sambal sayur terung dan juga ikan bilis, memang dah lengkap lauk.
Tapi kalau nak lagi sedap, boleh masak ikut cara yang dikongsi oleh Azizah Daud.
Resipi terung goreng berlada sedap
Ads
Bahan-bahan
10 biji terung bulat atau panjang – potong
150gm ikan bilis
Bahan kisar
10 tangkai cili besar -campur merah hijau
15 tangkai cili padi
Sedikit halia
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
Sedikit perahan limau/lemon atau air asam jawa
Cara membuat
1. Goreng terung kemudian tos minyak.
2. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing.Ketepikan
3. Seterusnya tumis bahan kisar, kacau hingga naik minyak dan garing.
4.Masuk garam gula dan serbuk perasa perahan limau atau asam jawa sesuai dengan citarasa. Perasakan, tambah apa yang kurang.
Ads
5. Sekiranya suka berkuah, tambah air. Biarkan seketika kemudian masukkan terung dan ikan bilis. Kacau rata dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi, boleh terus dimakan.
Tip pilih terung
Mungkin ramai yang belum tahu cara untuk memilih sayur terung yang segar. Selalunya bila nampak warna pekat kita terus ambil. Tapi selain itu pastikan juga kulit terung berkilat dan tidak calar atau kesan-kesan hitam. Elakkan membeli terung yang telah kusam warna dan ada tanda kecut.
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Bunga Durian boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi panas yang memang padu! Siapa yang tertanya-tanya bagaimana rasa Bunga Durian Masak Belacan, bolehlah cuba resipi ni nanti. Jangan guna bunga lain pula! Pastikan Bunga Durian sahaja digunakan dalam resipi ini.
Resipi lengkap telah di kongsikan oleh daporhitam_ ini sangat mudah disediakan walaupun agak pelik bila Bunga Durian boleh dijadikan lauk. Jom cuba resipi ni nanti.
BUNGA DURIAN MASAK BELACAN
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk Bunga Durian
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit belacan (dibancuh dengan sedikit air)
Ikan bilis goreng (optional)
Minyak
Garam
Serbuk Perasa
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian, tumis pula bersama cili merah dan masukkan air belacan.
Masukkan bunga durian dan kacau sebati bersama bahan tumis tadi.
Masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ada di dalam kuali itu tadi.
Dah siap, letakkan di atas pinggan dan taburkan ikan bilis goreng di atas bunga durian masak sambal.
Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.
So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN :
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati. 2. Panaskan oven sehingga 160-180’C. 3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh. 4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan. 5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar
Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)
BAHAN-BAHAN : Bahan kek beras :
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos :
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati 2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan. 3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan. 4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. 5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat. 7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan. 8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 30 minit Cara Memasak : rebus dan tumis Jenis Masakan : sajian Korea Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri, Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
3. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati. 2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. 3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum. 4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda. 5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali. 6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan. 7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 15 minit Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa
Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
Lauk pajeri memang kesukaan sepanjang zaman. Makan dengan nasi panas memang tak perasanlah dah makan berapa pinggan.
Kerisik dan rempah ratus adalah faktor penyebab hidangan ini cukup wow. Selain dari aromanya yang wangi semerbak, anda boleh memasaknya jadi pedas atau tidak. Ada yang gemar masukkan cili kering dan ada juga yang tidak , ikut selera masing-masing.
Meh cuba masak.
PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN :
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
7 cili kering – dikisar
rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
3 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar udang kering – ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam secukup rasa
Gula serta sedikit gula Melaka secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah-tengahnya tapi jangan sampai putus. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan. 4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing. 5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak. 6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa. 7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kredit ,FB : Resepi Masakan Melayu VS Western Food
PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN :
1 biji nenas
1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
1 tangkai kayu manis
1 biji bunga lawang
2 sudu minyak masak
½ sudu besar gula putih
½ sudu besar gula merah
1 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ peket rempah kari (daging/ayam)
sedikit garam
sedikit kerisik
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari. 2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi. 3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas. 4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.