Kalau biasa merendang ayam dan daging. Kali ini boleh cuba kelainan rasa dengan merendang pucuk ubi pula. Boleh buat anda makan bertambah dengan resipi yang satu ini. Walaupun agak renyah membuatnya, yang penting rasanya memang ‘rare’
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | bersihkan – saya potong kasar
3 kotak santan (200ml setiap kotak) – saya campur air sama banyak dengan santan
2 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api ikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup – kisar
2 helai daun kunyit | hiris halus
Segenggam ikan bilis | dibersihkan
Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak. Sebab saya nak cili api tu betul-betul masak. Kurang sikit pedasnya.
2. Masukkan santan, air dan ikan bilis. Kacau hingga mendidih dan sedikit kering.
Ads
3. Masukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Rasa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering.
4. Masukkan daun kunyit, gaul rata. Tunggu hingga betul-betul kering. Dah kering bolehlah dinikmati.
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) ½ sudu kecil cili kisar/serbuk cili baba’s – beli online di sini 2 sudu besar rempah kari (saya guna rempah kari sendiri, Rempah Kari Cikgu Afy) 1 cawan air masak ½ keping nisse kampung @ gula melaka – beli oline di sini 1 senduk santan Separuh biji nenas | potong dua 1 sudu kecil kerisik – beli online di sini
1. Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biarkan sehingga wangi. Masukkan cili kisar /serbuk cili Baba’s. 2. Selepas itu, masukkan rempah kari. Biarkan sedikit garing. Guna api perlahan sahaja. Barulah masukkan air masak secawan. 3. Tunggu sehingga tumisan pecah minyak. Barulah perasakan untuk peringkat pertama.
4. Masukkan 1/2 keping nisse kampung atau gula melaka. Juga sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. Biarkan rasa sebati. 5. Barulah dimasukkan santan. Masukkan sedikit sahaja air kerana nanti air dari buah nanas akan keluar lagi. 6. Sementara itu, bolehlah sediakan buah nanas. Selepas dibuang kulit dan ‘mata’nya, hiris buah nanas dalam seinci lebih tebal supaya nanas tidak mudah hancur. Tak nak potong dua pun terpulang.
7. Selepas kuah pecah minyak elok, susun nanas tadi ke dalam periuk. Balik-balikkan seketika. Guna api perlahan sahaja. 8. Sesudah nanas mula masak, masukkan kerisik. Juga masukkan tambahan perasa peringkat kedua. 9. Selepas kuah memekat dan cantik, bolehlah ditutup apinya.
Gabungan pelbagai sayuran dan ikan masin menghasilkan hidangan ringkas dan penuh nutrisi. Sayur yang digoreng seketika memberi rasa tekstur rangup dan lembut tahu yang enak.
TAUGEH IKAN MASIN BERSAMA TAUHU & DAUN KUCAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 10 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rangup dan berkhasiat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Tumis
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda pernah makan gulai lemak ketam dengan pegaga? Kalau tak pernah, wajib cuba sebab memang sedap. Sedapnya memang win, lebih pedas lagi sedap. Gulai ni dua dalam satu masakan, ketam campur dengan ulam pegaga.
GULAI LEMAK KETAM BERSAMA PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!